Tropika Face Cleansing Oil | Sekarang terdapat bermacam-macam jenis pencuci muka di pasaran tetapi tidak semua pencuci muka sesuai dengan kulit muka masing-masing kerana tidak semua penjagaan wajah mempunyai 100% bahan yang selamat.
Tapi anda jangan risau kerana WA telah diperkenalkan satu produk untuk penjagaan wajah iaitu pencuci muka dari Tropika Face Cleansing Oil yang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Bukan itu sahaja, bahkan ianya berfungsi menjadi 3 dalam 1 iaitu penanggal makeup, pencuci muka dan pelembap.
Apa Itu TROPIKA Face Cleansing Oil?
TROPIKA Face Cleansing Oil telah diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia merupakan pilihan pembersih muka yang terbaik untuk semua jenis kulit kerana minyak kelapa dara dapat mencuci sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
Pembersih muka ini telah dirumus khas dengan kehadiran VCO, Licorice Root Extract dan vitamin E yang mencipta fungsi 3 dalam 1 iaitu penanggal makeup, pembersih muka dan juga sebagai pelembap supaya kulit kelihatan segar sentiasa.
Kombinasi yang unik dengan Licorice Extract, ia membantu mengurangkan garis dan bintik halus disampingkan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Oleh itu, jangan risau kerana formula khas ini selamat digunakan pada kulit sensitif juga. Yang pastinya ianya bebas daripada :
- Cruelty FREE
- Paraben FREE
- Frangrance FREE
Tekstur Tropika Face Cleansing Oil
Bahan-bahan Yang Digunakan
1. Virgin Coconut Oil (VCO)
Bertindak sebagai pelembap semula jadi yang terbaik. Membantu menjaga liang pori terbuka dengan membersihkan dan menghalang kecacatan.
2. Vitamin E
Mengawal keadaan kulit untuk mengurangkan garis halus, kedutan dan bintik-bintik di muka.
3. Esktrak Root Licorice
Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, perubahan warna dan pigmentasi. Secara umumnya ia digunakan untuk mencerahkan kulit.
4. Minyak Zaitun
Bertindak sebagai ejen pembersih yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia berfungsi sebagai anti radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.
Cara-Cara Penggunaan
Bersihkan wajah anda dengan 3 langkah yang mudah :
- Sapukan dan ratakan pada kulit muka
- Urut dengan sedikit air dengan sekata
- Bilas dan keringkan
Siapa Yang Boleh Menggunakannya?
1. Sesiapa yang memakai makeup atau tidak
2. Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka
3. Sesiapa yang memilih produk semula jadi untuk kulit mereka
4. Sesuai untuk semua kulit termasuklah kulit sensitif
Boleh digunakan dua kali sehari atau bila-bila masa sahaja ketika hendak menanggalkan makeup.
p/s : Sekiranya berlaku kerengsaan, sila berhenti dari menggunakannya.
So far, cleansing ini sangat best dan yang menariknya ia berfungsi 3 dalam 1 sebagai penanggal makeup, pembersih muka dan juga pelembap muka supaya tidak berminyak. Memang jarang kita nak jumpa 3 dalam 1 ini kan? Jimat tenaga dan duit. Tak perlu beli satu persatu setiap jenis. Hanya dengan Tropika Face Cleansing Oil sahaja ia mampu membantu merawat kulit muka dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Untuk dapatkan produk ini anda boleh layari ke laman berikut :
Website
Facebook
Instagram
4 Comments
ohh produk ni hehehehh
ReplyDeleteyup..hehehe
DeleteKinah pun dah cuba. Memang best
ReplyDeleteyeay,... best kan...
DeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)