Grand Opening MBH Medispa, Batu Pahat Johor | Pada tanggal 30 September 2017 yang lepas, WA berpeluang untuk menghadiri event grand opening cawangan MBH Medispa yang ke-12 di Batu Pahat Johor. Sebagai melebarkan sayap perniagaan perkhidmatan spa dan estetik ke selatan semenanjung, peneraju medispa di Malaysia, MBH Medispa kini membuka cawangannya yang ke-12 di Batu Pahat Johor.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Urusan MBH Medispa, Puan Shida Mohamad sebagai pembuka majlis tersebut. 




Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Batu Pahat, Puan Hajah Haliza Abdullah sambil diiringi oleh Puan Shida Mohamad untuk acara pemotongan ribbon dan tandatangan perasmian butik spa kecantikan.


Majlis turut diserikan dengan kehadiran artis dari Akademi Fantasia 2014, Azwan Satar yang mendendangkan 2 buah lagu. Untuk full video nyanyian klik link ini - Azwan Satar


Orang ramai mulai hadir seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik diskaun 90% disamping berpeluang memenangi cabutan bertuah. Memang tidak dinafikan ada yang hadir awal pagi lagi untuk berebut diskaun yang tak masuk akal itu.



Gambar-Gambar Sekitar Grand Opening MBH Medispa BP

Bersama blogger Yaya Cendana (tengah) beserta sahabat Wawa



ramai weei, kami nak masuk pun sesak -.-

Tentang MBH Medispa

Dahulunya dikenali sebagai Maya Beauty House adalah salah satu syarikat di bawah Moha Group Sdn Bhd yang telah didaftarkan pada tahun 2009 sebagai sebuat pusat perniagaan dalam bidang rawatan kecantikan dan kesihatan. Dengan pengalaman lebih dari 7 tahun dalam industri, kini MBH Medispa dikenali sebagai salah satu daripada pusat kecantikan Bumiputera yang terkemuka di Malaysia.

MBH Medispa menggunakan produk sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan dan pastinya ia telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah nama produk MBH Dermacare. Ini kerana mereka ingin memastikan bahawa produk yang digunakan mendapat kelulusan status HALAL, organik dan tidak merbahaya kepada pengguna. Antara produk skincare yang terdapat dalam MBH Dermacare adalah MBH Deep Cleasing, Soothing Lotion, UV SPF50++ Sun Screen, Glowing Cream dan Acne Night Cream. Disamping itu, MBH Medispa telah mengeluarkan pelbagai produk makan tambahan dibawah jenama Nutricare dan semuanya dihasilkan di kilang Bumiputera dan diluluskan oleh KKM dan JAKIM.

Bahkan, MBH Medispa bukan sahaja menyediakan rawatan biasa untuk kecantikan muka, ia turut menyediakan perkhidmatan rawatan muka berasaskan teknologi tinggi dan mesin canggih yang diimport dari Jerman dan Korea.

Cawangan-Cawangan MBH Medispa

Kini, MBH Medispa mempunyai sebanyak 12 cawangan di seluruh Malaysia :

1. MBH Medispa Bangi
2. MBH Medispa Ampang
3. MBH Medispa Shah Alam
4. MBH Medispa Wangsa Maju
5. MBH Medispa Kota Damansara
6. MBH Medispa Cheras
7. MBH Medispa Melaka
8. MBH Medispa Ipoh
9. MBH Medispa Johor Bahru
10. MBH Medispa Negeri Sembilan
11. MBH Medispa Sungai Petani
12. MBH Medispa Batu Pahat

Rawatan wajah yang disediakan antaranya ialah :
  • MBH Signature Facial
  • MBH Dermapen Micro Needle
  • Clinical Acne Treatment
  • Luminous SKin Treatment
  • OxyDermal Hydrating Treatment
  • Oleous Skin Treatment
  • Stem Cell Advance Anti Aging Treatment
  • Mudnetic Detox Facial
  • Carbon Peel Advanced
Jika anda bingung masalah kulit apa yang anda hadapi, jangan risau kerana akan ada satu sesi skin analisis secara percuma sebelum memilih rawatan mana yang sesuai.

Apa itu MBH Dermacare??


MBH Dermacare adalah satu set penjagaan wajah 4 in 1 yang mempunyai kehebatan untuk merawat kulit yang bermasalah dan dalam masa yang sama ia mencerahkan wajah dari dalam dengan sihat. Buat pengetahuan semua, MBH Dermacare adalah 100% organik yang menggunakan ekstrak Aloe Vera sebagai bahan utama dan tiada bahan pengelupasan dan tiada barang kimia yang merbahaya.
Diformulasi khas bagi membuang sel kulit mati, minyak, kotoran dan agen pencemar kulit yang bertoksik. Membantu dan membersihkan liang pori dan mencegah terjadinya masalah kulit seperti jerawat dan bintik hitam.

Hanya picit sedikit di tapak tangan, campur dengan air bersih sehingga berbuih.

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit kering dan kasar. Ia menenangkan kulit dan membantu menghapuskan sel kulit mati penyebab kulit kusam.

Tekapkan sedikit soothing ke kapas muka dan sapu di kawasan T-zone yang berminyak. Elakkan dibahagian mata. Gunakan pagi dan malam selepas mencuci muka.
Diformulasi khas untuk pencerahan kulit dan kesan glowing pada kulit wajah. Ia juga membantu merawat penuaan dan bintik-bintik hitam dan putih pada wajah.

Sapu rata selepas penggunaan Soothing Lotion. Untuk kegunaan malam.
Mempunyai kuasa pelindung UV khas untuk melindungi jenis kulit yang cerah kerana kulit cerah lebih mudah rosak akibat UV berbanding kulit gelap.

Sapu rata selepas penggunaan Soothing Lotion. Untuk kegunaan siang.


WA dapat mencuba MBH Deep Cleanser dari set MBH Dermacare. Memang best sebab dia membersih kulit dari dalam juga dan kulit terasa smooth kerana menutup liang pori dari terbuka dan terhasilnya jerawat atau bintik hitam. 

Bagi yang membuat rawatan wajah di MBH Medispa, WAJIB ada MBH Dermacare ini tau! Yang nak cuba pun boleh juga. Memang best!

Sesi Bergambar Kenangan Bersama Founder MBH Medispa & Artis Jemputan

Bersama founder MBH Medispa, Puan Shida Mohamad

Bersama Artis Jemputan, Azwan Satar AF 2014


Tahniah buat warga MBH Medispa Batu Pahat di atas pembukaan rasmi cawangan yang ke-12 dan semoga bertambah maju dan jaya. Jadi buat warga Johor terutamanya daerah Batu Pahat, jika anda tercari-cari spa kecantikan bolehlah datang ke MBH Medispa Batu Pahat.

MBH Medispa Batu Pahat
12, Jalan Flora Utama 8,
Taman Flora Utama,
83000 Batu Pahat Johor

Facebook 

Instagram