Enchanteur Memberi Belaian Selembut Kain Baldu | Hai Hai semuanya! Nama Enchanteur tidak asing lagi dari zaman WA kecil dahulu sehinggalah ke sekarang. Akhirnya WA terjebak juga untuk menggunakan produk Enchanteur. 


Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa dengan pengambilan 8 hingga 10 gelas sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramia yang tidak menyedari dengan pengambilan air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan lebih cenderung mengalami kulit kering. Oleh itu. penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun ia memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar sentiasa lembap sepanjang hari.


Losyen baharu Enchanteur 24H Moist Lotion Haruman badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih dan minyak zaitun untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. 

Fungsi 3 bahan semula jadi yang digunakan 
  • Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit
  • Ekstrak Lily Putih kaya dengan asid amino dan mineral 
  • Minyak Zaitun sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. 
Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang isitimewa ini berfungsi untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda.


Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan Enchanteur 24H Moist Lotion ini, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Enchanteur 24H Moist Lotion adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Oleh itu, ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit.

Bukan itu  sahaja, Ia turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis Enchanteur yang mempu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis.Enchanteur 24H Moist Lotion mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian Enchanteur yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

3 Variasi Enchanteur 24H Moist Lotion

Ada 3 variasi yang disediakan di dalam Enchanteur 24H Moist Lotion bagi memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.


1. Enchanteur Romantic (membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman Romantic ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orang Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


2. Enchanteur Alluring (gadis mempersona, penuh semangat dan misteri)

Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan bauan Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver bagi mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.



3. Enchanteur Charming (wanita yang sensual, elegan dan bergaya)

Wangian yang sepadan dengan personaliti, wanita yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Lily yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disulami dengan bauan halus seperti Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


Rangkaian baharu Enchanteur 24H Moist Lotion ini dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) dan setiap botol bersaiz 220ml. Anda boleh dapatkan ia di semua pasaraya utama, hypermarket dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman berikut :