Philea Resort & Spa | Hai semua, maaf sebab buat entri ini lambat sangat. Memang dah terlebih bulan dah ni. Haha. Baru ada kesempatan untuk bercerita serba sedikit. Entri ini sepatutnya dibuat bulan 7 hari tu juga sempena anniversary WA yang pertama.

Sebenarnya husband WA yang buat surprise diam-diam mulanya. Masing-masing tahu anniversary kami 23 Julai. Tapi disebabkan kami busy untuk kenduri saudara belah husband, kami tak cakap tentang hal ini. Sedikit kecewa sebab suruh husband cuti hari Ahad (Johor kerja kerajaan) tapi husband kata tengok dulu. Kalau cuti pun duduk rumah atau jalan-jalan sini je. Sebab penat kot nanti. Redha jelah. Huhu..

2 hari sebelum majlis, husband cakap esok kemas beg. WA tanya nak pi mana? Balik kampung ke? Dia diam. Dia kata kalau sempat. Gggrrr.. ayat tak habis, nyampah. Esoknya orang lain dah pergi kenduri awal sebab sini rewang. Tapi tak sempat kemas sebab tolong apa yang patut. Hari Sabtu aku terkial-kial masih kemas beg sampai tak tahu untuk berapa lama. Dalam pukul 1 petang aku ke kenduri saudara husband (satu kampung), then husband cakap pukul 3 petang gerak. Aikk? Selalu balik malam kalau balik kampung. Aku dah pening. Habis tu tak rewang ke sampai habis majlis? Hmm.. ikut jelah, banyak tanya memang kena kang. 

Pukul 3 petang siap-siap salin baju kemudian husband cakap jom pergi cuti. Tapi sehari jelah sebab dapat apply cuti sehari. Tanya pi mana. Dia suruh tunggu jelah tengok sampai mana nanti. Adoi.. Ada juga kena lesing dengan WA. Last-last nak dekat pukul 4 petang baru gerak. Sekali dalam perjalanan tengok-tengok dan sampai Melaka! Actually, masuk tol Ayer Keroh, simpang ke kiri tu dah nampak Philea Resort & Spa.


Pukul 6 petang kami sampai sini. Wow! Suasana nampak macam kosong sebab masuk tepi highway kan. Then, suasana resort ni nyaman je rasa. Macam tenang gitu. Tak sabar nak tengok dalam! Sebab dia dikelilingi dengan daun dan pokok-pokok hijau. Masuk-masuk kereta mahal-mahal semua. Rendah diri kami sebab bawak Myvi je. Tapi jimat minyak.. Kekekekeke....


Menunggu untuk check in. Aku jelajah dulu ruang kaunter pendaftaran ni. Besar wei.. Yang best dia punya binaan berasaskan kayu. Menarikk! Cantik sangat. Belum masuk ke room lagi dah teruja. Hahaha. Kesian WA!


Ini dekat bahagian pendaftaran tadi. dekat dengan cafe dia. Kat sini ada berapa cafe dah lupa. Tapi salah satu cafe dalam pakej kami kat area sinilah.


Kemudian, kami dibawa ke room kami dengan menaiki buggy service. Wah! best sebab tak perlu seret angkut beg ke room. Guna buggy service lagi mudah dan cepat. Terima kasih Arash bawa kami ke room. Sebab perjalanan nak ke room macam berbukit gitu dan alhamdulillah dapat dekat dengan jalan keluar penginapan.

Dalam perjalanan menuju ke room


Interior dalaman dia wow sangat! Cantik wei.. Husband pilih Philea Suite sebab dekat dengan swimming pool dan waterfall. Lagi satu sebab semalaman je tidur so pilih ini sahaja dan kebetulan masa tu room untuk pakej honeymoon full. Tapi ini pun okay tau. Philea Suite dalam 1 bangunan ada 4 bilik dan kami pilih bahagian atas.


Semuanya dibina guna kayu 







Dalam ini turut disediakan minuman panas 3 in 1 , pemanas air, seterika serta board, hanger baju, peti sejuk mini, bakul baju, tv dan juga alat penimbang. So, mana yang jauh-jauh tak payah bawa semua ni. Kalau tak ada, boleh tanya reception. Hehe..

Bilik air dia cantik. Siap ada tab mandi lagi. Peralatan mandi seperti ubat gigi, berus gigi, sabun dan syampu serta sikat rambut pun ada bagi siapa yang tak bawa. Tapi satu jelah, tandas dia takde pili air! Dia guna air yang pancut dari dalam tu.. Hahaha. I is gabra bila nak cuci. Nak guna paip sebelah pun tak sampai. Hehe.. Dan air dia sangatlah panas. tak boleh nak adjust. Kalau nak rendam dalam tab mandi, kena tunggu sejuk baru boleh. Mungkin bagi aku je kot. Orang lain takde masalah. Hehehe. So far, okay semua.

Dari luar balkoni

Jom layan gambar di sekitar Philea Resort & Spa ini pada waktu petang. Banyak sangat gambar tak tahu nak upload mana satu. Hehe..

Antara service lain yang disediakan adalah dinner, spa, snorkling dan lain-lain lagi. Disebabkan kami penat, malam kami tak order dinner sebab perut masih kekenyangan.




Nice sangat waterfall buatan kan? =)



Pagi sebelum check out tengahari, kami breakfast di kafeteria. Breakfast dia makan selagi boleh sebab dah bayar full pakej kan. Hahaha! Husband WA ambil sikit je. Tapi WA ambil banyak termasuklah coco crunch. Rasa macam tak nak keluar dari kafeteria dia. Nampak simple? Tapi sedap weii.. Memang sedap! Serius tak tipu. Nak tambah WA malu husband pun segan tengok bini dia ambil macam-macam. Hihihi..


Lepas je breakfast, kami berjalan-jalan pusing satu resort ni sebelum check out. WA apa lagi dengan monopod lah, husband pula dengan kamera besar tu. Hahaha. Memang jakun sangat tau. Rupanya antara banyak-banyak penginapan,  penginapan menarik di Melaka untuk honeymoon adalah Philea Resort & Spa. Sebab apa? Sebab kawasan dia sangat tenang ditemani pokok-pokok hutan, bangunan dibina dengan kayu-kayu block (agaknya) memang sangat cantik dan menarik! Classic tapi bertemakan moden gitu.

Husband cakap masa nak pilih hotel, dia rasa semua tak berapa kena sebab dekat dengan jalan besarlah, tengah-tengah bandarlah. Dia nak bila honeymoon nak keadaan yang tenang. Cewahhh! Ha, jom layan gambar kami yang lain.
   



Banyak lagi gambar sebenarnya tapi tak apalah, yang lain simpanan sendiri je. Kang panjang entri ni penat korang nak baca. Ehh, tengok gambar je lebih, ayat tak banyak mana pun. Hehe... Bagi Wawa, sesiapa yang tengah mencari atau survey hotel atau penginapan untuk bulan madu di Melaka bolehlah cuba ke Philea Resort & Spa ini. Siapa ambil pakej spa bolehlah berspa sekali. Duduk semalaman kat sini tak berapa puas sebab tak dapat teroka semuanya. Harap lepas ini, dapatlah pergi ke sini lagi.

Pakej yang berbaloi. Korang boleh try lihat di traveloka, agoda, trivago atau booking.com untuk lihat harga-harga special atau pun boleh lihat di website www.phileahotel.com.my.