Pelancaran Meizu Pro 7 & Pro 7 Plus | Setiap orang mengimpikan sesuatu yang menarik untuk salah satu gajet mereka mengikut peredaran zaman terutamanya telefon pintar. Jika anda tercari-cari sesuatu yang berlainan mengenai telefon pintar, jom Wawa kenalkan!


Meizu, sebuah syarikat elektronik pengguna terkemuka dan pengeluar telefon pintar secara rasmi telah memperkenalkan telefon pintar Pro 7 dan Pro 7 Plus dengan ciri dwi skrin yang unik di Malaysia pada 21 September 2017. 


Wow, menariknya! Kamera satu depan, 2 di belakang?? Skrin belakang pun ada! Memang dah jatuh hati dah bila tengok design yang ini. Dah tak risau dah boleh selfie guna kamera belakang. Selalu apa-apa mesti kita akan menggunakan kamera depan untuk selfie sekarang dah tak perlu.


Telefon pintar ini kelihatan unik kerana ia dilengkapi dengan skrin mini Super AMOLED pada bahagian belakang. Meizu Pro 7 dicipta dengan warna merah, hitam, dan juga emas. Manakala, untuk Meizu Pro 7 Plus pula dicipta berwarna hitam sahaja untuk di Malaysia.



Spesifikasi Pro 7 dan Pro 7 Plus
Meizu PRO 7 dilengkapi :
  • Skrin 5.5" inci Super AMOLED HD penuh
  • Diperkasa dengan MediaTex Holio X30
  • Mempunyai 4GB RAM dan 64GB storage
  • Kamera utama berkembar 12+12 Megapixel IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16 Megapixel
  • Skrin mini pada bahagian belakang menggunakan Super AMOLED yang berwarna
  • Sebuah bateri sebesar 3000mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecas pantas mCharge 3.0
Meizu Pro 7 Plus :

Mempunyai spesifikasi yang sama cuma :
  • Skrin 5.7"inci Super AMOLED HD penuh
  • Mempunyai 6GB RAM dna 128GB storage
  • Sebuah bateri sebesar 3500mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecas pantas mCharge 4.0
Untuk harga pasaran Meizu Pro 7 berharga RM1899, manakala Meizu Pro 7 Plus berhaga RM2799. Setiap pembelian akan mendapat barangan percuma yang bernilai lebih kurang RM199 sementara stok masih ada.

Jika anda berminat untuk membeli dan tahu di mana lokasi penjual utama bolehlah klik link ini - https://goo.gl/3eTbjs

Meizu Video Story






Bagi Wawa, keluaran Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ini memang menarik kerana spesikasinya yang unik. Terutamanya untuk kamera dan juga skrin. Ini akan memudahkan Wawa untuk menangkap gambar tanpa perlu selfie menggunakan kamera hadapan sahaja. Dan sudah tentu akan menggunkan kamera belakang yang mempunyai dua kamera jauh lebih best dari telefon pintar yang lain. Nampaknya kena ada wishlist untuk dapatkannya.

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai Meizu Pro 7 Series, anda boleh layari laman berikut :

Website : https://goo.gl/K2HjFj

Facebook :  https://goo.gl/f3fsaE

Instagram :  https://goo.gl/X3dBMR