Syampu Shurah Ariana | Setiap wanita impikan mahkota yang cantik, lagi-lagi bahagian rambut. Ini kerana rambut merupakan mahkota mahal buat wanita diluar sana. Nak kemana-mana mesti akan fikirkan rambut. Ada ke yang tidak ambil kisah mengenai rambut mereka? Nauzubillah... Jauhkanlah dari sifat pemalas tu.. hehehe..


Oleh sebab itu, anda perlu memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda bagi memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat. Dengan cara menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengakibatkan kelemumur. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan  rasa ketidakselesaan dek kerana rambut yang berbau dna ia boleh mengurangkan keyakinan diri.

Bayangkanlah, anda tengah busy dengan kerjaya masing-masing tanpa menghiraukan keadaan rambut anda. Dibiarkan ia berbau masam, berkepam dan berkuping kelemumur sebab anda fikir ada tudung yang boleh menghalang bau tersebut. Siapa kata? NOOO OKAYYY ! 


SYAMPU SHURAH ARIANA
Syampu Shurah Ariana kini telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya untuk wanita yang berhijab. Dalam syampu ini mempunyai bahan-bahan utama di mana ia diperkaya dengan bahan aktif DANRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Fungsi danrilys adalah untuk mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dna mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala.

Selain itu, bahan aktif FARNESOL dan aroma wangian juga turut disertakan dengan teknologi mengurangkan bauan dan akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Kini, rangkaian Syampu Shurah Ariana yang baharu ini hadir dalam 4 jenis yang berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab :

1. Lembut Dan Licin (Botol Pink)

  
Dirumuskan dengan pati buah tin dan delima bagi membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Dengan adanya kandungan bahan antioksidan yang tinggi ia dapat memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

2. Anti Kelemumur (Botol Hijau)


Diformulasikan dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol bagi mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengawal had tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini boleh membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

3. Kawalan Rambut Kering Dan Rosak (Botol Oren)


Diadun dengan menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. 

Vitamin A berfungsi memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut, Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Manakala, Vitamin E bertindak untuk mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas serta membekalkan nutrisi yang cukup bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang.

4. Kawalan Rambut Gugur (Botol Biru)


Diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun berfungsi mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Dan bahan antioksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.

==================================================================


Kesemua koleksi syampu Shurah Ariana ini boleh didapati di pasaraya dan farmasi terpilih di seluruh Malaysia pada harga RM12.30 (330ml) dan RM7.90 (170ml).

Untuk maklumat lanjut mengenai Shurah, anda boleh layari :



Pembelian di dalam talian : www.jetaine.com/shop/

Dan follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia