Resepi Sayur Goreng | Hai semua! Wawa kembali lagi dengan membawa entry tentang masakan iaitu resepi masakan. Walaupun blog Wawa lebih kepada beauty tapi Wawa gemar tentang makanan juga. Boleh kan kalau diselitkan tentang makanan? Hehehe :)

Kali ini Wawa nak buat resepi mudah masak sayur goreng. Pernah dengar tak sayur goreng? Bukan sayur sawi/kobis yang digoreng macam pisang goreng tauu! Hahaha... Rasanya suri rumah semua dah pakar dah pasal sayur goreng ni. Mungkin anak-anak dara yang remaja dan dewasa ada yang belum tahu. Mehh layan resepi mudah dan simple dari dapur Puan Wawa.. Ehh? :D

sayur goreng wawa terlebih soo hoon sebab suka sangat :)

Bahan-Bahan :
(Hidangan 4 orang)
  • Bawang putih 3 ulas (mayang halus)
  • Bawang besar 1 ulas / bawang merah 4 ulas (mayang halus)
  • Sedikit ikan bilis / kiub bilis @ ayam - guna kiub bilis sikit
  • Cili merah hidup 1 tangkai (potong serong)
Bahan Sayur & Lain-Lain :
  • 1/2 kobis bulat sederhana 
  • 1/2 batang carrot merah
  • 10 tangkai kacang panjang
  • Soo Hoon (ikut suka kita nak banyak mana) - direndam dahulu
  • Tauhu kering (ikut suka nak banyak mana) - direndam dahulu
Cara Masak Sayur Goreng :

1. Tumiskan bahan seperti bawang putih, bawang besar/merah dan kiub bilis sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan cili merah.

2. Kemudian masukkan sedikit ajinamoto dan garam secubit rasa sebagai perasa. Selepas itu terus masukkan bahan yang direndam tadi iaitu soo hoon dan tahu kering dan biarkan ianya masak sebentar dengan sedikit air. Jangan banyak sangat nanti jadi basah.

3. Selepas itu, masukkan segala sayur-sayuran yang sudah dipotong dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga masak dan boleh angkat untuk dihidang.

Mudah bukan resepi ini? Simple dan sedap yang pastinya. Jom cuba! Hehehe :)