Makeup Jadi Lengkap Dengan 2 Produk Ini | Memandangkan sekarang ramai sukakan kecantikkan terutama dari segi makeup, jadi kali ini Wawa nak perkenalkan satu jenama produk dari Korea yang memang tidak asing lagi di luar mahupun dalam Malaysia.

Kali ini Wawa berpeluang untuk mencuba Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion dan Klairs Mochi BB Cushion sebagai pelengkap makeup harian kita. Yelah, ada sesetengah orang tidak suka makeup tebal ada yang suka tebal, jadi review kali ini sesuai untuk semua.


Waaahhh! Comel gila weiii yang bulat tu kan? itulah Klairs Mochi BB Cushion. Yang biru itu pula Blue Sun Lotion. Bukan ada 2 produk ini sahaja tau, bahkan Klairs telah membuat sample trial kit untuk mencuba ke semua jenis produk yang ada. Mudah kan? Memang mudah dan sangat jimat. Untuk sample pack tersebut ada 8 sample kesemuanya.
KLAIRS MID- DAY BLUE SUN LOTION SPF40 PA++

Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion dirumus khas untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya serta memberikan perlindungan dari haba untuk menjaga kulit sensitif dari gelombang haba yang terlalu kuat. Atau lebih dikenali sebagai sunblock atau pelindung matahari untuk kulit.

Bukan itu sahaja, Blue Sun Lotion ini juga boleh bertindak sebagai makeup base dengan tona warna yang semulajadi. Kebanyakkan barangan makeup tidak mempunyai pelindung matahari, jadi fungsi Blue Sun Lotion ini boleh menjaga kulit sebelum mengenakan sebarang makeup.


Yang paling best adalah apabila anda memakainya, kulit anda tidak akan kering kerana ia bertindak untuk melembapkan kulit di samping melindungi kulit dari sinaran UV yang bahaya. Cara pemakaian sangat senang, anda hanya perlu bersihkan muka terlebih dahulu (boleh apply mana-mana skincare dulu seperti toner) barulah anda memakai ia di sekitar muka dan leher. Sapu bagi rata ke seluruh wajah dan leher dan jangan risau, kerana warna lotion ini akan kembali kepada warna semulajadi, lebih meresap ke kulit serta tidak melekit dan memberi effect mencerahkan kulit dan glowing.

KLAIRS MOCHI BB CUSHION


Penjualan terbaik bagi Klairs adalah Mochi BB Cushion kerana ia diperbaiki dengan penghasilan yang ringan, penggunaan lebih tahan lama dalam melawan peluh dan kulit berminyak, jadi anda tidak perlu risau lagi.

This stuff so cute! Am I right? :)

Penghasilan Pemakaian Seperti Menggunakan Bedak!

Mochi BB Cushion direka bentuk sebagai produk jenis balm bukanlah jenis cecair untuk mengisi liang-liang roma bagi ia kelihatan lebih halus dan lembut. Yang menariknya, ia direka  dengan bekas mudah alih yang boleh dibuat isian semula dan hygenic.


Mengekalkan Tona Warna Semulajadi

Mochi BB Cushion mempunyai tona warna apricot-beige iaitu lebih ke arah warna kulit kuning langsat ke coklat kemerahan secara semualajadi. Ia dapat meneutralkan kemerahan kulit untuk kelihatan lebih selesa dan sihat di samping dapat membetulkan warna kulit, mencerahkan kulit yang kusam dan tona kulit yang tidak sekata.

Untuk dapatkan hasil makeup yang sempurna senang sahaja hanya menggunakan Blue Sun Lotion sebagai makeup base anda untuk melindungi kulit dari sinaran UV, kemudian sapukan secara rata ke kulit wajah dengan Mochi BB Cushion yang bertindak sebagai foundation to powder! Kulit akan lebih lembut, halus dan glowing sepanjang hari. 

=============================================================

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link ini - CLICK HERE!