Monday, July 10, 2017

UNBOXING ALTHEA RAYA BOX



Unboxing Althea Raya Box | Sebelum ini Wawa ada pernah post tentang Althea Raya Giveaway Festival mengenai Althea Raya Box. So, kali ini Wawa dah dapat dah box dari Althea.. Jyeahhh! Nak tahu tak apa isi di dalam yang Wawa shoppingkan itu? Jom baca sampai habis!


Ini gambar packaging Althea diterbangkan khas dari Korea tau korang! Cantik kan bertemakan pink gitu. Sesuai untuk girl-girl dengan pink. Auummm!! Hehehe... 


Caaakkkk! Inilah rupa box Althea. Tapi malangnya Wawa tak dapat box hijau iaitu limited box sempena raya, so Wawa dapatlah box yang biasa Althea gunakan sebelum ini. Sobs sobss... Dan parcel Wawa sampai selepas raya. Mybe limited box ini limit dan Wawa proceed order pun lewat nak dekat raya. Tak mengapalah, yang penting dah selamat sampai. Hehehe....


Waahhh, siap dapat sampul raya dari Althea weyhhh! Dan paling best dapat voucher RM15 untuk next shopping! Thank you Althea! Sampai sekarang Wawa tak guna lagi vouchernya. Mata rambang nak shopping kat Althea. Banyak sangat barang pilihan! 


Tadaaaa! Inilah jumlah barang yang Wawa beli tu. Dengan pembelian 6 barang pilihan yang berharga RM150 disertakan sekali satu hadiah giveaway! Alaa, kan Wawa pernah story yang shopping barang siap dapat free gift lagi setiap seorang customer. Tapi free gift ini limit juga. Siapa cepat dia dapat.


Kali ini Wawa prefer makeup sebab persiapan barang makeup raya Wawa tak lengkap. Kekekeke... Dan Wawa bukan pilih barang sembrono je, Wawa pilih mengikut brand yang dah terkenal dan ramai yang guna. Nopee! Dalam pemilihan makeup, kita kena demand. Sebab nak guna kat muka! So far, Wawa tak berani lagi nak cuba brand yang tak pernah guna. Cuma adalah satu dua yang ingin dicuba. Nak tahu tak list barang makeup Wawa pilih?

LIST BARANG MAKEUP PILIHAN WAWA :

1. New Delight Tony Tint 01 (Cherry Pink)
2. New Delight Tony Tint 01 (Red)
3. Missha Style 4D Mascara
4. Its My Puff - Its My Magic Sponge
5. Jeju Sparkling Mineral Mist Innisfree
6. Nude Concealer Base Hope Girl 21
7. Love Me Blushes Witch Pouch (Freegift)

All of them, Wawa pernah guna brand tersebut kecuali Mascara by Missha, Blushes by Witch Pouch and Jeju Sparkling MIneral Mist by Innisfree. Setakat ini Wawa dah guna mineral mist Innisfree dan memang best as a setting spray makeup. Guna untuk sebelum tidur pun lagi bagus. Sebab dia moisturizerkan kulit muka kita.

Antara favourite top pilihan Wawa adalah Nude Concealer Base by Hope Girl. Because of what? Sebab concealer ni memang bagus untuk cover dark circle dan juga jerawat. Kalau korang perasan, concealer ini dah popular di Malaysia dan kebanyakkan Makeup Artist (MUA) menggunakannya. Dan sebab Wawa pilih adalah untuk makeup Wawa dan of course untuk makeup my client! Yihuu..

Korang nak shopping lagi? Sekarang Althea tengah buat sempena Birthday Althea #AltheaTurn2! Sambil-sambil tu bolehlah collect limited box sempena Althea birthday! Jom Shopping!

Website 

Facebook 

Instagram

5 comments :

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara