SAFI SHAYLA Hanya untukku | Dah banyak syampu Wawa try dulu, sehinggalah bertemu dengan Safi Shayla barulah kulit kepala dan rambut Wawa kembali normal. Ingatkan dulu guna jenama X ni boleh handle masalah yang Wawa hadapi sebab syampu jenama X tu mahal gila. Tapi ternyata hanya palsu di iklan. Mujur Wawa sempat bertemu dengan Safi Shayla sejak family Wawa guna.


SAFI SHAYLA kini mudah didapati dan mudah untuk dibawa ke travel dengan pek kecik atau dengan menggunakan pek fleksi yang boleh diisi ke bekas lain. Bukan itu sahaja, Safi Shayla juga turut menyediakan perapi rambut agar rambut lebih lembut dan terurus kelihatan cantik.


Dengan pek kecik ini mudah dibawa tanpa rasa terbeban dengan bentuk yang besar. Dan pelbagai variasi yang ada untuk jenis rambut yang bermasalah. Setakat ini, Wawa dah pernah mencuba 2 jenis ini dan memang berkesan. 


Manakala dengan pek fleksi ini pula, amat mudah dibawa dan diguna. Boleh diisi semula ke dalam bekas syampu yang tersedia mahupun ke bekas yang lebih selesa untuk dibawa ke travel. Setakat ini Wawa belum try lagi variasi untuk kawalan minyak sebab kulit kepala Wawa bukan jenis berminyak. Tapi tak mengapa, kita simpan untuk kegunaan akan datang.


Ada sesetengah orang suka menggunakan perapi rambut selepas bilas rambut. Macam Wawa tak berapa suka sebab kadang-kadang nak cepat. Tapi kalau weekend, anda boleh belai rambut anda lama sedikit dengan menggunakan perapi rambut ini. Ada kebaikan jika menggunakan perapi rambut antaranya membaiki rambut rosak dan menjadikan rambut sentiasa berada dalam keadaan bernafas dengan lebih selesa.

===================================================================

Untuk dapatkan produk SAFI boleh dapatkan di semua pasaraya dan farmasi di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari :



Website : www.safi.com.my/