Kisah Majlis Pertunanganku | Kisah ini sebenarnya nak cerita lama tapi tak kesampaian untuk menaip. Hahaha. Jadinya Wawa baru nak up benda ni. Bolehlah kan kira macam throwback gitu.

Majlis pertunangan Wawa berlaku pada 2 tahun yang lepas, iaitu pada 20 Julai 2015. Ketika itu merupakan hari raya ke 4 pada tahun 2015. Kisahnya bermula .................... panjang... Jadi Wawa ringkaskan jelah. 

Si dia (suami) cuma memberitahu ingin datang beraya sahaja raya ke 4 nanti dan tiada niat datang nak bertunang. Tapi time raya ke 3 malam tak silap suami call beritahu, mak mertua kata alang-alang nak beraya bawa cincin sekali. Dengan kelam kabutnya, esok pagi tu terus ke pasar cari bahan masak soto (senang nak buat). Dahlah raya pertama terbongkang sebab kepenatan yang amat. Tak beraya pun. Hehehe. So, baju raya dipakai pada hari pertunangan.

Dengan orang dah datang Wawa tak mandi lagi sebab busy dekat dapur, mujur dorang datang-datang borak dulu yelah sebab niat nak beraya. Terus siap-siapkan diri, sekali ingat nak makeup cantik-cantik kononnya, last2 letak foundation sikit, bedak, lipstick then siap! Bayangkan orang dah nak sarungkan cincin aku masih tengah pakai tudung. Last-last main lilit style apa jadah entah nasib menjadi. Kalau tak berhuhu jelahh. Oklah, Wawa bagi gambar jelah.. Layaannn..~

cincin belah rotan je. Itu pun cincin merisik tak muat, dah gemok! :D


Abaikan imej di ampaian dan bear besar. Haha! Kebetulan warna cadar dengan baju sama. Inilah baju raya Wawa yang tak sempat pakai. Masa ni berangan nak pakai baju berlacekan prada lace. Sekali tak pakai pergi beraya pun. Hampehh.. Saat dinantikan disarungkan cincin, sampai kesejukan tangan Wawa kata mak mertua masa ni. Tapi sejuk bukan sebab gemuruh, sebenarnya masa ini Wawa tengah tahan nak membuang. Haha! Seriuss, menggigil wehhh kalau menahan...





Pertunangan Wawa masa ini sangat simple. Hantaran dulang pun biasa je. Pihak laki bagi 3 dulang berisi cincin, kain baju dan coklat. Malah dari pihak Wawa hanya kuih raya dah buah-buahan je. Memang kami plan nak tunang simple sebab tu yang paling senang. Dan hanya sarung cincin di bilik sahaja tanpa ada pelamin. Bukan itu sahaja, sedara mara pun tak tahu hanya yang dekat itupun Cik Salleh (adik abah) yang tahu sebab Cik Salleh merupakan kawan ayah mertua dulu.

Abah tak nak tunang heboh-heboh melainkan perkahwinan. Memang dalam Islam pun yang wajib hebahkan adalah nikah. Jadi selepas tunang barulah ada yang tahu dan minta maaf pada yang tidak diberitahu. Alhamdulillah, dorang terima cara kami. Dan Wawa buat macam ni pun bukan sebab pilihan abah, tapi memang ini pilihan Wawa dan suami masa tu nak buat sesimple yang boleh. Dengan keadaan ekonomi masa ni mendadak naik. Hehehe.. 



Inilah wajah mak mertua, adik dan kakak ipar Wawa. Yang masuk bilik cuma perempuan je. Yang lelaki duduk kat depan. Tapi masa ni suami Wawa tak ada, dia lepak kat kedai dulu masa majlis langsung. Yelah, tunang je kan tak perlu lelaki pun tak mengapa yang penting ada wakilnya. Di akhir majlis, time nak makan baru dia ada sebab datang beraya. Tapi kami tak bergambar pun dan tak sempat jumpa. Haha!

Alhamdulillah, berjalan lancar masa ini. Lega sebab one step closer. Majlis pertunangan yang ringkas tanpa keluarkan modal beratus beribu. 

## Selamat ulang tahun pertunangan yang ke 2, Abang... Hehehehe..