Bausch Lomb Lacelle Diamond Daily | Siapa suka pakai contact lens? Wawa antara pengguna tetap contact lens sejak Wawa rabun masa zaman menengah. Dan Wawa tak suka pakai cermin mata sebab terasa macam dicengkam bila bertudung. Mungkin kepala besar sangat tu yang tak selesa. 

Baru-baru ini, Bausch Lomb telah melancarkan keluaran terbaru contact lens mereka dengan reka bentuk yang lebih menarik iaitu 'Diamond'. Dan paling best untuk contact lens berwarna kali ini juga direka untuk penggunaan harian. Senang kan? Kalau dulu Wawa biasa beli yang jenis transparent je.


Kali ini, Wawa dapat 10 pasang lens Lacelle Diamond (daily)  kod Champagne Brown dan sepasang lens Lacelle Jewel (montly) kod Topaz Brown. Wawa pilih kedua-duanya warna Brown sebab Wawa suka dengan Brown. Tapi untuk entry ini Wawa hanya cerita tentang Lacelle Diamond Daily sahaja.


Lacelle Diamond Daily mempunyai  3 warna pilihan sahaja dan keluasan diameter 14.2mm dimana ianya sesuai untuk kelihatan mata lebih natural dan saiz yang sederhana. Wawa suka sangat dengan lens terbaru dari Bausch Lomb ini sebab ianya sangat soft dan tak terasa langsung macam kita ni tengah pakai lens. Seriuss! Wawa tak tipu tau. Memang best sangat lens untuk daily ini. 


Sesuai sangat bagi yang anda jenis jarang pakai lens, tapi hanya pakai untuk pergi ke event tertentu sahaja. Hanya pakai dan buang selepas selesai event pada hari tersebut juga. Bukan itu sahaja, ia juga sangat sesuai bagi yang jenis travel dan memerlukan keselesaan ketika memakai lens.


Nampak tak mata Wawa shining like a diamond? Haha! Memang best dan soft sangat lens daily ni. Wawa suka dan Wawa nak bagi 5/5 bintang! Mata pun nampak lebih natural kan? Harga untuk Lacelle Diamond Daily hanya RM42/box untuk 10 pasang lens.

Korang berminat nak tahu lebih lanjut? Boleh layari laman berikut - www.lacelle.com.my

## Nantikan Wawa update mengenai Lacelle Jewel untuk next entry okay :)