SHURAH PENCERAH | Siapa tak kenal lagi dengan produk Shurah ini? Wawa pernah mencuba produk Shurah ketika dahulu untuk set penjagaan kulit wajah dan juga perfume. Memang best guna. Walaupun ketika itu Wawa bertukar brand, tapi tiada masalah kulit Wawa hadapi. Jika dahulu packagingnya lebih pada warna putih, tapi kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden dan feminin iaitu gabungan antara warna merah jambu dan putih. Serius cantik packaging sekarang!

Pengenalan Shurah Pencerah Baharu
Rangkaian Shurah Pencerah baharu mempunyai satu set lengkap yang terdiri daripada pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus dengan pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri. 

Shurah Pencerah ini mempunyai 2 bahan aktif iaitu Clear White dan Shiny Glow yang berfungsi untuk memutihkan kulit serta menghidratkan  kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Macam best je kan? Jom baca info selanjutnya...
  • Clear White - Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari.
  • Shiny Glow - Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan efek cerah pada kulit mencerahkan dan mempunyai efek Anti-tyrosinase.
Rangkaian Produk Baharu Shurah Pencerah
1. Shurah Pencerah Pembersih Muka (50ml, 100ml)


Ia dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak yang berlebihan pada muka tanpa mengurangkan lembapan semula jadi kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih bersih, lembut dan cerah berseri.

Cara penggunaan : 
Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosok hingga berbuih. Kemudian urut lembut pada wajah sehingga semua kotoran hilang. Kemudian bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama Shurah Pencerah Penyegar.

2. Shurah Pencerah Penyegar (120ml)


Dirumus khusus tanpa alkohol untuk membersihkan kulit secara mendalam di samping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Ia berfungsi untuk menyegarkan kulit muka setiap kali selepas membersihkan muka sebagai persediaan menerima penggunaan produk seterusnya.

Cara penggunaan :
Titiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran dan wajah anda akan terasa lebih lembap dan lebih segar.

3. Shurah Pencerah Pelembap (120ml)


Pelembap yang dirumuskan dengan tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan di samping mencerahkan kulit anda. Ianya mengandungi pelindung UV untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah berseri.

Cara penggunaan :
Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar. Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher.

4. Shurah Pencerah Krim Siang (40g)


Waktu siang kita sangat perlukan krim siang untuk melindungi dari sinaran UV. Krim muka yang tidak melekit ini dapat mencerah dna melembapkan kulit anda supaya lebih cerah sekata dan berseri. Dengan rumusan SPF30, ia dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan.

Cara penggunaan :
Sapukan krim pada wajah dan leher. Boleh digunakan pada waktu siang untuk memelihara dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan. Gunakan selepas Shurah Pencerah Serum.

5. Shurah Pencerah Krim Malam (40g)


Jangan ingat waktu malam tak perlukan krim muka tau. Oleh itu, krim muka ini dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa anda tidur dengan lebih intensif. Pada waktu malam kulit kita lebih muda untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Ia diserap ke dalam kulit dengan cepat untuk memelihara kulit anda agar lebih lembut dan cerah berseri.

Cara penggunaan :
Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar. Digunakan pada waktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit anda semasa tidur. Gunakan sebelum Shurah Pencerah Serum.

6. Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan (140ml & 400ml)


Bukan setakat jaga muka je. Sebagai seorang wanita, tangan dan badan juga penting untuk kita jaga. Dirumus dengan pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan. Losyen tangan dan badan ini tidak bermiyak. Jadi ia dapat menyerap dengan pantas ke dalam kulit anda untuk mencerahkan kulit dengan cepat dna berkesan. Gunakan selalu untuk kulit yang lembut dan cerah sekata.

Cara penggunaan :
Sapukan losyen pada tangan dan badan terutamanya selepas mandi.


Menarik bukan set pelengkap Shurah Pencerah yang baharu? Membuatkan hati gundah gelana memikirkan untuk memilikinya. Untuk kaum lelaki, lagi bagus kalau anda hadiahkan pada orang tersayang samada ibu atau isteri. Kaum wanita ni makin suka lagi-lagi kalau nampak packaging yang moden dan feminin ni. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari :

Facebook 
www.facebook.com/ShurahMalaysia/

Instagram 

Untuk pembelian di dalam talian : http://www.jetaine.com/shop/

Follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah #shurahmalaysia