Minuman Berkhasiat Berasaskan Beras Perang | Penyakit boleh datang menyerang tidak kira usia muda atau tua. Sebab itu, kesihatan perlu dititikberatkan supaya tidak menyesal dikemudian hari. Kolestrol, darah tinggi mahupun kencing manis perlu dicegah sebelum makin teruk. Oleh itu, beras perang telah diformulakan menjadi minuman tambahan yang berkhasiat.


Banyak khasiat beras perang yang boleh kita dapati terutamanya boleh menolong kita mengawal pengambilan gula berlebihan dan kolestrol dalam badan. Kebanyakkan ramai yang berdiet tapi tidak sanggup dengan mengambil beras perang kerana rasanya yang seakan gandum (likat ditekak). Maka, NutriBrown Rice telah dikeluarkan dengan berasaskan beras perang bersama pelbagai perisa untuk semua golongan.

NUTRIBROWN RICE INSTANT BEVERAGE

NutriBrown Rice kaya dengan Vitamin B1, B3, B6 dan Vitamin E. Bukan itu sahaja, penuh dengan mineral zat besi dan magnesium serta serat protein yang tinggi. Buat pengetahuan anda, beras perang ini merupakan makanan kesihatan terbaik di dunia dan banyak khasiat yang anda boleh dapati di carian google. Memang digalakkan bagi yang ingin menjaga kesihatan.

5 Fungsi NutriBrown Rice Instant Beverage :
  • Antioksidan - Brown rice mengandungi antioksidan sama seperti blueberi dan strawberi. Antioksidan membantu menegangkan kulit, mengurangkan kedutan dan membaiki parut
  • Tenaga berpanjangan - Mengurangkan insulin dan perlahan-lahan membebaskan tenaga untuk menjaga tubuh anda aktif dan bertenaga
  • Menurunkan kadar kolestrol - Mengandungi 100% whole grain dan sangat membantu bagi yang mempunyai kadar lemak kolestrol yang tinggi
  • Membantu sistem penghadaman - Membantu dalam mengawal sistem pencernaan dengan lebih teratur setiap hari
  • Membantu mengawal berat badan - Membuat kita akan merasa kenyang dalam tempoh masa yang lama dan kurang makan seperti selalu

NutriBrown Rice mempunyai rasa keenakkan tersendiri. Walaupun berasaskan beras perang, tapi tiada langsung rasa seakan gandum yang pekat dan sememangnya ianya SEDAAAPPP!! kenapa Wawa kata ianya sedap? Sebab Wawa dah merasa kesemua perisa yang ada. NutriBrown Rice didatangi dengan 5 perisa iaitu Original (No Added Sugar), Honey, Original, Oat with Soy Lecithin and Chocolate. 

Sesuai untuk diamalkan bagi anda yang tiada masa atau terkejar-kejar untuk pergi kerja apabila terlambat. Bukan itu sahaja, anda juga boleh amalkan minum minuman ini sewaktu sahur puasa Ramadhan, sebab ianya sangat mengenyangkan dan memberi tenaga untuk seharian. Sangat recommended untuk diamalkan ketika berpuasa ini!

5 PERISA PILIHAN YANG BOLEH ANDA DAPATI

1. NutriBrown Rice ORIGINAL (No Added Sugar)


Sesuai bagi mereka yang mengawal pengambilan gula dalam diet. Ia mengandungi inulin yang bertindak sebagai prebiotik untuk mengawal sistem penghadaman. Ianya bertekstur ringan tetapi tetap lazat.

2. NutriBrown Rice HONEY


Untuk pack ini istimewa sedikit kerana disertakan sekali sachet 100% madu bunga asli. Madu berfungsi untuk medapatkan tidur yang cukup, menguatkan ingatan dan ia berjaya memberi tenaga dalam minuman ini. Wawa pun suka sangat dengan perisa Honey sebab ianya tiada gula tapi digantikan dengan madu asli. Kegemaran semua orang yang merasainya!

3. NutriBrown Rice ORIGINAL 


Bau aroma keaslian beras perang membuatkan anda teruja. Ianya berperisa Original tetapi mempunyai kandungan gula rendah sedikit. Rasanya yang asli sangat sedap. Sesuai untuk semua!

4. NutriBrown Rice OAT with SOY LECITHIN


Mempunyai empingan nipis oat dan soy lecithin. Oat sangat bagus untuk kesihatan hati dan dapat mengurangkan kolestrol dalam badan, malah soy lecithin sangat bagus untuk tumbesaran otak. Jika anda tidak suka dengan oat, anda patut mencubanya, mana tahu terus jatuh hati.

5. NutriBrown Rice CHOCOLATE


Mengandungi zat besi dan kalsium, baik untuk peredaran darah dan tumbesaran tulang. Ia mungkin lebih lazat daripada mana-mana minuman coklat. Sesuai untuk penggemar coklat dan kanak-kanak!


NutriBrown Rice Instant Beverage ini telahpun diikrafkan oleh beberapa pihak serta JAKIM dan ianya dijamin HALAL. Tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkannya.

Dapatkan NutriBrown Rice Instant Beverage ini di pasaraya Aeon, Cold Storage, Sam's Gloceria, Popular Bookstore serta di farmasi-farmasi yang terpilih. Dapatkan segera! Bolehlah anda bersahur dengan NutriBrown Rice sambil menikmati keenakkan rasa beras perang yang dibuat sebagai minum.


Maklumat lebih lanjut bolehlah layari :

Website : 

Facebook :