Thursday, May 4, 2017

Luncheon | Old Town Kluang Mall



Teringat zaman praktikal dulu asal tak tahu nak makan mana, lepak pi Old Town Kluang Mall. Ramai kata roti dan coffee dia sedap, tapi bagi Wawa just nice. Mybe sebab menu biasa kot. Lagi sedap kat Kluang Railway Station.


Tapi, kalau makan kat Old Town ni kebanyakkannya memang sedap not bad, lagi-lagi kalau menu Tomyam dia. Wawa hantu tomyam kaw-kaw tak sah kalau singgah kedai makan tak ada tomyam. Korang kalau lepak kat Old Town suka makan apa?



Masa ni pergi waktu cuti apa entah, ramai sangat kat mall ni. Tapi sebab kitaorang dah lapar sangat, masuk jelah walaupun full! Yang penting perut isi dulu. Hehe




Kitaorang ambil yang set je senang siap air, kalau asing mahal sikit. Alaa, untuk isi perut je sebab masa ni memang dari pagi tak sarapan. Tak lupa juga dengan telur separuh masak ni. Dulu sebelum exam UPSR, sarapan inilah. Kat rumah nak buat tapi ada orang tak boleh tengok rupa telur separuh masak ni. Haha!


Muka excited tunggu makanan sampai masa ni sebab dah lapar gila weii. Tengok makanan orang sebelah sampai terliur. Naseb servis dia cepat walaupun tengah ramai orang. Keluar dengan kakakku yang gonjeng kepalanya. Hahahaha!


Walaupun tomyam tak ada rupa menarik untuk snap gambar, tapi rasa dia sedap wooo.. Kali ini Wawa tak makan Mee Hoon sebab dah biasa, so Wawa orderlah Hor Fun. Lembut macam kuetiaw lembut. Telan terus pun tak mati. Hihi...


Dah tak ingat menu apa ni. Akak Wawa ni order pelik-pelik je asal masuk perut. Hahaha... Rasa dia macam mana nk elaborate ekk? Tapi rasa minyak bijan la. Not bad sedap jugak. Akan datang nak cuba rasa menu yang lain pula lah. Bye!


3 comments :

  1. done follow dari ga uzu
    jemput singgah blog saya ye :)
    https://messarah.blogspot.my/2017/05/software-untuk-newbie-yang-zero-bab.html

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara