KLAVUU Aqua Cushion Review | Sekarang ini dah berlambak bb cushion yang terdapat di pasaran dan juga online. Tak terlepas juga dengan barang tiruan. Untuk mengelakkan terbeli yang tiruan, lebih baik kita mencegah dahulu sebelum terlambat.

Memandangkan sebelum ini Wawa dah review Serum Mask dan Actress Cream dari KLAVUU, jom kita layan review untuk sejenis cushion pula. Apakah itu?


Aqua Cushion KLAVUU

Aqua Cushion adalah generasi seterusnya untuk produk kosmetik Korea. Produk ini terkenal dengan pelembapan serta pemutihan dan  membantu membaiki kulit anda setiap hari.


Fungsi Aqua Cushion KLAVUU
  • High coverage dengan kehadiran kolagen marin - boleh membantu mengurangkan parut jerawat, liang pori terbuka, bintik-bintik hitam dan lain-lain.
  • Bertindak sebagai pelembap, pemutihan, sun block dan juga mengawal peningkatan kedut muka. Di buat khas dengan kolagen marin, kolagen terbaik untuk kulit anda.
  • Rasa kelembapan laut biru dari bahagian bawah kulit dan akan membuatkan kulit lebih cantik dan flawless.
  • Tekstur yang ringan ini dapat melegakan dan melembutkan kulit muka dengan bauan yang segar dan sejuk di muka.

Testimoni Penggunaan Aqua Cushion KLAVUU

Aqua Cushion oleh Klavuu ini di datangkan dengan 2 warna iaitu kod #21 untuk cerah dan kod #23 untuk kulit natural. Untuk kali ini Wawa mencuba warna kod #23 sebab kulit Wawa kulit orang Asia Melayu sawo matang. Untuk penggunaan gambar di atas Wawa hanya dab dab secara nipis sahaja, tapi dia lebih memberi kesan yang lebih lembut dan mencerahkan.

Dengan merasai kelembapan pada kulit membuatkan kulit tampak lebih segar dan muda! Memang best tau guna cushion ini. Kolagen marin memang merupakan kolagen yang terbaik untuk kulit. 


Terbukti ianya merupakan satu produk yang berfungsi sebagai foundation dan powder 2 in 1 kerana mempunyai high coverage dengan kehadiran SPF50+ PA+++ dalam mengawal dan mengurangkan noda-noda hitam di muka.


Kini anda boleh check di laman Youtube kerana KLAVUU telah disyorkan oleh ramai beauty Youtuber dan juga saluran kecantikan di Korea. 

===================================================================

Untuk sebarang pembelian KLAVUU, anda kini tak perlu risau kerana boleh membeli-belah di laman online Lazada - Tekan SINI !! 

Layari Laman KLAVUU :-

Facebook : Klavuu Malaysia

Instagram : @klavuumalaysia