Tuesday, April 11, 2017

Tips | 5 Cara Mudah Untuk Tingkatkan Bahasa Inggeris



5 Cara Mudah Untuk Tingkatkan Bahasa Inggeris | Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting bagi kita kerana negara kita merupakan satu tempat pelancongan. Jadi, paling tidak rakyat Malaysia perlu tahu basic tentang bahasa English supaya tak 'mati kutu' bila berinteraksi dengan foreigner. Yang paling best, belajar Inggeris ni seronok! Bagaimana caranya?


1. MEMBACA 

Praktiskan diri dengan membaca suratkhabar Inggeris, artikel majalah atau laman blogspot berbahasa Inggeris setiap hari. Baca sambil fahamkan mana yang tahu, ada masa boleh buka kamus untuk rujuk perkataan yang tidak tahu.

2. MENDENGAR ATAU MELIHAT

Kemudian, cuba dengar atau lihat rancangan yang berbahasa Inggeris seperti cerita di televisyen, radio mahupun laman Youtube selama 15-30 minit setiap hari. Lihat apa-apa cerita yang mempunyai subtittle English juga boleh membantu anda.

3. BERINTERAKSI (BERCAKAP)

Selepas itu, cuba anda praktis berinteraksi dengan orang dalam bahasa Inggeris. Sama ada secara berdepan, dalam telefon atau di talian media social seperti whatsapp, facebook dan lain-lain. Bercakaplah tanpa segan silu, terabur mula pun tak mengapa asalkan anda cuba untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dahulu.

4. MENULIS

Bila dah mahir sikit-sikit, cuba anda menulis sesuatu yang ringkas dalam Inggeris. Contohnya seperti SMS, post kat media social, buku diari, reminder dekat phone ke, dan macam-macam lagi. Dekat siti anda akan perasan peratus anda untuk berbahasa Inggeris akan mudah.

5. TUKAR BAHASA 

Yang ini tambahan, kalau anda nak tingkatkan lagi bahasa Inggeris. Cuba anda tukar bahasa di telefon bimbit, akaun social media anda, atau di mana-mana teknologi yang anda ada ke bahasa Inggeris.



** InshaaAllah, dengan cara mudah ini tanpa sedar anda dapat tingkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris dengan lebih mudah dan cepat.

2 comments :

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara