Review - Safi Balqis OxyWhite | Nama SAFI sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia kerana ianya telah lama dikenali. Kalau dulu zaman Wawa sekolah rendah, tengok akak Wawa guna SAFI sehinggalah Wawa terjebak menggunakannya apabila masuk zaman sekolah menengah. Yelah, zaman menengahlah banyak persatuan dan aktiviti yang disertai sampai kulit hitam bagai. Memang SAFI sesuai sangat dengan kami. Bagaimana pula dengan anda?


Terkini, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit iaitu SAFI Balqis OxyWhite dengan gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit muka tampil lebih sihat dan cerah sempurna. 

Apa Fungsi Teknologi Nano?

1. Nano Oxygen 
Bertindak untuk membebaskan oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit.

2. Nano BioWhite 
Mempercepatkan pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit.


REKA BENTUK FORMULASI BARU OXYWHITE


Formulasi baru SAFI Balqis OxyWhite kini didatangi rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri bagi yang wajah berkulit normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning memberi mood ceria dan penuh keyakinan bagi yang wajah berkulit minyak.

Set Penjagaan Kulit ( Set Ayu)

Kali ini, Wawa mencuba Set Ayu SAFI Balqis OxyWhite dimana terdapat 3 jenis iaitu :


1. SAFI Balqis OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat

Harga : RM7.30 (50g) / RM12.30 (100g)

Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untuk kulit berminyak ini bertindak :
  • Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
  • Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul didalam liang pori kulit
  • Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
  • Sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat

2. SAFI Balqis OxyWhite Penyegar

Harga : RM10.90 (100ml)

Liang pori akan terbuka selepas membersihkan kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI Balqis OxyWhite bertindak :
  • Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
  • Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
  • Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

3. SAFI Balqis OxyWhite Pelembap Gel

Harga : RM20.20 (45g)

Pelembap gelyang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak :
  • Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
  • Vitamin B meratakan tona kulit muka
  • Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
  • Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalakan kesan melekit
  • Sesuai untuk kulit kombinasi dna kulit berminyak, siang ataupun malam
Kalau ikutkan, ada banyak jenis dari SAFI Balqis OxyWhite tapi Wawa terangkan details yang Wawa dah mencuba. Setakat ini, penggunaan tiada masalah dan kulit muka kurang berminyak dari sebelum ini. Dan yang paling best, kulit muka Wawa rasa sejuk je selepas pakai ketiga-tiga jenis itu. Oleh itu, Wawa sertakan gambar selain tiga jenis produk yang telah dinyatakan di atas.


Bagi yang berminat ingin mendapatkannya, produk ini boleh didapati di pasaraya dan juga pasaraya hyper utama. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jenama SAFI bolehlah melayari :

Facebook :

Instagram :

Youtube :