Melegakan Ketidakselesaan pada Badan dengan Berkesan! | Wah.. wah.. wah! kemain tajuk panjang tau. Apa yang berkesan tu? Sekarang ni asal buat kerja angkat berat sikit je dah sakit badan. Asal duduk lama kat office ngadap PC je dah kejang otot badan. Kang sapu Yoko-yoko bau semerbak pula.

Nak cari produk yang jenis odourless ada ke? Mestilah ada! Tak percaya? Memang ada tau. Produk ini berasal dari Singapore. Apakah produk itu?


Company ini bernama Ps Love yang berasal dari Singapore, telah mengeluarkan 3 jenis produk iaitu NeckHeat, BackHeat dan juga MenstruHeat. Buat pengetahuan anda, produk ini bergantung pada eksortermik dalam beg kecil yang dapat membebaskan haba. Apabila bahan-bahan (serbuk besi, karbon dan garam) di dalam beg kecil yang datang melalui udara, maka terbentuklah tindakbalas dan haba akan dikeluarkan.

Oleh itu, dengan formulasi yang dicipta ini ia boleh membantu menyesuaikan samada suhu tersebut dapat memberi kadar kenaikkan atau penurunan disamping dapat melegakan ketidakselesaan pada badan dengan berkesan. Dan yang paling penting ianya odourless!

NECKHEAT, BACKHEAT AND MENSTRUHEAT

- NeckHeat -

Terapi haba secara klinikal terbukti untuk melegakan sakit leher dan bahu. NeckHeat telah direka khas dengan berbentuk V-shape supaya dapat menggunakannya bila-bila masa diperlukan. Bahkan, ianya juga boleh dibelah dua untuk letak di belah kiri dan juga kanan secara berpisah.

Memandangkan kulit bahagian leher sangat sensitif berbanding tempat lain, panas haba pada NeckHeat telah dikurangkan berbanding MenstruHeat.


Cara penggunaan NeckHeat seperti di dalam gambar di atas. Boleh dipakai atas lapisan baju untuk rasa kurang panas, atau dipakai pada kulit untuk rasa lebih panas. Tapi jika kulit anda terlalu sensitif terhadap kepanasan haba, anda tidak digalakkan untuk terus memakai cara pada kulit.

Untuk pemakaian, anda hanya perlu koyakkan bungkusan dan biarkan NeckHeat terdedah sekejap dengan udara, sehingga ia menjadi panas dalam masa 5-10 minit.

- BackHeat -

Terapi haba secara klinikal terbukti untuk melegakan sakit belakang badan. BackHeat tekah direka melengkung untuk memenuhi bentuk belakang anda dengan mengalirkan haba ke seluruh badan supaya dapat keselesaan yang maksimum dan memberi kelegaan.


Cara penggunaan BackHeat seperti gambar di atas. Sama ada dari dalam baju untuk rasa kurang panas, atau terus tampal pada kulit untuk kesan rasa lebih panas.

Sama seperti NeckHeat, untuk pemakaian, anda hanya perlu koyakkan bungkusan dan biarkan BackHeat terdedah sekejap dengan udara, sehingga ia menjadi panas dalam masa 5-10 minit.

- MenstruHeat -

Terapi haba secara klinikal terbukti untuk melegakan senggugut para wanita. MenstruHeat telah direka secara ergonomik dan boleh mengeluarkan haba dengan tahap optimum bagi memberi ruang otot rahim yang kejang untuk berehat.

Cara penggunaan untuk MenstruHeat ada 3 cara. Anda boleh pilih untuk letak di dalam baju untuk rasa kurang panas, di atas (luar) baju untuk kesan rasa sederhana panas, atau boleh terus pada kulit anda iaitu di bawah pusat anda (tempat rahim). MenstruHeat merupakan patch yang paling panas antara yang lain kerana kekejangan otot rahim ini memang sakit.

Sama seperti NeckHeat dan BackHeat, untuk pemakaian, anda hanya perlu koyakkan bungkusan dan biarkan BackHeat terdedah sekejap dengan udara, sehingga ia menjadi panas dalam masa 5-10 minit.

===================================================================

Setakat ini, Wawa dah mencuba yang BackHeat, dan memang terbukti berkesan sebab ianya betul-betul panas dengan sendiri tau! Bukan suam-suam panas. Thats why rasa sakit belakang Wawa dah berkurangan sejak akhir-akhir ini. Yang penting lepas satu jam pakai, cabut patch ni dari kulit selama 5 minit gitu untuk rehat, kemudian boleh sambung balik. Kang tak memasal terbakar kulit kalau non stop pakai. Hehe... Untuk yang lain Wawa akan guna jika perlu nanti.

Keluaran Ps Love ini sesuai untuk kaum wanita diluar sana yang mengalami senggugut yang teruk, sakit badan belakang akibat kerja berat atau duduk lama, dan juga bagi yang sakit leher akibat tersalah tidur dengan betul. Kaum lelaki juga boleh guna jika untuk NeckHeat dan BackHeat.

===================================================================

Buat followers saya, anda boleh dapatkan 20%  off dari Wawa dengan promocode "wawaoff" (expired on 31 May 2017) di website Ps Love.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari :-

Website :

Facebook :
https://www.facebook.com/pslove.co

Instagram :