Pemandangan Pantai Minyak Beku seakan di Kawah Putih Bandung | Masa dulu pergi, pemandangan di Pantai Minyak Beku yang terletak di Batu Pahat tidak seperti ini mungkin kerana masa itu kawasan tercemar atau dalam pembikinan.


Kebetulan masa ni cuaca memang tengah terik, air pantai pula nampak kehijauan gitu. Memang cantik gila lah. Best tau! Bukan senang nak jumpa pemandangan kehijauan air pantai. Selalu nampak kebiruan je kan. Haha!!~


Nampak tak pemandangan belakang tu? Masa ni saja jalan-jalan dengan husband sebab bosan asyik pergi mall saja. Mula-mula husband suggest pergi Pantai Minyak Beku ni, tapi Wawa mati-mati tolak siap cakap tak lawa la kat sana. Sekali dah datang, amik kau taknak balik! 


Wawa tak kira nak selfie banyak-banyak juga sebab jarang nampak air pantai berwarna hijau yang ditemani dengan batu-batu putih ni. Kekekeke.. Maklumlah kita ni orang jakun tak pernah pergi pantai. Tu yang excited lain sikit. Kalau sekali tengok, korang akan rasa macam korang ni berada di Kawah Putih yang terletak di Bandung. Nampak macam seakan la tapi bukan..


Tenang je tengok air pantai masa ni. Sekali bot besar nak lalu, dari jauh dah dengar bunyi enjin bot besar lalu. Husband suka tangkap gambar time kita tak bersedia. Geram pula rasanya.


Bila dah nampak pemandangan yang cantik ni, susah betul nak balik terus. Bolehlah berangan macam pergi ke Bandung tengok Kawah Putih, One day, kalau boleh memang nak travel ke sana dengan husband sekali. Eceh !!!! Hahahahah~