Print Gambar Dengan Applikasi Droprint | Teringat zaman remaja dulu asal ada tangkap gambar guna kamera digital atau kodak je mesti pergi kedai gambar untuk cuci gambar. Tapi zaman sekarang, dah tak perlu ke kedai gambar lagi dah! Semuanya dihujung jari? Biar betul??

Kalau korang nak tahu, sekarang ada applikasi print gambar dengan mudah dah lebih pantas dari kedai gambar. Sebab kalau nak pergi kedai gambar, kena siap-siap untuk keluar, naik kereta atau motor, minyak lagi, dengan menunggu lagi. Tapi dengan adanya applikasi Droprint ni semuanya semudah ABC! Mari Wawa tunjukkan cara bagaimana nak guna applikasi Droprint.

CARA MENGGUNAKAN APPLIKASI DROPRINT

1. DOWNLOAD applikasi Droprint di IOS/Android


2. SIGN UP dengan menggunakan akaun email atau facebook. Kemudian SIGN IN.

3. Mempunyai 3 pilihan samada mahu PRINTS sahaja, atau PHOTOBOOK, atau GIFTBOX. Wawa pilih GIFTBOX tapi sedih sebab box already sold out. Fast selling pula. But its okay :)

4. Ini contoh kalau nak pilih yang PRINTS. Ada 3 pilihan iaitu PolaStyle, InstaStyle dan Classic 4R. Tapi disebabkan Wawa pilih GIFTBOX tapi box habis, maka gambar jadi macam Classic 4R.

5. Kemudian, pilih gambar min 20pcs samada nak direct dari Phone, Facebook atau Instagram.


6. Dah complete select 20pcs, boleh print out di My Cart. Kalau nak edit size gambar, boleh tekan icon 'pencil' kat gambar banyak-banyak tu sebelum Checkout untuk buat pembayaran.


Mudah sangat kan? Hanya pilih dari telefon pintar saja gambar-gambar yang nak diprint, kemudian bayar dan tunggu sampai di depan pintu korang. Easy and faster! Nak tengok gambar-gambar dari hasil yang Wawa pilih untuk diprint?



Cantik-cantik kan? Gambarnya terang dan jelas seperti dalam gallery telefon pintar. Memang tersangatlah puas hati bila dapat menggunakan applikasi Droprint ini. Boleh abadikan dalam pelbagai bentuk dan simpan dalam album terus! Hehehehehe,,,,

Boleh download applikasi Droprint disini :-


Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari ke laman yang disediakan :

Website : www.droprint.my