Wednesday, March 1, 2017

LUNCH | Petola Masak Air & Sambal Tumbuk



LUNCH - Petola Masak Air & Sambal Tumbuk | Waktu sejuk-sejuk elok makan yang berkuah buat hirup sluurrpppp... kekeke... Kluang sekarang hujan dah 2 hari. Kalau dulu pagi ke petang ke malam ke terasa bahang. Tapi bila hujan berterusan ni tak payah buka kipas, makin tarik selimut. Eh? Tak adalah, mana ada tarik selimut. Itu time nak tidur jelah tarik selimut. 

Hari ini rasa bosan sikit sebab nak menjerit tak boleh, suara dah macam Ramli Sarip gituu! Jadi updatelah sikit gambar lunch tadi. Ringkas je masak sebab teringin nak makan sambal ketuk.


Lauk paling senang masak. Haha ! Petola ni sedap buat masak macam ini je, dengan sohoon lagi, Aduhh! Perut lapaaar balik pula tulis entry nii... Petola kali ni saja tumis dulu, selalu main masak macam bening je. Sekali-sekala ubah style. Ecehhh! Nyampah... Haha!


Siapa anak jawa tak makan sambal tumbuk/totok bukan anak jawa. Yeke?? haha.. Favourite kami suka makan sambal tumbuk sama dengan petola atau dengan ikan goreng. Kalau sup-sup ke bening habis dulu, kami makan sambal tumbuk dengan nasi je pun cukup dahh! Peda?? Hmm, bagi kami lagi pedas lagi best, baru menyengat feel naik je! Tapi bagi yang tak biasa makan pedas mungkin bagi mereka sangat pedas. Maybelah..

Hari ini korang makan apa? Macam sedap je menu korang. Menu kita hari ini ala kampung je sebab kita orang kampung. Hehehe... Sharelah lunch apa.. Babaiii!!

7 comments :

  1. peberettt uyul!!!!! huwarghh lama tak masakkk.

    http://www.uyulrosli.com

    ReplyDelete
  2. febret akak tu Wawa petola masak air letak suhun banyak2 lagilahhhhh umph! haha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wawa...wah !! sedapnya menu...mmg kena lauk dgn sambalnya...kalau mama mkn mmg berpinggan2 la...:)

    ReplyDelete
  4. wahh nampak sedap sangat nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete
  5. Menu simple yang sedap. Sambal totok tu mabeles ui
    JanjiKita

    ReplyDelete
  6. Sedapnya sambal tumbuk tu Wawa.. Tu lah yang jadi pembuka selera tu..

    ReplyDelete
  7. Jalan jalan sini. Wawaaaa update blog lekas. Then join GA Uyul.

    ********************************************************************************
    Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >>
    Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan
    ********************************************************************************

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara