Thursday, December 15, 2016

# event

Pelancaran Produk dan Butik Dr Irma Skincare & Cosmetics







Pelancaran Produk dan Butik Dr Irma Skincare & Cosmetics | Baru-baru ini Wawa berpeluang untuk menghadiri ke Majlis Perasmian Produk dan Butik Dr Irma Skincare & Cosmetics yang telah dirasmikan oleh wakil rasmi Menteri Besar  bertempat di Galleria Kotaraya, Johor Bahru pada 4 Disember 2016 yang lalu. Buat pengetahuan anda, produk yang diformulasikan oleh pengasas sendiri ini, Dr Irma telah dibuat dengan menggunakan bahan-bahan asli dan pati tumbuhan (essential oils).

Siapa Dr Irma?

Dr Irma Shida bt Abu Samah, pengasas produk ini merupakan seorang doktor pergigian dan anak jati Johor. Dan kini beliau telah memulakan pemasaran produknya secara online pada awal 2016 dan kini jenamanya telah berkembang kepada penjualan secara retail dengan perasmian Butik Kecantikan Dr Irma Skincare & Cosmetics.




Bukan itu sahaja, majlis ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pengenalan dan penjualan produk, peragaan produk oleh model dan artis, sesi make-over menggunakan produk Dr Irma dan yang paling best sekali adalah acara sesi ' meet and greet' dengan beberapa artis dan selebriti tempatan seperti Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Aidit Noh, Redza Rosli, Azrel Ismail, Zarol AF, Tiaz Al-Khred dan celoteh DJ Dave dari Johor FM.





Majlis Pelancaran Tabung Bakti Irma Ariandi

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan penampilan Fahrin Ahmad bagi megumumkan majlis pelancaran tabung bakti Irma Ariandi bagi yang kurang berkemampuan, yang merupakan tabung kutipan dimana dari setiap pembelian sebanyak RM 1 akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut. Usaha ini sangat bernilai kerana membantu orang yang kurang berkemampuan.





Produk Dr Irma Skincare & Cosmetics

Antara produk hasil usaha dan yang diformulasikan oleh Dr Irma dalam rangkaian jenama DR IRMA telah dihasilkan dan terdiri daripada 6 produk iaitu Radiant White BB Serum Foudation, Radiant White Cleanser, Radiant White Vitamin C Serum, Radiant Glow CC Foundation, Radiant Clear Derm-Tonic dan Radiant Clear Derm-Purifier. 

Pengguna produk yang terdiri dari rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei memberi maklumbalas yang amat memberangsangkan. Dan mereka juga yakin dan percaya bahawa produk ini akan bersaing dengan jenama-jenama hebat dengan menembusi pasaran global pada masa akan datang.


SET RADIANT WHITE



SET RADIANT CLEAR



RADIANT GLOW



RADIANT CHEWIES



Amacam? Cantik tak packaging produk? Gabungan warna emas dan hitam tampak ekslusif tapi jangan terkejut jika tengok harganya yang jauh lagi murah! Sangat-sangat suka dengan gabungan warna ini.

Untuk pengetahuan anda, produk ini untuk kaum wanita. Wawa dah mencuba sebahagian produk DR IRMA. Lagi-lagi yang Chewies tu, boleh lembabkan kulit dan menambahkan lagi awet muda seseorang.

Selain itu, bahan-bahan yang terdapat dalam produk-produk DR IRMA adalah Ekstrak Yis, Vitamin C, Collagen, Grape Seed, Ekstrak Sakura, Pearl Powder, Kelopak Mawar, Biji Aprikot, Kelapa Dara, Vitamin E, dan juga terdapat SPF50. Yang paling penting semuanya bahan yang digunakan tidak ada barang terlarang seperti merkuri dan hydroquinon.


SESI BERAMAH MESRA DENGAN PENGASAS & ARTIS JEMPUTAN

Tidak ingin lepaskan peluang, Wawa dapat beramah mesra dengan pengasas yang cantik persis model iaitu Dr Irma Shida dan juga artis jemputan yang hadir.

Selfie bersama Dr Irma




Bagi yang ingin dapatkan produk DR IRMA atau ingin ke butik kecantikan sendiri, bolehlah rujuk maklumat yang tertera dibawah.



LOKASI BUTIK : 

DR IRMA SKINCARE & COSMETICS
L1-10, Aras 1,
Galleria@Kotaraya,
Jalan Trus, 80000 Johor Bahru
Tel : 018-9867511

Website : www.drirma.com


Instagram : @drirma_official

3 comments:

  1. assalamualaikum wawa...wah bestnya...sambil memperkenalkan produk baru dapat beramah mesra dgn artis2 jemputan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akan dtg bersama jdt blogger pula ya

      Delete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)