Pek Fleksi Safi Shayla Kini Lebih Jimat! | Kali ini Wawa nak cerita sedikit tentang syampu harian Wawa selepas Wawa membaiki rambut gugur dengan satu produk sebelum ini. Barulah Wawa berani untuk menggunakan syampu harian seperti biasa. Family Wawa merupakan pengguna Safi Shayla yang dalam botol termasuklah Wawa jika tiada masalah rambut yang teruk. Rambut adalah mahkota wanita. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang bertudung kerana ianya memerlukan penjagaan yang rapi supaya rambut sentiasa kelihatan sihat dan bermaya.




SAFI SHAYLA, SYAMPU WANITA BERTUDUNG

Namun, kini semua wanita yang bertudung khususnya tidak perlu risau lagi kerana pihak SAFI telah mengeluarkan satu inovasi baru iaitu Safi Shayla Pek Fleksi yang diperkaya dengan Habbatus Sauda, dimana ia boleh digunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula. Bahkan, ia juga boleh dibawah ke mana-mana tanpa risau lagi.

Dengan satu syampu ini ianya sangat menjimatkan kerana ia boleh didapati dengan harga mampu milik. Dahlah murah, jimat, mudah dibawa. Memang mudah untuk digunakan. Dahulu, Wawa menggunakan yang warna hijau untuk rambut segar bermaya. Yelah, sebab dulu tak ada masalah rambut zaman muda mudi. Hehehe.. 




Kali ini Wawa dapat mencuba pek fleksi berwarna biru iaitu untuk anti kelemumur. Walaupun Wawa tiada kelemumur, tapi sesuai juga dipakai kerana kadang-kadang rambut kita ni lembab bila bertudung, ada sesetengah orang akan ada kelemumur. Alhamdulillah, Wawa pakai warna biru dahlah bau wangi yang amat, rambut pun rasa segar dan lembut dan terhindar dari kelemumur.

Bukan itu sahaja, Pek inovasi bersaiz 480g ini sangat memudahkan pengguna untuk membawanya kemana sahaja. Terdapat pelbagai warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi bagi setiap masalah rambut. Antaranya ialah :







Safi Shayla Pek Fleksi boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya pada harga RM14.65 sahaja. Sangat jimat kan? Boleh tahan 2 bulan untuk penggunaan harian. Guna sedikit sahaja tapi bau wangi menusuk hidung! Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, boleh layari :-



Facebook


Instagram


Youtube