Enchanteur Paris Menyerlahkan Pesona Diri & Segar Sepanjang Hari | Orang perempuan ni memang kalau boleh nak lengkap set penjagaan diri, penjagaan muka dan macam-macam lagi. Lagi-lagi yang bau wangi tu memang menggoda. Korang tahu tak Enchanteur Paris telah mengeluarkan variasi terbaru dalam keluaran baru ni? Baru-baru ni Wawa ada dapat 1 box dari Enchanteur Paris, dan bau wangi dari luar kotak dah semerbak harum! Nak tahu apa keluaran baru? Sebelum tu meh berkenalan dengan Enchanteur Paris bagi yang first time dengar. Tapi Wawa rasa semua dah kenal sebab dah banyak kali keluar TV.




Inilah box dari Enchanteur Paris yang Wawa dapat. Wangi gila! Dalam box pun masih wangi apatah lagi dari dalam parcel. Memang betul-betul memukau lah!


Jom Kenal dengan ENCHANTEUR PARIS !

ENCHANTEUR PARIS adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seorang wanita.

Sebagai sebuah jenama yang terkenal dalam rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan variasi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita segar tubuh badan sentiasa sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkain deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.

Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran stick serta perfume spray, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu :




1.  ENCHANTEUR PARIS  MON AMIE

Rangkain ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat-sat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan-kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan dipadankan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Perfume Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie.

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Losyen Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Perfume Lotion), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang berterusan dan sepanjang hari disamping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.

Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


2.  ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pemcerahan (Triple Whitening Perfume Lotion) yang memberi manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.

Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti-Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Perfume Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.


3.  ENCHANTEUR PARIS ADORE

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga-bungaan dan buah-buahab yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS Adore dengan Perlindungan Anti-Bakteria (Antibacterial Care Perfume Lotion) memastikan kulit sentiasa dlindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.

Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Perfume Anti-Persporant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar.

Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.





Dalam 3 variasi ini, Wawa dapat mencuba setiap jenis iaitu losyen, deodoran anti-perspirant dan juga deodoran mist. Mari Wawa nak review sikit untuk ketiga-tiga jenis ini.




Triple Whitening Perfume Lotion ENCHANTEUR PARIS Belle Amour ini sangat best sebab dia wangi dan terasa lembut je kulit. Ia dengan manfaat pencerahan 3x ganda ini direka dnegan 3 agen pencerahan untuk mengatasi masalah kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. Dengan adanya Vitamin B3 ini ia dapat mengekalkan kelembapan pada kulit kita.

Dengan menggunakan losyen ini ia bukan sahaja mengekalkan kulit yang cantik dan sekata bahkan is memberi seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour. Losyen tiub ini boleh didapati dengan berharga RM7.50 untuk 100ml dan untuk yang botol berharga RM16.95 untuk 300ml sahaja.




Perfume Deo Mist ENCHANTEUR PARIS Adore ini pula memang best dengan bauan aroma dari bunga dan buah-buahan (bau seakan lavender) sejuk je rasa fresh gitu. Wawa suka dengan bau Adore sebab ini antara bau kegemaran Wawa sebab suka sangat bau bunga dan buah. Wawa selalu pakai yang ini pada waktu untuk berjalan.

Ia memberi keyakinan yang berpanjangan sehingga 24 jam kerana ia mudah serap dan kekal bau harumannya walaupun berpeluh. Deo Mist ini boleh didapati dengan harga RM10.10 untuk 100ml sahaja.




Whitening & Refreshing Perfume Anti-Perspirant Deodorant ENCHANTEUR PARIS Mon Amie pun best, bau dia seakan bau bunga matahari sesuai mereka yang suka dengan deodorant jenis stick atau losyen ni. Kalau yang ini Wawa lebih selesa guna pada waktu malam sebab kurang bergerak buat apa-apa aktiviti dan wangi dia memang superbb! Boleh pikat suami gitu.. Hehe...

Ia memberi manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering bagi mengurangkan pembentukan melanin. Butiran kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selesa.

Deodorant Stick ini boleh didapati dengan berharga RM8.70 untuk 50ml sahaja.




JANGAN tunggu lagi !!!


Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua pasaraya / pasaraya besar / farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari :



FB Page :  EnchanteurMy

Instagram : @enchanteurmy