Wednesday, October 12, 2016

Rimas Dengan Rambut Gugur? Nutri M Anti Hairloss Regimen Boleh Selesaikannya!





Rimas Dengan Rambut Gugur? Nutri M Anti Hairloss Regimen Boleh Selesaikannya! | Siapa pernah alami rambut gugur? Korang mesti rimas kan bila tengok segumpalan rambut kat lantai. Bukan segumpal je, bertaburan bersepah! Nak menyapu satu hal. Paling geram even sehelai rambut nampak selepas sapu rasa macam nak mengamuk! Hahaha.. 




Korang masih ingat lagi tak pertanyaan Wawa di facebook seperti gambar di atas ini? Ramai gila yang share produk dan petua untuk rambut gugur. Terima kasih sebab prihatin. Ada juga yang tercari-cari ada tak produk yang berkesan atau yang boleh membantu mengurangkan rambut gugur. Wawa memang amat bermasalah dengan rambut gugur ni. 

Lagi-lagi kalau Wawa sakit kepala migrain, memang habis gugur rambut macam musim luruh. Kalau bangun tidur tengok bantal je dah penuh rambut satu bantal. Kalau mandi pula, sekali basuh rambut, boleh segenggam rambut gugur. Kalau sikat rambut? Jangan tanyalah, memang problems takkan setel. Dah macam-macam petua atau produk lain Wawa cuba tapi sama juga keadaan.

Alhamdulillah, pertanyaan Wawa di facebook telah mendapat perhatian dari seorang pengasas berkaitan produk penjagaan diri dan kesihatan berasaskan herba untuk memberi peluang Wawa untuk mencuba produk beliau. Nutri M mempunyai 2 produk iaitu Anti Hairloss Regimen dan juga Black Shampoo. Mari Wawa perkenalkan serba sedikit tentang produk Anti Hairloss Regimen by Nutri M.





KEISTIMEWAAN NUTRI M ANTI HAIRLOSS REGIMEN

1. Merawat masalah keguguran rambut dengan cepat dan berkesan
2. Dirumuskan dengan 100% herba premium terpilih dan bebas dari kimia
3. Melambatkan proses penumbuhan uban dan mengurangkan kelemumur
4. Merawat kegatalan kulit kepala
5. Merawat kelemumur selepas 2 kali cucian

Antara kandungan herba premium terpilih adalah Akar Ginseng, Chinese Knotweed, Touki Ekisu, Bunga Za'afran dan Akar Halia yang kaya dengan vitamin dan mineral dalam mengembalikan semula kekuatan rambut serta membantu pertumbuhan rambut baru. Sangat sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan.


CARA MENGGUNAKAN ANTI HAIRLOSS REGIMEN


 


Herbal Shampoo ini diperkaya dengan pati bunga Saffron dan juga mempunyai vitamin bagi membaiki rambut yang rosak, menyejukkan kepala secara semulajadi. Cara pakai mula-mula gunakan syampu ini, letak sedikit kat tapak tangan. Walaupun sikit, ianya sudah memadai untuk 1 kali basuhan rambut. Gosok rambut dan urut selama 5 minit supaya herba syampu melekat ke akar kulit kepala. First try memang rasa sejuk je kepala berangin gitu.



Selepas keringkan rambut, terus sapukan gel essence ini yang berfungsi sebagai tonic rambut untuk menguatkan lagi akar rambut dan pertumbuhan rambut baru. Cara pakai amat mudah, picit sedikit dan sapukan dibahagian rambut yang masalah. Urut lama sedikit bagi ianya meresap betul-betul ke dalam akar kulit rambut.



Review / testimoni Wawa selepas menggunakannya :

Selepas dapat saja produk ini Wawa terus mencubanya. Bau herba ala-ala dalam spa menusuk hidung. Tapi bau dia sedap. Bukan bau macam ubat-ubatan herba. Senang kata bau dia sedang-sedang jelah. Kalau korang pernah masuk spa untuk rawatan rambut, memang bau dia seakan ini lah. Bau herba lembut orang kata. Hihi!

Pertama kali mencuba, rasa segar kepala dan Wawa dapati kurang sedikit rambut gugur. Malah, rambut terasa lembut je untuk pertama kali guna. Esok pagi bangun tidur, tengok rambut kat bantal pun dah berkurangan. Wah! Excited weii!! Tapi takpelah, Wawa nak mencuba selama 1-2 minggu. Seminggu Wawa hanya menggunakan 4 kali sahaja. 

Alhamdulillah, dah 2 minggu Wawa mencuba Nutri M Anti Hairloss Regimen ini dan ianya sangat membantu mengurangkan masalah rambut gugur. Nak kata langsung tak ada gugur mustahil. Kalau ada pun boleh kira berapa helai saja. Tak macam dulu serabut dan rimas tengok.

Jimat boleh tahan 1-2 bulan, ikut pada penggunaan masing-masing.


Testimoni customer-customer yang lain :




INFO PENTING NUTRI M :

1. KKM approved > NOT 150905157K
2. Halal dan selamat digunakan tanpa ragu-ragu
3. Produk milik Melayu BUMIPUTERA
4. Diyakini ramai pengguna sejak tahun 2010




Wawa teramatlah puas hati dengan Nutri M Anti Hairloss Regimen ini sebab ianya betul-betul membantu Wawa atasi masalah rambut gugur. Walaupun tidak secepat seperti testimoni yang lain, tapi ianya berkesan bagi Wawa. Bagi korang yang hadapi masalah yang sama seperti Wawa, bolehlah korang mencubanya. 

Packaging yang sangat menarik, Sesuai jika ingin menghadiahkan pada ahli keluarga, pasangan sendiri atau pada yang berkenaan. Yang penting, ianya very highly recommended!




Rimas dengan rambut gugur? Takkan tengok rambut gugur hari-hari?
Berminat untuk mencuba? 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Instagram : nutri_m
Whatsapp : +6019 311 7254



7 comments :

  1. Menarik ni! Masalah wanita yg dah ada anak dgn keguguran rambut mmg tak dapat dipisahkan..;)

    ReplyDelete
  2. Menarik ni! Masalah wanita yg dah ada anak dgn keguguran rambut mmg tak dapat dipisahkan..;)

    ReplyDelete
  3. Nak cuba nanti.. rambut ena memng ada masalah keguguran.. Hari2 dok sapu bilik.. sobs! tapi tak banyak la cuma rimas asyik gugur jeeee

    ReplyDelete
  4. Nad sekarang pakai tyzara shampoo..tu pun bagus..ni pun menarik je nengok

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara