Sumber Ayu - Wajah Baru Pembersih Wanita Daun Sirih | Siapa kata kawasan intim tidak memerlukan pembersih? Macam muka juga perlukan facial wash atau pembersih muka. Begitu juga dengan kawasan intim wanita. Kalau tidak kekotoran melekat akan mnyebarkan bakteria atau virus dan menyebabkan kegatalan di miss V.  Oleh itu, kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.




Ada beberapa fakta menyatakan bahawa kawasan intim tidak elok dibasuh dengan menggunakan sabun kerana dikhuatiri akan mendedahkan kita kepada risiko jangkitan. Oleh itu, lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasikan dnegan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Ekstrak Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU merupakan bahan utama yang dipertingkatkan bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria dan memberikan kesegaran berpanjangan dari wangian semula jadi daun sirih. 


Dalam satu set ini ada 3 variasi yang Wawa cuba. Sangat friendly user


PEMBERSIH WANITA DAUN SIRIH SUMBER AYU BERWAJAH BARU

Kini, Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Dengan mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih wanita ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap variasi di hiasi dengan kemasan yang lebih terperinci. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Produk ini sesuai untuk semua peringkat umur bagi kaum wanita dan didatangi dalam rangkaian enam (6) wangian yang menarik dan pelbagai :




  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Orkid – Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral – Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity – Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.



Rangkaian Pembersih Wanitaan Daun Sirih SUMBER AYU yang dibawakan oleh WIPRO UNZA boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan juga farmasi.