Assalamualaikum, readers!
Apa yang anda buat pada bulan Ramadhan? | Sebelum terlambat, Wawa nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem. Dah lama Wawa menyepi kan. Bukan apa, blog Wawa ada masalah sebab tak boleh update entry baru. Jadi Wawa macam agak kecewa sikitlah sebab tak dapat update blog. Sobs sobs...
Wawa cuba solve problem dan cuba tanya yang pakar tapi masing-masing buntu. So Wawa bawak diri dari dunia blogging sementara. Sekarang dah okay, harap-harap tak buat masalah lagi blog Wawa. Tapi sekarang kan bulan Ramadhan dan agak busy sikit sambil uruskan perkara yang penting. Cuma Wawa nak kongsikan sikit apa Wawa buat bulan Ramadhan ni.
Aktiviti Wawa pada bulan puasa kali ini tidaklah banyak sebab Wawa kena uruskan untuk hal selepas raya ini. Penting sangat ke? Uisshh! penting laah... kalau tak lengkap memang Wawa tak boleh proceed hal tu nanti, mahu nangis Wawa.. Apa hal penting tu? Hehehe.. rahsialah dulu. Kalau Wawa cerita mahu panjang story Wawa sebab kena ada part tertentu nak update.
Selain itu, Wawa kurangkan aktiviti luar dan duduk rumah sahaja sambil tolong potong baju raya nak jahit nanti, tolong kemas rumah. Yelah, anak bongsu dan last kena buat jadi kenalah rajinkan diri tolong parents kat rumah. Pahala lagi tinggi tau. Ibdah pun dapat buat dengan lancar. Mana tahu tahun depan kita tak sempat nak merasa nikmatnya bulan Ramadhan. Ajal dan maut bila-bila masa boleh berlaku. Jadi apa salahnya bulan Ramadhan Kareem ni kita collect pahala lebih.
Bukan nak salahkan yang lain, tapi kalau rasa 'rindunya bulan Ramadhan', cuba ubah sikit niat duniawi itu kurangkan tapi lebihkan yg akhirat. Cuba, kalau tak boleh sikit pun jadilah kan? Jangan status kat facebook/instagram kata rindu Ramadhan, tak sabar nak puasa.. tup tup jadi krik krik... hehe.. malu lah camtu.. dapat agak tak selalu post macam ini siapa post? Maksud Wawa kat sini benda yang menjadi laghah. Tahu tak laghah tu apa? Benda yang melalaikan kita.
Waktu malam memang waktu untuk beribadah dengan solat sunat terawih dan juga bertadarus. Setiap bulan Ramadhan memang family Wawa buat tadarus khatamkan satu juz. Kalau adik beradik tak ada Wawa tadarus dan makcik semak bacaan Wawa. Alhamdulillah, masih tidak putus lagi amalan yang kami amalkan sampai sekarang.
Okay, panjang pula bebel. Sorry takyah cop Wawa ustazah. Ini luahan coretan hati Wawa ajer, tak payah lah terasa sangat. Tapi orang kata kalau terasa tu maknanya dialah si pelaku. hiks! So sekarang Wawa nak tanya pulak pada korang...
"Apa Yang Anda Buat Pada Bulan Ramadhan?"
Mehlah share kat Wawa. Tak kesahlah jawapan korang. Cari duit nak raya ke, cari duit untuk kahwin ke, buat aktiviti amal ke. Hehehe... Tapi siapa yang ada bagi duit raya tu, mehlah pass kat Wawa duit rayanya. Nak merasa gak tua bangka ada duit raya orang bagi. Hahahaha !
Ok bye! :)
0 Comments
Post a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)