Friday, May 6, 2016

# beauty # review

FCC SKINTRENDS SKINCARE | SKINCARE BARU DARI FCC


Assalamualaikum, readers..


FCC SKINTRENDS SKINCARE | SKINCARE BARU DARI FCC | Siapa sini suka beli produk skincare? Of course kebanyakkannya wanita kan? Memang tak asing lagi wanita tidak boleh dipisahkan dengan dunia kecantikan. Siapa tak nak cantik, betul tak? 

Tapi produk skincare sekarang kebanyakkan bahaya sebab merkuri terlebih sangat. Kebanyakkan skincare sini lebih pada krim kilo beli kat Thailand. Say NO to the mercury okay ! Jangan sebab nak putih uolls gadai muka. Kesan sampingan dia uolls akan rasa masa akan datang. Jadi, Wawa nak share kat sini satu produk baru dari Farmasi Colour Cosmetic (FCC)

Apa itu Farmasi Colour Cosmetics (FCC)?
FCC adalah salah satu syarikat kosmetik yang menggunakan elemen Halal kosmetik dari Istanbul Turkey. Semestinya ianya selamat digunakan untuk semua lapisan masyarakat Muslim kerana FCC tidak mengandungi lemak, alkohol dan gelatin haiwan. Anda boleh menggunakannya dengan selamat.

Sebenarnya FCC sudah lama di pasaran, Sebelum ini, FFC mengeluarkan produk kecantikan tentang kosmetik iaitu barangan make up seperti foundation, lipstick, eyeliner, powder dan lain-lain. Brand FCC ini dah tak asing lagi kerana sudah ramai kaum wanita mencubanya. Kali ini, FCC telah mengeluarkan produk baru mereka berasaskan penjagaan kulit wajah iaitu SkinTrends Skincare.




FCC SkinTrends Skincare mengandungi Phyto-Biotics Acai Technology. Ini adalah set penjagaan muka mengikut keadaan kulit muka yang berbeza dan mendapat dermatologically tested. Terdapat tiga set skintrends antaranya adalah :

1. Normal Skin (Set Biru)
2, Dry and Sensitive Skin (Set Pink)
3. Oily and Combination Skin (Set Green)

Setiap set ini mempunyai tiga barang iaitu Revitalizing Cleansing Gel, Revitalizing Tonic dan Hydrating Day Cream SPF15. Ketiga-tiga set ini mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Sebelum itu, jom kenali masalah kulit muka anda dan fungsi setiap set Skindtrends.



Kenal pasti masalah kulit muka anda dan ketahui fungsi-fungsi setiap set supaya anda tidak tersalah pilih. Jangan hanya kerana warna pink warna kegemaran anda, anda pilih pink walhal masalah kulit anda adalah normal. Makin teruk nanti susah pulak. Hee...






Alhamdulillah, Wawa diberi peluang untuk mencuba salah satu set di atas ini iaitu Normal Skin (Set Biru) kerana kulit Wawa normal cuma ada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Jadi, Wawa sangat teruja untuk mencuba set penjagaan muka Skintrends ini. Jom Wawa kenalkan fungsi-fungsi bagi set biru (normal skin).


1. Revitalizing Cleansing Gel




Ini adalah pencuci muka berasaskan gel. Bagi yang baru mencuba pencuci muka gel jangan hairan sebab ianya tak berbuih. Bila basuh muka memang tak berbuih tapi yang tiada buih inilah bagus tau sebenarnya. Boleh research google sebab kenapa bagusnya pencuci muka tanpa buih. Cleansing gel ini dapat membersihkan secara mendalam dan mengimbangkan kulit anda. 



2. Revitalizing Tonic (Toner)





Revitalizing Tonic digunakan selepas penggunaan Cleansing Gel. Tonic ini adalah sebagai toner untuk membersihkan kulit muka dari sebarang kotoran yang melekat, menjadikan tona kulit muka dengan sekata  dan juga menutup lubang-lubang pori yang terbuka.


3. Hydrating Day Cream SPF15 





Last sekali apply dengan Hyrating Day Cream SPF15 pada siang hari is better. Bekas kecil tapi guna sikit sudah mencukupi. Day Cream ini membekalkan oksigan pada kulit supaya kulit lebih lembab tidak kering dan juga melindungi kulit muka kita dari cepat rosak. Cream ini bagus dipakai apabila berada didalam rumah untuk tahap kelembapan kulit terjaga dari terkena cahaya matahari.



FEEDBACK WAWA DALAM PENGGUNAAN SKINTRENDS





Syukur alhamdulillah, kulit Wawa nampak ceria sikit dan nampak lembab dari sebelum ini. Memang best dapat guna skintrends ini sebab ia bukan saja memperbaiki kulit wajah kita tapi mengembalikan kelembapan kulit muka dan membuat muka nampak glowing. Wawa sarankan korang gunalah produk ini kerana ianya sangat bagus dan bebas dari merkuri yang merbahaya. Baunya yang wangi memang best bila apply kat muka. Produk ini bukan untuk kaum wanita sahaja bahkan sesuai untuk kaum lelaki.

Untuk sebarang pertanyaan dan ingin mengetahu maklumat lebih lanjut, bolehlah hubungi :

FACEBOOK 

INSTAGRAM 

ATAU
Search melalui hashtag
#FCCSkincare #FCCMy #FCCSkinTrends #FCCSkinImpact



8 comments:

  1. harga dia pulak dalam lingkungan berapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk maklumat lanju bolrh pergi ke page fb atau instagram FCC sis :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe..tq.. tp xdela bersih mne..kdg2 je bersih..kalau jerawat timbul abiss.. haha

      Delete
  3. Ena pun still guna fcc skincare tapi yang warna pink... Best sangatt.. Jerawat muka ena makin berkurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..hehe..best kn guna skintrends ni.. rasa nyaman je bila guna.. ^^

      Delete
  4. Wow.. kalau buat testimoni sekali kat muka sendiri tu lagi bagus share pd pembaca. Boleh cuba if this product look gd. Kak no cuci muka guna gula perang je. Kekekek

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)