Sunday, March 6, 2016

# tips

Tips | Putihkan Ketiak dengan Berkesan



 



Tips Putihkan Ketiak Dengan Berkesan | "Euuww , hitamnya ketiak !" .. Malu bila ditegur seseorang atau malu bila berdepan dengan situasi begini? Malu ingin berfesyen kerana bawah lengan anda gelap? Kaedah bercukur yang tidak betul dan juga pisau cukur yang tidak bersih antara faktor utama pembentukan kulit bawah lengan gelap. Mari kita lihat tips yang ingin dikongsi bersama :


1. YOGURT DAN SUSU
Yogurt dan susu mengandungi laktik asid yang berfungsi sebagai ejen pemutih. Campurkan 2 sudu yogurt dengan 3 sudu susu dan sapukan di kulit bawah lengan sebelum mandi. Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam. Bersihkan dengan air suam.
 
2. BETIK DAN MADU
Betik mengandungi akrobat asid yang mempercepatkan mengelupasan sel-sel kulit mati dan madu mengandungi vitamin C dan polyphenols yang boleh mencerahkan kulit bawah lengan. Blender 1/4 betik dan campurkan dengan 2 sudu madu. Sapukan pada kulit. Biarkan selama 20 minit. Basuh dengan air.

3. LEMON DAN SERBUK PENAIK
Lemon mengandungi vitamin C. Serbuk penaik mengandungi kalsium yang boleh hapuskan sel kulit mati dan naturalize asid lemon yang boleh menyebabkan iritasi. Perah jus lemon dan campurkan satu sudu teh serbuk penaik. Sapukan dan biar selama 15 minit. Gosok bawah lengan sehingga kotoran keluar. Basuh dengan air.

4. TIMUN DAN SERBUK KUNYIT
Timun boleh melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak dan memutihkan kulit. Untuk hasil yang lebih berkesan, campurkan puri timun dengan campuran timur yang ditapis dengan serbuk kunyit. Sapukan di bawah lengan. Biar selama 12-17 minit. Basuh dengan air. Lakukan 2-3 kali seminggu.

5. UBAT GIGI
Picit sedikit ubat gigi bersaiz kacang soya di jari. Sapukan di bawah lengan. Basuh dengan air. Jangan teruskan sekiranya kulit anda mula merah. Kulit anda mungkin sensitif.

Sumber : eh.com.my

2 comments:

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)