Cafe berkonsepkan Japan Western | Masa itu Wawa tengah pusing-pusing bandar Kluang, dan akak tanya nak makan mana. Dengan serta-merta Wawa teringat satu kedai makan baru dibuka beberapa minggu lalu. Kedai makan ini dinamakan Dapur JW Cafe. Ianya berkonsepkan Japan Western dimana bukan sahaja makanan Japan bahkan disediakan sekali dengan makanan Western dan tempatan. Yang sangat teruja, owner cafe ni orang Islam tau. Pekerja pun semua muslim. So, semuanya dijamin halal.


Design kedai yang menarik, bila masuk jer Wawa sangat tertarik dengan corak dinding kedai. Haa, nampak tak wefie kitaorang tu?? Sangat unik sebab dorang menggunakan simen sahaja dengan mencorakkan bentuk dinding ikut citarasa mereka. Sangat kreatif ! Jom layan menu yang kitaorang order !

Takoyaki (menu wajib Wawa)


Spaghetti Mushroom Abalone Soup Garlic

Takoyaki ni rugi kalau tak amik. Sebab ala-ala Japan kan. Hihi.. Actually, banyak menu belum ada lagi sebab in progress lagi kedai ni. InshaaAllah, bulan ini siap sepenuhnya kata pekerja kat sana. Kitaorang tak pilih menu Japan sebab tekak masih kenyang nak cuba menu lain. Ececehh ! takleh.. actually kitaorang tunggu kedai siap sepenuhnya baru kitaorang order menu Japan. Spaghetti dia sedap tapi macam kering sangat. Ke aku tak pernah rasa Spaghetti Garlic macam mana..


Pink Guava + Bubbles

Air ni paling aku suka ! Sebab apa? Sebab bubble dia. Alaa, sama macam pearl air Cool Blog kan.. Noooooooo... never uollss !! Sebab bubble dorang guna ni sangat unik, bila korang minum bubble tu ia akan meletup dalam mulut uolls ! Serius weii.. tak tipu ! Bubb;e dia tak lokek, Wawa sampai nak balik pon tak habis-habis sedut bubble tu! Haha .. Uolls should try this beverage !


Breaded Chicken Chop

Lamb Grilled

Dua makanan ni akak Wawa dengan kawan dia yang order. Wawa tak makan Kambing! Huhu.. So far, dorang berdua makan kata puas hati. Isi banyak dan harga sangat berbaloi dengan menu yang diorder. Makan macamni pun boleh senak perut tau! Sebab banyak sangat isi dia.


Okaylah, Wawa tak nak bebel panjang-panjang. Uolls patut try menu kat cafe ni sebab ada kelainan yang tersendiri dorang created. InshaaAllah, soon Wawa nak try menu Japan pulak. Hehe.. Bagi Wawa, sangat best dan berbaloi harganya. Congrats to owner Dapur JW cafe kerana berjaya buka cafe berkonsepkan Japan + Western di daerah Kluang. Sebarang pertanyaan boleh direct ke :

Facebook : Dapur JW Cafe

Location : No 6, Jalan Persiaran, Dato' Haji Ismail Hassan
                 ( sederet dengan bank muamalat, sebelah jambatan sungai bandar )