Saturday, March 19, 2016

7 Jenis Tetamu Perlu Dielakkan Di Kenduri Kahwin

 





7 Jenis Tetamu Perlu Dielakkan Di Kenduri Kahwin | Zaman sekarang dah lebih maju dari dulu, maka bertambah 'maju'lah mulut2 orang sekarang kan.. hihihi.. Pulak sekarang tengah musim kenduri kahwin. Jadi ada beberapa tips yang boleh kita elak dari tetamu semasa kenduri kahwin nanti.


1. Mengumpat Pengantin

"Lelaki dia tak sesuai dengan isteri dialah, isteri dia muda sangatlah, suaminya gelap, isteri gemuk, tak darjat, berbeza negerilah."

Jangan merungut, nanti berpatah balik kat diri sendiri takpun keturunan sendiri baru terasa.

2. Makanan Terhidang

"Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada."

Makanan tu kan rezeki, kurangkan merungut rezeki yang dah diberi secara percuma. Ramai lagi kat luar sana tak dapat merasa makan sedap-sedap.

3. Bilik Pengantin

"Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak sepadan dengan dinding."

Ikot kemampuan pengantin. Kadang-kadang pengantin sendiri pun tak kisah pasal bilik, asalkan selesa sudah sebab bukan tetamu yang nak tidur bilik pengantin nanti kan.

4. Buah Tangan / Goodies

"Tak bersyukur bila dapat buah tangan/goodies. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je"

Orang memberi kita kita menerima. Terima dengan ikhlas, kalau tak ikhlas jangan terima. Buat tambah dosa je merungut.

5. Kenduri Suram

"Tak meriahlah kenduri kahwin ni, tak ada DJ radio, kompang, karaoke, pelamin"

Tak tahu pula dalam Islam ada sebut kenduri kahwin wajib ada semua tu. Lagi-lagi karaoke dan DJ radio.. Pasang kaset atau lagu nasyid atau qasidah pun dah cukup meriah, berselawat di majlis barakah lagi bagus kan.

6. Tidak Hadir Bila Dijemput

"Orang dah jemput pergi kenduri dia tak hadir. Bila orang tak jemput, yang itu pula yang dia nak pergi"

Hukum bila orang menjemput kenduri, kita wajib datang kecuali ada sebab tertentu. Bukannya dah dijemput tapi buat-buat tak tahu.

7. Tapau Makanan Bawa Balik

"Sudah makan, tapi nak bungkus bawa balik rumah. Nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur laksa"

Kalau tuan rumah ada bagi berkat/bontrot, terima jelah jangan muka tak malu minta bungkus sendiri. Pulak tu bungkus sampai habis makanan kat dapur tuan rumah tak tinggal sisa. Benda macam ini ada berlaku especially saudara-mara. Even sedara jangan lah buat macam tu, nampak macam pengemis pula minta belas ehsan.


"Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa. Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika"

 sumber : imuslimshop.com

8 comments :

  1. time kenduri benda paling best makan free...heheh
    tapi mmg ada pun tetamu yg mcm kt atas ni. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..bende free ni..makan je..xyah rungut2..xsdp blkg cite..kalau xsdp direct ckp ngn catering atau org yg msk..haha

      Delete
  2. biasanyaaa tuan rumah tak tahu tetamu mcm ni ada sebab dorang bercakap sesama dorg jee :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol..haha...tp tetamu la bawak mulut..dosa mngumpat..hihihi..

      Delete
  3. Haishhh negative people enough kn kalo orang cenggini. Orang dah jemput datang rumah kira untung sangat la tu. Bersyukur la.

    ReplyDelete
  4. betui betui. kebanyakan golongan makcik2 je mcm ni. hope la kite semua dh je makcik2 nnt tak mcm ni. jomm cari aura positif dari mudaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..harap lepas ni boleh biang aura negatif pd diri kita.. ^^

      Delete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara