Saturday, January 30, 2016

Epal Bantu Rawat Kerosakan Pada Sel Tubuh

 
 
 
 
 
 
Epal bantu rawat kerosakan pada tubuh | Epal bukan sekadar lazat dan mampu memuaskan selera mereka yang suka dengan makanan manis, ia juga mengenyangkan dan kaya nutrisi. 

Selain kaya dengan antioksidan, epal juga mempunyai kemampuan untuk melawan penyakit, malah ia dipercayai dapat membantu merawat sebarang kerosakan terdapat pada sel tubuh.

Ia kaya dengan serat yang dikenali sebagai pektin yang memberi kebaikan kepada sistem penghadaman, menyingkirkan toksin, seterusnya meningkatkan tenaga dan kesihatan keseluruhan. Antara manfaat lain ialah :

1. Gigi lebih kuat dan putih
Epal mampu menggantikan berus gigi kerana menggigit dan mengunyahnya menggalakkan pengeluaran air liur sekali gus mengelak masalah gigi reput dan mengurangkan bakteria dalam mulut.

2. Melindungi daripada Alzheimer's
Satu kajian baru mendapati tikus yang diberi minuman jus epal dapat maengelak masalah Alzheimer's dan melawan kesan penuaan pada otak mereka. Ia juga meningkatkan aktiviti otak dan membuatkannya lebih cerdas.

3. Mengelak Parkinson's
Kajian juga mendapati mereka yang makan lebih banyak buah dan makanan tinggi serat mampu mengelak daripada Parkinson's kerana penyakit itu berlaku apabila sel saraf yang menghasilkan dopamin terjejas sedangkan epal mampu menjaga kesihatan otak.

4. Melindungi daripada kanser
Epal kaya dengan bahan flavonoid yang mengurangkan aktiviti pertumbuhan kanser. Bahan seperti triterpenoid dalam kulit epal juga mempunyai sifat anti kanser.

5. Mengurangkan risiko diabetes
Pengambilan epal sekurang-kurangnya sebiji sehari mampu mengimbangkan kadar gula dalam darah kerana ia kaya serat.

6. Menurunkan kolesterol
Epal mempunyai serat larut yang mampu 'menarik' dan membuang kolesterol daripada tubuh, seterusnya menjadikan paras kolesterol menurun.

7. Jantung lebih sihat
Pengambilan serat tinggi menurunkan kolesterol, seterusnya menjadikan jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko pengumpulan plak pada salur arteri.

8. Mengelak pembentukan batu karang
Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

9. Mengelak sembelit
Pengambilan serat tinggi melancarkan sistem penghadaman dan menjadikan proses pembuangan najis menjadi mudah, seterusnya memelihara kesihatan diri.

10. Menyingkirkan toksin dalam hati
Pengambilan pelbagai jenis makanan boleh menjejaskan fungsi hati yang berperanan menyingkirkan toksin. Pengambilan epal membantu kerana ia bukan saja cara yang mudah tetapi selamat untuk menyingkirkan toksin dari badan secara efektif.

p/s : Jum kita amalkan pemakanan buah-buahan seperti epal, Wawa sudah cuba dan ternyata ia membantu menurunkan kadan kolesterol dalam badan kita disamping dengan mengamalkan gaya diet sihat. Rugi bagi siapa tidak mencubanya.

Sumber : Harian Metro
 

6 comments :

  1. Air detox pun letak epal hijau boleh kurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. detox apa2 buah yang ada khasiatnya juga boleh bantu kurus..
      tak pun try epal + madu + lemon.. mmg superbb :)

      Delete
  2. camne nak buat air detox? slalu buat air lemon je.. ada resepi yg kaw tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Detox bergantung pada buah yg kita nak atau fungsi setiap buah.. boleh google utk resipi detox ikut jnis buah..

      Kalau saya selalu try lemon + oren + mint atau epal + lemon + mint.. sambil2 tu saya cuba minum green tea ��

      Delete
  3. ini yang rasa nak makan epal.. bagi gigi putih tu.. hihi

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara