Monday, January 25, 2016

# review

Air Kopi Rare | RareCoffee Kluang

  
  

Rare Coffee Kluang | Sejak dua menjak ini semakin ramai orang buat bisnes sendiri. Especially bisnes jual minuman. Walau ramai persaingan tapi bisnes inilah yang ramai orang cari sebab ke mana-mana nampak kedai, tekak terasa kering dek cuaca terik masih ada yang mencari air. Bukan cuaca terik sahaja bahkan cuaca sejuk pun ramai cair. Dahulu kedai ini dikenali sebagai Malaya Coffee Kluang ye, sekarang dikenali sebagai Rare Coffee Kluang.

Baru-baru ini Wawa ada mencuba satu minuman di tempat Wawa, mana lagi kalau bukan di Kluang. Tempat yang paling dekat dengan rumah Wawa, senang nak gerak ke sana. Kebetulan rumah pun ada orang jadi Wawa belilah lebih sikit. Kalau tak memang ngadap sorang jelah. Sobs sobs...

 

Dahi jendol orang Jawa kata. Hahaha ! Excited kemain sampai selpie angin tiup kuat pun saja je dengan tudung yang menampakkan dahi jendol. Ok stop ! Masa ni Wawa beli nama kedai Malaya Coffee Kluang tau..Wawa beli 4 cups jer sebab kat rumah pun ada 4 orang. Takpe lepas ni ada masa beli lagi. Wawa order Coffee + Hazelnut with topping, Chocolate + Vanilla with topping, Mango & Apple. Keempat-empat ini rasa sangat tak mengecewakan. Sedap dan coffee dia pun tak kuat mana sebab Wawa tak boleh minum coffee kalau minum pun dah ting tong kepala, tapi minum Malaya Coffee ni langsung tak pening.


Sampai senget-senget Wawa selfie tau, haha ! Berapa bintang? Hmm, tak tahu nak bagi berapa sebab bagi Wawa memang sedap takde sebarang ketidakpuasan hati. Hewhewhew.. So bagi sesiapa nak try orang Kluang atau orang luar yang singgah ke Kluang Johor ini, bolehlah datang ke kedai mereka. 




Sekarang nama dah baru, berwajah baru. Mereka menggunakan nama RareCoffee Kluang jika anda mencari kedainya. Betul-betul terletak dikawasan bandar, iaitu disebelah stesen bus Kluang. Di bangunan BCB Plaza sebelah butik Nana Alawi.. Atau bolehlah korang contact sendiri dengan owner ini iaitu Encik Dekli. Dengan ini disertakan gambar air :)



Ok bagi yang belum cuba meh la try, tak cuba tak tahu rasanya macam mana :)



No comments:

Post a Comment

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)