Sebenarnya bila fikir-fikir balik macam kelakar pun ada. Terjun tu taklah terjun sangat tapi for the 1st time make up kan orang nak nikah. Adoii, memang gelak jelah.

Majlis ni berlangsung kalau tak silap bulan 10 tahun lepas. Memang serius kelakar dan menggegel tangan nak hias muka pengantin. Kelam-kabut kau jah mak 'conteng' muka kawan mak tuh !

Apa2 pun dah selamat sudah majlisnya, sekarang tuggu baby keluar dari perut :) Terbaiklah Chom. Ehh, lupa pula kawan yg Nikah tuh namanya Chom @ Ummie . Haa, malas nak bebel panjang dah sebab dah memalam kot tak ada idea nak bebel apa dah. So, ada lah sikit gambar sebagai kenangan ke majlis kawan dan jadi 'Mak Andam Tak Bertauliah'. Hahaha ! Maafkan aku Chom sebab tangan aku tak seni pun, naseb kau request nak simple :'(





Nampak tak kelakarnya hasil makeup Wa buat? Silalah gelak uolls. Huhu.. Ya, saya tahu saya bukan mak andam pun, saya sedar siapalah diri ini. Pasni tobat dah nak 'conteng' muka pengantin lain. Yang Mak Andam betul jangan bash Wa pula. Hehe ~ Naseb kawan tak banyak songeh redha je muka kena 'conteng' dengan Wa :)

Bawah ini pula rakan-rakan yang dapat datang masa majlis Chom. Ada yang dari Menengah M.A.K batch 2004-2008 dan ada yang dari zaman Maahad Johor batch 2009. Bila jumpa memasing kepoh cerita macam-macam. Yelah ada yang terpisah ada yang sama Universiti tapi tak selalu jumpa. Adatlah kan cmtuh . HewHewHew~


** Yang ini masa hari nikah sahaja **








** Yang ini masa hari majlis **

Tak banyak gambar sebab tengah kalut. Kawan pon buat majlis simple saja. Alhamdulillah simple tapi meriah. Hehehe :)