Entry kali ini terlambat nak post sebab blog buat ragam . Dah tengok tajuk entry ? Iyup, Wawa dah habis praktikal pada 5 Jun 2014 yang lalu . Wawa berpraktikal di Pejabat Pendidikan Daerah Kluang bermula 17 Februari - 5 Jun 2014 selama 4 bulan disana . Wawa ditempatkan di Unit Pengurusan Akademik dan diletakkan dibawah Unit Pendidikan Islam . 

Disana memang banyak kenangan dan pengalaman yang Wawa dapat dan sangat menyeronokkan . Dan disaat perpisahan hari terakhir, amat terasa kesayuan sebab tak ramai pegawai dan staff yang ada sebab waktu itu ramai bercuti sebab cuti sekolah kan :)
















Ini sahaja gambar yang Wawa dapat kongsikan bersama . Supervisor Wawa adalah yang atas ini yang belah kiri . Dan gambar atas ini adalah gambar wakil dari unit pendidikan islam . See u again :)