August 24, 2021

CRYSTAL SKIN by RISH BEAUTY | Supplemen Kecantikan Tempatan Menggunakan Tomato Kristal dengan Kolagen & Habbatus Sauda

4:32 PM 11 Comments

 

Crystal Skin by Rish Beauty Atasi Masalah Kulit | Pejam celik, pejam celik rupanya dah empat bulan kita hadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berterusan waktu pandemik Covid19 ni kan? Boleh tak keruan duduk dalam rumah je. Kulit muka pun sampai tak terjaga. Ehh, siapa kata duduk rumah kulit tak ada masalah? Boleh jadi stress tau duduk rumah je. Kulit pun mudah rosak kalau tak jaga dengan betul.

 

Sepanjang duduk rumah, WA mudah sangat alami masalah kulit berminyak, kadangkala kering sehingga kulit nampak agak kusam tak bermaya. Selalu sangat skip penjagaan muka sebab duduk rumah fikir bukan keluar mana pun. Ternyata WA silap. Tambahan pula, WA sejenis yang bukan hari-hari nak makan sayur atau buah-buahan. So, kandungan nutrien dalam badan tu kurang. 


Tanpa berlengah, WA nak share dengan korang satu produk tempatan yang boleh membantu mengatasi masalah kulit samada kulit kering, tona tidak sekata dan kusam, kulit berjerawat dan bermacam lagi. WA tertarik nak mencuba dengan produk Crystal Skin ini pun kerana kawan rekemenkan sebab kulit dia nampak licin dan glowing je lately ni. So WA pun rasa nak mencuba juga mana tahu kulit kembali pulih seperti biasa. Apa yang menariknya adalah dengan kandungan bahan yang digunakan iaitu Tomato Kristal. Haa? Nak tahu apa dia kenalah baca sampai habis okeh?


Apa Itu Tomato Kristal?

Tomato Kristal adalah sejenis tomato yang tidak berwarna seperti tomato biasa. Ia mengandungi karotenoid jernih yang dinamakan "Tomato Kristal". Fungsi Tomato Kristal sebagai anti-aging dan memberi perlindungan semulajadi dari sinaran UV dan membantu mencerahkan kulit.


Crystal Skin adalah minuman botani berasaskan Tomato Kristal dengan Kolagen dan Habbatus Sauda merupakan produk tempatan bumiputera Muslim. Anda tak perlu khuatir kerana kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA dari bahan semulajadi dan kilang berstatus Halal. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kelulusan akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.



Produk Crystal Skin yang didaftarkan dibawah nama syarikat Rish Beauty ini diasaskan oleh Encik Airiey Sayuti. Berdasarkan kisah silam beliau sendiri, dimana beliau pernah mengalami tona kulit yang gelap dan berjerawat sehingga beliau rasa malu dan segan untuk berhadapan dengan orang lain. Dah pelbagai jenama produk kulit tempatan dan luar yang popular beliau mencuba, tapi resultnya sangat kecewa. Akhirnya, beliau nekad dan terinspirasi untuk menghasilkan produk yang berfungsi dengan berkesan dan selamat. Maka terhasillah Crystal Skin ini.



Crystal Skin Menggunakan Bahan Semulajadi

Crystal Skin merupakan supplemen makanan tambahan yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang penuh dengan khasiat agar anda tampak lebih menawan dan membuat kulit anda lebih sihat dari luar dan dalam. 

Bahan Utama Crystal Skin 

1. Tomato Kristal : 
- Anti oksidan terkuat, kurang jeragat dan melindungi kulit dari sinaran matahari.

2. Habbatus Sauda :
- Anti radang, kurangkan jerawat dan membunuh kuman.

3. Vitamin C :
- Melindungi sel dan menjaga kulit agar sihat.

4. Collagen :
-  Menambah keanjalan kulit dan cegah kedutan.

5. Ekstrak Biji Anggur :
- Anti oksidan, membunuh kuman dan membantu pemyembuhan luka.

6. Jus Blackcurrant :
- Anti oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan.



Kelebihan Crystal Skin 

Setiap produk mesti ada kelebihan jika anda mengambilnya. Begitu juga dengan Crystal Skin ini. Terdapat beberapa kelebihan yang ada pada Crystal Skin iaitu :

  • Mengatasi masalah kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan pori
  • Memutihkan kulit
  • Mengurangkan kulit berminyak
  • Kulit kurang kusam dan glowing
  • Kulit lebih lembap


Cara Pengambilan Crystal Skin

Sangat mudah! Minum satu sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan. Kalau boleh air sejuk atau air putih sahaja. Kalau WA sendiri suka dengan air sejuk.

Untuk kesan yang lebih baik, elakkan daripada mengambil minuman yang berkafein, beralkohol dan berkarbonat. Yang penting jangan lupa minum air tau. minum 2-3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin. Bukan itu sahaja, anda juga disarankan supaya mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, jaga pemakanan harian, kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan sentiasa bersenam.



Feedback WA Selepas Dapat Mencuba Crystal Skin

Actually, baru seminggu WA mencuba Crystal Skin ini. Jadi mungkin keberkesanan tu tak berapa nampak 100% okay. Tapi yang bestnya masalah kulit kering  dan berminyak dah berkurangan dan kulit pun rasa lebih lembap dari sebelum ini. Kena selalu konsisten supaya masalah kulit tona tak sekata kembali pulih. 

Mempunyai rasa yang sangat sedap seperti rasa air ribena tau. Tapi taklah semasam ribena. Memang sedap sangat. Dan yang WA perasan bila selepas minum, akan kerap sendawa dan boleh rasa puas sangat macam angin keluar. Hihi. Mungkin disebabkan ada bahan Habbatus Sauda. 



Berapa Harga Crystal Skin?

Untuk pengetahuan anda, sekarang Crystal Skin membuat tawaran bagi sesiapa yang ingin membelinya sehingga diberitahu kelak. Jadi jika anda sudah membaca dan ingin membeli, anda boleh dapatkan harga tawaran dibawah :

1 kotak OFFER RM69  ~~~ Harga Biasa RM89 (off discount 23%)
2 kotak OFFER RM132  ~~~ Harga Biasa RM178 (off discount 26%)
3 kotak OFFER RM187  ~~~ Harga Biasa RM267 (off discount 30%)
4 kotak OFFER RM230  ~~~ Harga Biasa RM356 (off discount 35%)

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli di online paltform mereka samada di Lazada (TEKAN SINI) atau di Shopee (TEKAN SINI).



Sebarang pertanyaan mengenai Crystal Skin, anda boleh direct berhubung dengan mereka di laman social media dan website Rish Beauty seperti berikut :-

Phone Number : +6011 6200 0032

August 11, 2021

REVIEW KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE DAN KITSUI FEDLOSS FIBRE D'TOX

10:47 AM 10 Comments

Kitsui WhiteBerries BB Beaute & Fedloss Fibre D'tox | Pengambilan makanan tambahan sebenarnya merupakan satu keperluan bagi membekalkan nutrisi yang cukup dalam badan lagi-lagi apabila usia kita semakin meningkat. Korang perasan tak dalam kehidupan seharian korang, kadang ada tertinggal nutrisi yang kita perlu? Tahukah korang bahawa dengan mengambil makanan tambahan ia dapat membekalkan nutrisi yang cukup dalam kecantikan malah juga untuk kesihatan tubuh badan.


Sejujurnya, WA adalah sejenis yang mudah lupa dan kurang mengambil nutrisi dalam pemakanan harian. Kadang tu sampai rasa kurang cergas, mudah longlai je waktu siang, malam pun cepat sangat mengantuk. Orang kata kalau waktu tidur kita cukup, ia membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan. Tapi ternyata ianya bukanlah seperti yang dijangka. Bila kita kurang nutrisi dalam badan, kita kan mudah rasa lemah, jadi pengambilan makanan tambahan ini sangat membantu kita meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan tubuh badan.



Berbicara mengenai produk makanan tambahan, disini WA ingin kongsikan kepada korang semua tentang satu jenama produk iaitu Kitsui WhiteBerries BB Beaute dan juga Kitsui Fedloss Fibre D'tox yang WA sedang amalkan sekarang ini. Tak lain tak bukan, semestinya untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Maklumlah, sejak musim pandemik Covid-19 ini, pulak tu kita semua kena perintah berkurung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hampir dua bulan ini membuatkan pemakanan kita jadi tak seimbang dan kurang nutrisi. Sebab itu WA mencuba dua produk Kitsui ini.




SELAMATKAH KITA MENGGUNAKAN KITSUI?

Untuk makluman, produk Kitsui ini telahpun berada di pasaran lebih dari 20 tahun, diluluskan ujian dan apa yang penting ianya telah mendapat sijil HALAL dan pengiktirafan dari kilang bertaraf GMP. Jadi ianya sesuai untuk vegan dan bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti :

  • Tanpa suntikan hormon
  • Tanpa bahan pengawet
  • Bebas Gluten
  • Tanpa GMO
  • Tanpa antibiotik
  • Bebas bahan kimia



Bukan itu sahaja, Kitsui juga telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa dan ianya diyakini selamat untuk digunakan terutamanya dari peringkat remaja hingga dewasa. Jadi ianya memang menjadi pilihan produk makanan tambahan terbaik.

Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari  yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.


KITSUI WhiteBerries BB Beaute

Kitsui WhiteBerries BB Beaute ini menggunakan formulasi terkini dari Korea dengan menggunakan teknologi dan buah Beri dari Itali. Dalam kaedah pembentukan serbuk, ia menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi serta menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol bagi memastikan penghasilan serbuk itu berjaya. 

Sesuai Bagi yang Alami Masalah-Masalah Kulit 

  • Jerawat
  • Pigmentasi
  • Parut jerawat
  • Lingkaran gelap bawah mata
  • Kedutan pada bahagian mata dan senyuman
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kulit kering 
  • Kulit Kusam
  • Kemerahan Kulit



Menggunakan 6 Jenis Beri Terpilih 

Semua tahu akan fungsi utama buahan Beri iaitu kaya dengan antioksidan yang aktif. Dalam Kitsui WhiteBerries BB Beaute ini ia menggunakan 6 jenis Beri sebagai ramuan semulajadi terpilih iaitu :-

1. Beri Biru : 
- Raja antioksidan
- Dipilih oleh Time Magazine antara buah-buahan superfood yang paling disyorkan

2. Kranberi : 
- Dikenali buah Rubi
- Kaya dengan antosianin

3. Strawberi :
- Dikenali buah Rubi
- Kandungan Vitamin C sama seperti buah Oren

4. Rasberi :
- Kaya dengan flavonoid
- Magnesium

5. Plum :
- Kaya dengan serat
- Potasium

6. Anggur :
- Kaya dengan serat
- Mempunyai Vitamin K & B6



Kitsui WhiteBerries BB Beaute Review :

Bila tentang kecantikan, mestilah packaging dan warna serbuk berwarna pink! White and Pink bergabung jadilah putih kemerahan. Sesuailah dengan fungsinya untuk kecantikan kulit. Bagi WA rasa dia sangatlah sedap. Siapa kata rasa Beri tak sedap? Rasa manis buah Beri tanpa susu memang sedap. Tiada rasa masam pun. Kalau boleh nak minum berkali-kali. 

Kandungan Vitamin dan Fungsi-Fungsinya

6 jenis Beri yang terkandung dalam Kitsui ini mempunyai kandungan Vitamin A, C dan juga E. Dimana setiap jenis vitamin mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.

Vitamin A bagi membantu kulit lebih sihat dan memberi penglihatan yang baik. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi dan membekalkan kadar kolagen dalam mencantikkan kulit. Manakala, Vitamin E pula membantu melindungi kulit dari radikal bebas dan mengalami kerosakan pada kulit. Antioksidan yang tinggi turut membantu melambatkan proses penuaan disamping dapat mencerah, melembapkan kulit dan kulit jadi cantik semulajadi.


Testimoni Pengguna-Pengguna Kitsui WhiteBerries BB Beaute






KITSUI Fedloss Fibre D'Tox

Kitsui Fedloss Fibre D'Tox juga menggunakan teknologi dari Korea bagi membentuk serbuk dari menggunakan serat harian yang mengandungi bahan semulajadi termasuk campuran herba asli dan serat buah-buahan seperti buah Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon dan Nenas.

Ianya dirumus khas bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan dan badan akan menghasilkan toksin yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya beberapa masalah seperti masalah kulit, masalah bau mulut dan bau badan dan badan cepat letih.

Punca Berlaku Masalah Pencernaan

  • Suka makan makanan yang berlemak
  • Kurang makanan serat
  • Tiada masa bersenam
  • Kurang minum air
  • Makan berlebihan
Alamak, macam ada je ciri-ciri berikut dalam diri WA sendiri? Patutlah makin naik je berat baru-baru ini. Hahaha. Tapi tak mengapa sebab sekarang dah ada Kitsui Fedloss Fibre D'Tox! Kurang pengambilan nutrisi dalam badan badan? No hal sebab dalam Kitsui Fedloss Fibre D'Tox ini mengandungi beberapa bahan utama yang kaya dengan nutrien untuk kesihatan badan.



Bahan-Bahan Utama & Fungsi

1. Buah-buahan Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon dan Nenas
Mengandungi serat yang tinggi, Zat Besi, Magnesium, Potasium, Kalsium, Sodium seta Vitamin A, B dan C. Berfungsi dalam merendahkan kalori dan membantu tubuh badan supaya sentiasa terhidrasi.

2. Acasia Gum
Mengandungi serat prebiotik dan berfungsi bagi membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengekalkan kesihatan usus.

3. Psyllium Husk (Sekam Beras)
Mengandungi serat larut dalam air dan prebiotik bagi membantu melancarkan sistem penghadaman.

4. Senna
Merupakan nutrisi sennosides bagi membantu menggalakkan pergerakan usus.

5. Teh Hijau
Mempunyai serat Catechin dan berfungsi dalam meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan.



Kitsui Fedloss Fibre D'Tox Review 

Sejak akhir-akhir ini, rasa  betul tubuh badan macam berat je nak buat sesuatu. Kadang nak buat kerja pun payah. Maklumlah bila PKP ni kerjanya masuk dapur masak, makan, tidur je. Hahhaa! So WA decide ambil superfood Kitsui ini, dan bagusnya setiap pagi WA rasa nak membuang. Selalu payah betul nak lawas perut ni. Bila minum je superfood ni, sistem pencernaan jadi lancar, angin pun selalu je keluar. Yang paling best badan dah rasa ringan sedikit berbanding sebelum ini. 

Campuran herba asli dan serat buahan yang digunakan ini mengeluarkan rasa yang enak untuk di minum dan tidak rasa minum herba pun walaupun ada lah juga bau sedikit. Tetap rasa sedap! Kadang-kala bila kita amalkan senaman saja pun tak cukup juga kalau kurang nutrisi untuk kekal sihat. So, minumlah Kitsui Fedloss Fibre D'Tox ini. 


Testimoni Pengguna-Pengguna Kitsui Fedloss Fibre D'Tox




Bagi korang yang ingin dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk-produk KITSUI ini bolehlah layari laman sesawang dan social media berikut :