Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Wednesday, August 1, 2025

Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Bertemakan Wallpaper

9:15 PM 33 Comments

Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam | Dalam minggu lepas pada 25 Julai 2018 hari Rabu WA telah pergi ke Sepang untuk menghantar mertua pergi menunaikan haji tahun ini. Memandangkan WA bertolak bersama keluarga mertua dari Johor, kami bertolak awal pagi. Husband pula ambil cuti 2 hari sampai Khamis (Johor cuti Jumaat & Sabtu). Dah memikirkan nak stay mana. Selepas selesai hantar mertua, mujurlah akak ipar berada di Shah Alam dan kami menetap semalaman di sana. 

Kemudian, pada hari Khamis tersebut WA sempat booking satu hotel yang berdekatan dengan rumah akak ipar sebab kami cadang memang nak stay semalaman lagi kat Shah Alam. Akhirnya WA tertarik dengan satu hotel ini sebab mungkin kerana design dan tema dia. 

Inilah dia rupa dari luar Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam. Untuk pengetahuan anda, Hotel De Art mempunyai 5 cawangan keseluruhannya. 3 cawangan di Shah Alam iaitu Hotel De Art Seksyen 7, Hotel De Art Seksyen 19, Hotel De Art I-City, dan yang terbaru adalah Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam, dan juga Hotel De Art USJ 21 Subang jaya.

Hotel De Art merupakan hotel Malaysia pertama yang bertemakan seni. Setiap cawangan mempunyai tema yang berbeza iaitu :
  • Hotel De Art Seksyen 7 - Tema Wallpaper
  • Hotel De Art Seksyen 9 - Tema Hope & Inspiration
  • Hotel De Art Seksyen 19 - Tema 3D
  • Hotel De Art I-City - Tema Fantasy Wonderland
  • Hotel De Art USJ 21 - Tema English Garden
Dan dalam hotel tersebut, setiap bilik mempunyai design berlainan. Sangat rambang mata nak pilih bilik mana yang korang berkenan. Kalau korang nak booking Hotel De Art, kena cepat-cepat tau sebab kebiasaannya pada hari minggu dah full lagi-lagi bilik yang wow! Hehehe... Jom kita lihat bilik mana yang jadi pilihan?

Untuk parking korang jangan risau sebab banyak parking sebab hotel ini sederet kedai-kedai. Cumanya, pihak hotel hanya ada 5 petak parking khas (bertanda merah) sahaja dan ianya percuma untuk pelanggan hotel tanpa kupon. Tapi siapa cepat dia dapatlah. Kalau tak dapat, jangan khuatir sebab boleh je parking kat tempat lain (bertanda kuning) tapi kena ada kupon tau sebab itu tempat majlis perbandaran punya. Kupon boleh dapatkan dekat kaunter hotel secara percuma juga.

ruangan lobi & kaunter 
Bila dari luar nampak macam biasa je kan? Tapi buka je pintu masuk, ruang lobi dia cantik kan? Siap ada ruang duduk dan buai lagi. Bukan itu sahaja, malah ada juga ruang jual makanan ringan kalau-kalau lapar tengah malam malas nak kedai ke kan. Hehe...

- lift -
Siapa kata hotel bajet macam Hotel De Art ni tak ada lif? Selalunya hotel bajet jarang sediakan lif kan? Macam dulu pernah menginap kat hotel Nilai, dahlah 4 tingkat tapi tak ada lif langsung. Penat kau nak mendaki ke tingkat 4. Haha! Tapi bestnya Hotel De Art ni walaupun 2 tingkat (tak silap aku tak ingat) tetap ada lif tau. Best takk best???

Jom ke bilik. Bilik WA menghala ke kiri :)
Kemudahan seterika disediakan. Betul-betul berada depan pintu bilik WA. Senang! :) 
Tadaaa~~~ Cantik tak bilik WA? Rasa macam istana pula bila nampak katil bilik ini. Bilik WA adalah bilik bernombor 103 dengan tema yang dinamakan Your Royal Highness. Haa, sah untuk diraja. Hihi... Berangan sekejap jer...

Bila nampak katil ni, rasa macam nak stay lama-lama. Tidur pun empuk tilam dan bantal. Lena sampai tak sedar-sedar. Bolehlah lepas ni nak pasang katil ala-ala macam ni. Baru rasa syok tidur tanpa gangguan.. Kekekeke!~

Untuk dalam bilik, antara kemudahan yang disediakan ialah :
  • Queen sized bed
  • Free-High speed WIFI
  • Writing desk
  • Electronic key card system
  • Window
  • 32" LCD tv with selected satellite channels
  • Direct dial telephone
  • Ensuite bathroom with Hot shower
- bathroom -
Untuk bilik air, semua kemudahan seperti berus & ubat gigi yang hotel sediakan, shampoo dan shower gel dan pengering rambut. Cuma kipas dalam bilik air tak hidup. Tak sure lah dia memang tak berfungsi lagi atau tak hidup. Sebab selalunya hotel akan ada kipas untuk keringkan bilik air untuk setiap bilik air.

nak selfie juga.. Weeeee~~
Sejenis suka selfie depan cermin bilik air. Hahaha! Warna bilik WA ni warna emas-merah-putih. Rasa menarik sangat design dan warna dia. Kebetulan memang warna kegemaran WA. Design wallpaper tidak terlalu crowded tapi sedap mata memandang. No wonder Hotel De Art Seksyen 7 dikenali dengan tema wallpaper kan?

Walaupun hanya dapat stay sekejap 2 hari 1 malam di sini, tapi rasa seronok sangat sebab kalau bosan ke apa boleh lepak kat kedai makan sebelah hotel, Siti Bistro. Kalau bawa baju sikit ke apa nak basuh, pergi je ke dobi sebelah hotel juga. Senang sangat tak rasa terbeban nak bawa baju kotor balik. Hehehe.. 

Sebenarnya turut disediakan sarapan. Tapi maaf sangat-sangat sebab WA tak sempat nak tangkap gambar sarapan sebab dah kelaparan sangat. Sarapan disediakan pihak hotel dan boleh makan di kedai sebelah iaitu Siti Bistro. Sedap sangat. Ada mee, ada nasi lemak, air teh dan air kopi. Pilih je mana yang berkenan.

Sebelum check out, WA sempat bergambar bersama staff yang mesra pelanggan (maaf lupa tanya nama) Heheheh!! Senyum aje dia. Terima kasih sudi layan pelanggan macam WA ni. InshaaAllah masa lagi, WA nak cuba menginap di cawangan lain pula. Rasa tak puas pula bila dah stay kat Hotel De Art ni.. Rasa macam tak nak check out! Hahaha ~

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mereka di :

Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam
3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Waze : Hotel De Art Seksyen 7

Telephone : +603 5518 0975

Atau anda boleh layari laman sesawang berikut :

Website :
www.hoteldeart.com.my/

Facebook :

Instagram : 
www.instagram.com/hoteldeart/

Tuesday, July 17, 2025

SOFEAROSE | Diona Mermaid Enchanted Series Square Scarf Brings A Serenity

9:17 AM 18 Comments



Diona Mermaid Square Scarf | Masa bulan puasa yang lepas, Wawa terfikir design tudung apa kali ini hendak digayakan. Tanpa disedari, WA terjumpa website SofeaRose ini dan hati berbunga-bunga masa itu kerana SofeaRose mengeluarkan banyak design baharu!

Akhirnya, setelah membelek-belek lihat design mana yang berkenan, WA memilih untuk mengenakan design Diona Mermaid Square Scarf. Kenapa pilihan WA kali ini tudung bawal empat segi? Sebab WA inginkan kelainan dalam corak mermaid ini didatangi dengan pattern bawal empat segi.

Diona Mermaid dihiasi dengan corak abstrak mermaid bagi menggambarkan keunikan kecantikan dan kehidupan mermaid. Dua sifat ajaib yang digambarkan ini pasti menunjukkan keindahan dan kebaikan dari segi fizikal dan moral. Dikenali sebagai "penjaga" laut, ikan duyung sentiasa menunjukkan bahawa kehadirannya tidak dapat ditandingi. Lebih daripada sekadar seorang wanita cantik, ikan duyung akan membuat kita melihatnya dengan sikap yang baik, penyayang dan murah hati. 

Keperibadian duyung sepatutnya dicontohi oleh #SofeaRoseQueens yang lain untuk membentuk sikap yang baik sebagai muslimah yang lebih baik di masa akan datang. Maka, langkahlah ke hadapan untuk menjadikan jalan hidup yang lebih bahagia, bersemangat dan memberi ketenangan.


Bukan koleksi hijab sahaja yang dibawakan oleh SofeaRose, malah ia berjaya mengeluarkan koleksi pertama bertemakan mermaid untuk pakaian. Koleksi baru ini dinamakan Ashley Top. Didatangkan dengan design ruffle dan curvy cutting, ia tampak lebih feminine dan elegant. Menggunakan material kain jenis Japanese Cotton, kita tidak mudah berpeluh dan meresap dengan pantas pada hari panas.

Tadaaa...... Inilah corak yang WA pilih. Untuk pilihan kali ini, WA memilih Square Scarf 02 Purple Puff. Ia kelihatan ala-ala warnaa purple + grey. Masa ini, WA sempat menggayakan gaya pakai tudung bawal biasa sahaja sebab nak cepat. Untuk lebih jelas, korang boleh lihat gambar yang model gayakan di bawah ini.

front side
back side

Disebabkan permintaan yang tinggi, Diona Mermaid siri ini diperlukan kini mendarat dengan 6 pilihan warna premium untuk anda kumpulkan sebagai koleksi. Diperbuat dengan kain Matte Satin lembut, ia dapat menahan anda semua berpeluh dan aktif! Mempunyai keluasan 48 inci x 48 inci (bidang 50) membolehkan anda menggayakan gaya tudung untuk pergi kemana-mana sahaja selagi ia mematuhi syariah. Diona Mermaid Square Scarf ini didatangkan bersama-sama dengan keajaiban edisi ikan duyung yang klasik tatkala cahaya menerangi. Ecewaahhh! Hehehe...

Bagaimana Diona Mermaid Square Scarf Dapat Menawan Hati?

Ciri-Ciri Yang Ada Pada Diona Mermaid Square Scarf :
  • Mempunyai corak mermaid yang unik
  • Senang digosok
  • Daya tarikan mermaid yang sangat terhad
  • Warna menarik
  • Tekstur kain sejuk
  • Di datangi dengan kotak ekslusif
Material : Top Notch Matte Satin (Berlian Matte Satin)
Ukuran : 48 inci x 48 inci (panjang x lebar)


Didatangkan dengan 6 warna iaitu :

01 - Sandy Blue
02 - Purple Puff
03 - Twinkle Sapphire
04 - Lavender Sky
05 - Sweet Blush
06 - Rose Glow


Zoom sikit, ia ada label tersendiri iaitu SofeaRose gabungan huruf S dan R dihujung bucu tudung. Kain ia kelihatan kilat sedikit seperti 'berlian', tetapi sangat best dipakai dan rasa sejuk. Tidak jarang kerana kualiti kain tebal tapi tidak panas.

Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh layari laman sesawang SofeaRose di www.sofearose.com atau ke laman social facebook www.facebook.com/sofearose.my/ dan Instagram mereka di www.instagram.com/sofearose/ .....

Saturday, June 23, 2025

SERTAI PERADUAN WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD & MENANG HADIAH BERNILAI RM10 000!

11:37 PM 29 Comments

Menang RM10 000 Dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold | Pejam celik pejam celik sekejap sahaja dah seminggu kita meraikan hari raya aidilfitri 2018. Mood raya masih on sebab tak puas lagi beraya, belum lagi dengan jemputan rumah terbuka. Tapi, poket dah menunjukkan tanda-tanda kekeringan. Hehe.. 

Korang jangan risau, sebab sekarang ini ada peraduan dengan Wefie Raya Jus Hidayah Gold tau! Menang hadiah bernilai RM10 000 weii! Mau tak mau?? Of courselah mau kan? Macam mana cara nak join? Haa, sabar yee.. Sebelum WA terangkan bagaimana cara untuk menyertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold, WA nak perkenalkan dahulu Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herbs ini. 

SERAIMAS HERBS 

Seraimas Herbs Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi. Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada 22 Julai 2005 dan kini telah beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.

Di awal kemunculan syarikat ini, ia telah mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan herba dan bahan semulajadi dengan Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb, Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Malah, ia mula berkembang dengan memperkenalkan produk baharu seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri

JUS HIDAYAH GOLD

Korang pernah dengar tak Jus Hidayah Gold? Produk ini merupakan minuman kesihatan bermutu tinggi dan produk yang paling laku keras dalam keluaran Seraimas Herbs ni tau. Memang banyak permintaan kerana ianya mengandungi bahan terbaik dengan gabungan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda. Antaranya ialah :
  • Madu
  • Buah Tin
  • Kismis
  • Kurma Merah 
  • Lada Pintal
  • Apricot
  • Delima
  • Cengkih
  • Kunyit
  • Buah Pala
  • Senduduk Putih
  • Mahkota Dewa
  • Habbatus Sauda
  • Mengkudu
  • Teja Lawang
Dengan gabungan 23 herba terpilih yang terdiri daripada yang berkualiti tinggi, sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh dan badan. Jus Hidayah Gold ini juga dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun membantu mencegah penyakit seperti kanser, diabetes, darah tinggi, gout, angin ahmar, migrain dan lain-lain.

Kalau korang nak tau, ayah WA seorang pengguna Jus Hidayah Gold. Dia suka sangat minum untuk mencegah penyakit yang dia ada sekarang ni. Bukan itu sahaja, WA sendiri pernah mencubanya ketika migrain dan badan penat dek kerana melakukan aktiviti harian tanpa henti, dan ternyata ia membantu mencergaskan tubuh badan. Tak salah kalau nak mencuba. Kita cuba, usaha dan tawakkal. InshaaAllah.

DUTA PRODUK - IMAM MUDA ASYRAF

Siapa tak kenal dengan Imam Muda Asyraf?

Imam Muda Asyraf telah dipilih menjadi duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline "Lebih Kuat, Lebih Cerdas, Lebih Beramal" iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.

Menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk, Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program Imam Muda, akan berkongsi pelbagai isu melalui laman Facebook Seraimas HQ yang berlangsung tiga kali dalam sebulan dengan kupasan topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan kesihatan.

PERADUAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD

Tadaaaa.......

Inilah saat yang ditunggu-tunggu! Korang kaki contest? Kaki selfie/wefie? Korang perlu sertai peraduan wefie raya bersama Jus Hidayah Gold kalau nak menang hadiah bernilai RM10K!

Cara-Cara Penyertaan :
1. Beli Jus Hidayah Gold
2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (wefie) dengan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan barcode yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
4. Isi butiran lanjut dan masukkan "original code". Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
5. Masukkan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana....." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan
6. Muat nai gambar wefie raya anda di ruang yang disediakan. Dengan memuat naik gambar di ruang ini anda telah mengaku bahawa :
  • Gambar adalah milik anda
  • Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya.
  • Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuat naik
  • Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas
7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh penyertaan tidak akan dilayan.
8. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Klik SINI untuk sertai!

Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan tetap Jus Hidayah Gold. Jika anda belum beli dan ingin sertai, cepat pergi beli di mana-mana kedai jamu berhampiran, website Seraimas atau Facebook Seraimas HQ.

Anda boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti ada kotak Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian. Pemenang akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Kreatif tau, jangan formal pulak gaya. Hehehe.. Pemilihan akan dipilih oleh juri yang telah dilantik. Hadiah mana hadiah??? Adoooooo nii...

Hadiah Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold :

1. Tempat Pertama :
Gold bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas

2. Tempat Ke-2 :
Gold bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas

3. Tempat Ke-3 hingga ke-5 :
1 dinar emas +  2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas

Tarikh Penyertaan : 17/5/2026 - 1/7/2025

Penyertaan hanya DIBENARKAN hantar pada 1/7/2025 sehingga jam 10 malam sahaja.


Sempat lagi ni lagi seminggu jerrr!

Uiisshh! Hadiah dia lumayan weii! Takkan korang nak tengok je? Kena join tau mana tau rezeki korang. Dari korang selfie/wefie setakat post kat media social je, baik korang sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold ni, mana tau tersangkut rezeki.. fuuhhhhh!!!~

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, sila layari laman berikut :

Website : www.seraimas.my
Instagram : www.instagram.com/seraimashq
Youtube : Seraimas Herbs
No Telefon : +6012-7848364

Friday, May 25, 2025

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

6:44 AM 11 Comments

LazAdaStyle | Lazada Malaysia dikenali sebagai paltform eCommerce  No 1 di Asia Tenggara  yang terkemuka di Malaysia kini telah melancarkan satu rancangan baharu pertama di TV iaitu LazAdaStyle Fashion Reality Show yang berkaitan mengenai dunia fesyen.

LazAdaStyle Fashion Reality Show di TV3

LazAdaStyle Fashion Reality Show kini boleh ditonton di TV3 yang bersiaran pada setiap hari Ahad jam 3 petang bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk Fashionistas dan Pereka Fesyen dengan menampilkan selebriti-selebriti tempatan termasuklah Rizman Rozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan dan ramai lagi.

Dengan kerjasama rangkaian televisyen Media Prima, rancangan ini diacarakan oleh seorang pelakon Malaysia iaitu Nana Mahazan. Tujuan rancangan ini dibuat adalah bertujuan untuk meletakkan Lazada sebagai destinasi membeli-belah rakyat Malaysia untuk pelbagai produk fesyen dan juga kecantikan.

Menurut Christophe LejeuneKetua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata :
Kami sedang memulakan perjalanan yang menarik untuk memperdalam rayuan kami kepada pengguna yang berpusatkan fesyen. Rancangan TV LazAdaStyle Fashion ini adalah cara kami untuk terus melibatkan mereka dalam acara yang lebih menarik dan relevan selain menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis barangan. Fesyen dan kecantikan adalah tumpuan utama kami untuk Hari Raya tahun ini kerana ia merupakan elemen penting untuk keluarga Melayu semasa perayaan ini.
Terdiri dari empat episod, LazAdaStyle telah menggabungkan lapan pereka fesyen tempat yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka di rancangan ini mengikut masa, tema dan bahan yang ditetapkan pada setiap minggu.

Dari situ, reka bentuk mereka akan dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen iaitu Rizman Rozaini dan Wirda Adnan. Bukan itu sahaja, para peserta juga akan diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal, Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan berlangsung.

Bukan itu sahaja, para tetamu boleh melihat selebriti tempatan dengan lebih dekat seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani dan Sha'rin Razali beserta pereka fesyen kegemaran mereka dan menyaksikan penyingkiran para peserta sehingga pemenang dipilih di akhir rancangan ini.

Bagi pemenang utama LazAdaStyle bakal membawa pulang berupa wang tunai dan hadiah lumayan berjumlah sebanyak RM100,000.00! Woww!!!

Bagi anda yang tidak ingin terlepas menonton rancangan ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mengikuti semua episod LazAdaStyle yang bersiaran pada setiap hari Ahad,  jam 3 petang di TV3 bermula dari 6 hingga 27 Mei ini.

Menerusi rancangan ini juga, anda dapat melihat Lazada Malaysia membuat tawaran istimewa sempena Hari Raya dan promosi khas di lazada.com.my.

Lapan peserta telah di senarai pendek melalui ujibakat tertutup selepas pertandingan yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia di Instagram yang menerima lebih daripada 300 penyertaan di seluruh negara.

Selain itu, anda juga boleh membeli barangan kegemaran anda dari rancangan TV ini di applikasi Lazada  [Klik Disini]

Jika anda tidak ingin melepaskan peluang, anda juga boleh memuat turun applikasi LazadaApp jika anda tertarik dengan barangan tersebut di saat anda menonton rancangan LazAdaStyle Fashion ini.


Cabaran Mingguan Berbeza Setiap Episod

Untuk setiap minggu mempunyai episod yang berbeza. 2 episod sudahpun berlalu dan pada Ahad ini 20 Mei 2018 merupakan episod yang ke-3.

Episod 1 : Hijabista Collection 

Episod 2 : Mother & Me Collection


Episod 3 : Bold & Curvy Collection (Plussize)

Episod 4 : Raya Couple Collection
Siapakah agaknya orang yang berjaya ke peringkat akhir nanti? Jangan lupa tonton episod 3 dan 4 untuk mengetahui siapakah yang bertuah akan memenangi wang tunai beserta hadiah lumayan berjumlah RM100,000.00 itu?

Jumlah peserta adalah 8 orang :
  1. Episod 1 : 2 teams, 2 eliminated from losing team
  2. Episod 2 : 2 teams, 2 eliminated from losing team
  3. Episod 3: 1 eliminated out of remaining 4 contestants. Contestants to push their own style in this episod!
  4. Episod 4 : 3 finalists

Shake-Shake Contest

Jangan hanya menonton sahaja! Sekiranya anda menonton rancangan LazAdaStyle ini, jangan lupa untuk menyertai Shake-Shake Contest untuk menang voucher dari Lazada Malaysia. Pastikan anda telah memuat turun applikasi LazadaApp dan standby depan TV dengan telefon bimbit anda dan sertai contest ini!

Jika anda adalah seller dan ingin produk anda dipaparkan di LazAdaStyle, anda boleh mendaftar masuk sebagai seller di laman sesawang lazada.com.my. Buat pelanggan Lazada Malaysia, anda juga berpeluang untuk berkongsi bersama Lazada gambar OOTD anda dengan hashtag #mylazastyle dan bakal berpeluang untuk muncul di LazAdaStyle.

Anda ingin membeli barangan seperti kelihatan di dalam LazAdaStyle? Jangan risau kerana anda boleh membeli-belah di laman ini [Klik Disini]

Jangan lupa follow akaun Instagram Lazada Fashion - www.instagram.com/lazadafashion_my/ untuk mendapatkan update terkini mengenai dunia fashion bersama LazAdaStyle.


Wednesday, April 25, 2026

Dapatkan Jam Bercorak Edisi Jepun Di BeliSpree!

10:39 PM 33 Comments

Custom Printed Japan Watches | Hai uolls! Apa hobi uolls bila waktu cuti? Kalau macam WA, hobi WA adalah mengumpul novel atau komik dari Jepun. WA akan pergi ke kedai buku yang ada jual novel atau komik Jepun. Kalau korang nak tahu, nama komersial WA guna menggunakan nama Jepun tau iaitu Wawa Ashihara. Nama Ashihara itu adalah dari nama seorang penulis komik Jepun. Hehehe. Sampai sekarang nama tu melekat. No wonderlah kalau banyak barang dari Jepun WA akan simpan.

Ehh, buka itu sahaja tau, malah makanan Jepun pun WA suka lagi-lagi Takoyaki dan Sushi. Kalau barangan Jepun pula WA memang suka pergi ke Daiso atau Yubiso. Sebab barangan Jepun sangat comel macam orangnya. Hehe. Tak kisahlah cawan ke, aksesori ke memang WA suka. Yelah, bukan senang nak jumpa barang yang lain dari yang lain kan. Tapi baru-baru ini, WA ada ternampak satu posting ni dekat facebook, bahawa kedai tersebut ada membuat servis custom printing jam tangan bercorak Jepun. Mahu tak excited WA oiii! Apa lagi, terjah teruslah. Hehehe.. Nama kedai tersebut adalah BeliSpree!

BeliSpree merupakan salah satu kedai yang menjual jam secara online dan juga offline di Klang, Selangor. Buat pengetahuan korang semua, kesemua jam yang di jual di BeliSpree adalah original 100% Casio. Casio merupakan satu syarikat yang telah dibuat dari Shikuya, Jepun dan telah mengeluarkan pelbagai model seperti Baby-G, G-Shock, Fossil dan lain-lain lagi. 

Casio mempunyai design yang tersendiri dan memberi impak dalam penggayaan, trend dengan design yang elegan dan sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita. WA merupakan salah seorang pengguna jam tangan jenama Casio. Tapi sebelum ini, WA hanya pakai design yang biasa yang terdapat di pasaran sahaja. Tapi, bila ternampak design ala-ala Jepun ni, makin terlompat kegembiraanlah!

~ 2 design pilihan hati ~

Setelah puas belek-membelek design mana satu yang berkenan, akhirnya WA memilih 2 pasang jam tangan Casio Ae100w series untuk custom printing Jepun ni. Memang nampak lain dari yang biasa. Sebenarnya banyak pilihan warna dan corak yang disediakan sampai WA rambang mata melihat koleksi kesemuanya. 


Ini adalah antara koleksi design custom printing Jepun yang ada. Menarik kan? Ada banyak lagi pilihan untuk custom printing ini, korang boleh merujuk di link ini --> KLIK SINI!

Video unboxing

Mesti korang semua nak tahu apa yang ada dekat jam berbentuk digital ini kan? Bukan sahaja berbaloi harganya, malah memang menjadi pilihan yang lain untuk memiliki jam bertemakan Jepun ini. Jam ini  mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya ialah :

Kelebihan Memiliki Jam Casio
  • Boleh dibawa masuk ke dalam air sejauh 100 meter ( tahan terhadap air) sesuai dibawa ketika berenang
  • Mempunyai lampu LED
  • Memiliki waktu satu dunia. 
  • Warranty jangka hayat bateri selama 10 tahun
Wow!! Menarik kan??? Waranti bateri tahan 10 tahun pula tu. Fuhhh! Terbaiklah.. 

Jam tangan Casio yang bertemakan Jepun ini mempunyai 4 butang utama iaitu Light, Search, Adjust dan Mode. Dan setiap butang tersebut mempunyai pelbagai fungsi.

Fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya seperti :
  • World time
  • Set 5 alarms
  • Countdown timer
  • Set hari dan tarikh 
  • Stopwatch
Korang tidak perlu khuatir kerana di bawah jam telah diselitkan sekali buku kecil untuk rujukan menggunakan jam tangan ini. Amat mudah untuk memahami arahan di dalam buku tersebut.

Jika anda lihat corak jam tangan ini, WA memilih corak yang berdasarkan bangunan zaman Jepun dan juga pokok serta daun. Mempunyai gabungan warna kuning keemasan dan hitam menampilkan diri kelihatan lebih ranggi.

Contoh corak yang lebih jelas

Untuk pilihan ke-2 WA memilih warna Oren. Warna yang sangat berani jika dipakai sebab jarang orang memilih warna cerah untuk jam. Sesuai dengan jiwa wanita dengan design yang simple dan menawan. Design yang berdasarkan gambar matahari, gunung-ganang dan bangunan zaman Jepun.

Contoh corak yang lebih jelas

Ada banyak lagi pilihan warna dan corak yang menarik tetapi WA lebih fokuskan corak yang lebih kepada pemandangan. Malah terdapat juga corak yang mempunyai gambar haiwan dan patung Jepun. Tapi WA memilih corak pemandangan dan sesuai dengan jiwa WA.

Cantik kan? Walaupun nampak agak besar sedikit dari jam sebelum ini, ia tetap nampak serasi jika wanita mengenakannya. Warna gabungan hitam dan emas ini sangat sesuai dengan orang yang tidak suka terlalu menonjol penampilan diri.

Warna cerah sesekali menampilkan diri kita kelihatan ranggi apa salahnya kan. Hehehe.. Wahh! Memang tak salahlah WA memilih kedua-dua warna ini sebagai koleksi jam baru WA ini. Warna gabungan oren dan silver menceriakan hidup WA.

Bagi korang yang ingin membeli jam tangan Casio edisi  custom printed Jepun ini, bolehlah beli dari laman website BeliSpree www.belispree.com atau boleh juga jika mahu membeli di Lazada www.lazada.com.my/shop/belispree.