Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Monday, August 13, 2025

My Beauty Mask by My Product Co Review

10:27 PM 17 Comments

My Beauty Mask | Pernah tak korang addict sangat dengan mask? Best sebenarnya pakai mask ni kan? Dalam step daily routine skincare mask pun termasuk tau. First of all, WA nak ucapkan terima kasih kepada Mamasan Tammy Lim sebab bagi peluang WA untuk mencuba mask dari Korea. Yaaa, from Korea tau bukan dari sini.

Haritu Tammy ada bagi peluang siapa beauty blogger nak try then WA pun apply, ada rezeki ada lah kan. Tak sangka a few weeks dapat email diterima untuk review. Thank you Tammy and thank you too pada My Product Co sebab sponsor mask pada kami! Weeeeee~~~

Sedikit keterujaan (padahal terlebih excited!) sebab ini kali pertama WA nak mencuba mask jenis hydrogel mask. Yelah, sebelum ni kita try yang sheet mask biasa je kan. So kali ini kita cubalah kelainan pula ye daakkk???

My Beauty Mask merupakan 100% mask yang diperbuat dari Korea dari segi pembikinan, bahan-bahan yang dikilangkan, lakaran dan pembungkusan. Menarik kan? Dan yang specialnya ini juga kali pertama WA mencuba mask dalam bentuk hydrogel tau. Ada 3 jenis mask iaitu :

1. Red Ginseng Gold Hydrogel Mask
2. Ginger Gold Hydrogel Mask
3. Rice Sheet Mask

Mask ini bebas dari 8 jenis bahan yang merbahaya antaranya ialah Formaldehyde, Paraben, Sulfate Amine, Mineral Oil, Benzyl Alcohol, Silicone, Coal Tar Dyes and Aminal-derived ingredients dan diterima oleh dermatology tested. Selain itu, My Beauty Mask turut mengandungi 12.5ppm iaitu 99.9% emas tulen, dimana ia dikenali sebagai antioksidan dan mencegah penuaan kulit.

Dalam My Beauty Mask ini, antara bahan yang paling utama digunakan ialah madu tulen. Madu terkenal dengan vitamin, asid amino, mineral dan kepekatan antioksidan semula jadi yang sangat tinggi bagi membersihkan dan melindungi kulit. 

Jom kita lihat bagaimana rupa hydrogel mask ini!

Packaging hydrogel mask ini sangat bagus sebab ia menitikberatkan kualiti mask tersebut. Dibungkus dengan kemas dan diletak kertas plastik keras supaya mask tidak terlalu lembik tanpa ada penghadang dari ia jatuh. Nampak tak plastik jernih keras tu??

Then ada lapisan kertas putih macam ni juga untuk cover bahagian luar mask.
kertas lapik putih dibuka, sangat teliti pembungkusan dia
Ini lapik bahagian dalam mask pula. So hydrogel mask memang dijaga rapi

Haaa, korang nampak kan secara kasar bagaimana hydrogel mask ini dipacking dengan begitu kemas? Sebab hydrogel mask ini bersifat gel (lembik), jika tiada pembungkusan seperti ini mask tersbut akan mudah terkoyak.

Honest Review Wawa Menggunakan My Beauty Mask by My Product Co

1. Red Ginseng Gold Hydrogel Mask

Menggunakan 100% red ginseng dari Korea dan diproses untuk digunakan dalam My Beauty Mask ini untuk melambatkan penuaan, mengecilkan pori-pori wajah, menghaluskan kulit, dan mencerahlan kulit jika konsisten.

Honest Review :
Pertama kali mencuba mask ini, agak kuat jugalah bau ginseng. Maklumlah, hidung ni susah betul nak bau herba-herba ni. Hehehe... Tapi once dah apply kat muka, rasa sejuk dan segar je. Dan paling best ia menenangkan minda tau. Caye takk??? Itulah yang Wawa feeling tau. Tapi jangan risau sebab bau ginseng ni cuma kuat masa baru nak apply je, then after a few minutes akan bau madu campur ginseng... 

2. Ginger Gold Hydrogel Mask

Menggunakan 100% halia yang ditanam di Korea dan semua maklum bahawa halia ini tinggi antioksidannya dan dapat membantu melindungi dan meremajakan kulit kita! Auuchhh :)

 Honest Review :
Ini merupakan kali ke-2 Wawa apply mask Ginger sebab yang pertama mula-mula pakai (sebab tak tahu ia lembut sangat) koyak weiii, Hahha!! Nasib baik yang ni tak koyak. Sebab tu packaging hydrogel lebih safety. Yang Ginger ni Wawa suka sebab bau halia tak kuat, malah muka rasa tenang je bila apply mask ni. Dan kulit pun rasa halus mulus je tau.. Malah liang pori Wawa masa ni makin mengecil. Ehh, serius tak tipuuu!

3. Rice Sheet Mask

Menggunakan beras yang di tanam di wilayah Gyeonggi, Korea kerana kualiti berasnya. Kelebihan beras ia merupakan sumber karbohidrat dan protein yang sangat baik dan pelbagai vitamin dan juga mineral. Dengan kehadiran nutrisi yang banyak, ia membantu mencerah dan menghidratkan kulit.

Honest Review :
Rice mask ni memang best gila. Korang pun tau kelebihan beras ni kan? Boleh membantu mencerahkan kawasan muka yang tidak sekata supaya kelihatan cerah, segar dan halus kulitnya. Mask ini sepert mask yang biasa tapi fungsi dia sangat best. Wawa dapat rasakan masa apply, kulit lebih tegang dan makin anjal dan bila selesai, kulit lebih cerah sekata dan halus mulus.

 Mana Satu Favourite Mask Wawa Setelah Mencubanya??

Hmmm, agak susah nak beri jawapan. Hahha! Ikutkan semuanya WA suka tau sebab WA jenis hantu mask. Banyak dah koleksi mask yang WA ada lagi-lagi mask dari Korea. Tapi kalau ikutkan WA akan pilih Ginger Gold Hydrogel Mask sebab bau dia yang tidak terlalu kuat, half-half orang kata. Dan dia membantu melegakan muka dengan kandungan antioksidan yang ada pada halia.

My Beauty Mask yang WA dapat ini berharga :

Red Ginseng Gold Hydrogel Mask - RM100/USD25 (5pcs)
Ginger Gold Hydrogel Mask - RM100/USD25 (5pcs)
Rice Sheet Mask - RM28/USD9 (3pcs) 

Kalau korang ingin mencuba mask original dari Korea ini, korang boleh dapatkan di www.myproductco.com atau instagram www.instagram.com/myproductco/

Saturday, August 4, 2025

Welcome Gift Box Angels | Happy Turns 3 ALTHEA !

7:18 AM 34 Comments

Althea X Real Fresh Skin Detoxer | Pernah tak korang dengar mengenai Althea? Haa, bagi sesiapa yang memang minat K-beauty memang kenal dengan Althea. Buat pengetahuan korang yang masih tak tahu lagi, Althea merupakan satu website menjual 100% authentic barangan dari Korea tau. Yee, ia diterbangkan khas dari negara Korea ke seluruh negara untuk para pengguna.

Kalau korang nak tahu, Althea kini menyambut hari ulangtahun yang ke-3! Yeayy, happy turns 3 Althea. Always successful in future! So, sempena Althea turns 3 ni, Wawa telah terpilih untuk menjadi Angel Althea iaitu sebagai Althea's Beauty Ambassador Community! Bukan senang nak jadi Angel Althea ni tau. Sebab angel ini terdiri daripada vloggers/beauty bloggers/youtubers/influencers. Dan sebagai Althea Angel, iaitu Althea's Beauty Ambassador Community dapat menikmati barangan Kbeauty dengan menerima, shopping, dan pelbagai aktiviti menarik seperti :
  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access
Dan akhirnya inilah yang WA dapat tempoh hari! Welcome Gift Box from Althea for their angels! Weeehuuu~ Thanks Althea for the sweet surprise! Hehehe... Apa yang WA dapat dalam box ini? Jom lihat video unboxing untuk Welcome Gift Box di bawah ini.

Nampak tak apa yang ada dalam box? Oklah mehh WA nak share dengan korang apa yang ada dalam box tersebut. Jom kita lihat apa dia.

1. Kad Welcome Gift
2. Kad diskaun 10% sempena Althea Birthday
3. Althea Mirror 'Spread Your Wings'
4. Althea DIY Miniature Birthday Book in 3 mini sizes
5. Tote Bag Althea Birthday
6. Makeup Bag Travel 'Spread Your Wings'
7. New baby Althea - Real Fresh Skin Detoxer

Discount Code 10% Althea Birthday
Althea DIY Miniature Birthday Book in 3 mini sizes
Althea Mirror
Tote Bag Althea Birthday
Happy gila bila dapat gift semuanya comel-comel belaka. Memang sesuailah dengan Althea sebab sememangnya sweet sangat. Sepanjang 3 tahun Althea beroperasi, antara produk Korea yang WA suka dan selalu beli adalah Maskara Missha, brand Nature Republic dan lain-lain. Kadang-kadang nak shopping kat Althea ni boleh jadi rambang mata. Yelah, dahlah authentic dari Korea, pula tu murah dan free shipping kalau beli barang 2 items. Mahu tak gila kan??? Yes, I'm crazyy with u, Altheaaaaa!! :D

Introducing New Baby Althea - Real Fresh Skin Detoxer
Bukan itu sahaja, Althea juga telah memperkenalkan new baby mereka iaitu Real Fresh Skin Detoxer yang kini boleh didapati di website Althea! Untuk keluaran baharu kali ini, Althea telah bergabung dengan Get It Beauty (No.1 rancangan TV Kecantikan Korea) untuk memperkenalkan produk Althea kepada peminat kecantikan K-Beauty yang akan mula bersiaran pada bulan September nanti di GIB's TV. Jangan lupa menonton nanti tau!

Real Fresh Skin Detoxer ini diperbuat daripada bahan-bahan premium yang didatangkan khas dari alam semulajadi, mask 10 saat ini telah dipenuhi dengan tenaga dan kesegaran alam semulajadi untuk memastikan kulit kita tetap sihat dan bersih setiap hari. Keluaran baru skincare Althea ini mempunyai 2  jenis iaitu :

1. Real Fresh Skin Detoxer - ROSE
2. Real Fresh Skn Detoxer - GREEN TEA

Real Fresh Skin Detoxer (Rose)
Real Fresh Skin Detoxer (Rose) mengandungi 100% kelopak bunga Ros May, dimana ia dipetik tangan setahun sekali sepanjang bulan Mei di Grasse, selatan Perancis. Kelopak bunga ini membantu  melicinkan permukaan kulit yang kasar dan membuat kulit kelihatan berseri dalam masa 10 saat. Untuk bahan membersih yang mengeluarkan buih tulen dari alam semulajadi ini diperolehi dari ekstrak kelapa tanpa kerengsaan kulit dengan cebisan kelopak bunga tersebut.

Rose (Refining) - Bertindak untuk menapis. Di pakai pada waktu pagi selepas bangun tidur, Detoxer Rose berfungsi untuk membantu menlindungi dan mengawal keseimbangan tahap pH pada kulit dan melembapkan kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan memudahkan untuk memakai makeup selepas itu.

Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea)
Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) mengandungi daun Teh Hijau muda dari ladang Pulau Jeju bagi melegakan dan membersihkan kulit yang sensitif dalam masa 10 saat. Ianya juga mempunyai ekstrak kelapa supaya dapat melembutkan kulit tanpa memberi kerengsaan kulit dengan cebisan daun teh hijau tersebut.

Green Tea (Purifying) sesuai dipakai pada waktu malam kerana ia bertindak untuk membersihkan kulit dengan bahan semulajadi daun teh hijau muda kerana ia mempunyai 5 kali lebih Vitamin C dari lemon, dan memberi perlindungan kulit dari sinar UV yang merbahaya. Daun ini juga dapat mengawal kehadiran minyak dan membersihkan kekotoran dari kulit.

Cara penggunaan : Picit sedikit di tangan dan apply secarata rata di seluruh wajah. Biarkan ia selama 10 saat, kemudian letak air sedikit di tangan dan urut seluruh muka sehingga keluar buih dari wash off mask detoxer ini. Dan bilas hingga bersih.

Bila dah cuci, kulit muka akan rasa lebih segar dan lebih bertenaga berbanding sebelum mencuci. Malah, ia juga membantu memberi kecerahan sedikit (mungkin ikut muka). Disini, maksud cerah bukan memutihkan kulit ye, tapi macam membuat kulit lebih berseri selepas memakainya (lebih fresh).

Serius, WA suka gila dekat Real Fresh Skin Detoxer ni tau. Sebab ia membantu mengnyahkan kulit yang tidak segar atau kotor dan memberi pernafasan baru pada kulit muka. Kedua-dua detoxer ini WA suka tapi yang paling suka adalah Green Tea sebab terasa kulit muka pada malam lebih segar dan baunya yang wangi. Apa-apa pun, memang best guna dan WA jadikan ia sebagai rutin penjagaan cuci muka harian WA dan rasa nak repeat beli lagi buat stok sementara harga tengah sales kat Althea ni. Hehehe...

Korang boleh layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut :

Website : www.althea.kr/

Facebook : www.facebook.com/altheamalaysia/

Instagram : www.instagram.com/altheakorea/

Tuesday, July 24, 2025

ID.AZ Dermastic Clay Mask Korea in 5 Minutes!

1:23 AM 32 Comments

Clay Mask ID.AZ Dermatic | Hello gaiss.. Siapa sini suka sangat pakai mask? Tak kesahlah mask apa-apa pun. WA suka sangat pakai mask, time muka kering, time sebelum tidur. Tapi kali ini, WA nak share dengan korang mengenai satu jenama mask ni iaitu ID.AZ Dermastic yang berasaskan clay mask. Jarang kan korang pakai mask jenis clay ni? Meh, WA share apa yang best mengenai clay mask ini.

Pengenalan ID.AZ Derm

ID.AZ Dermastic Clay Mask ini sebenarnya telah dihasilkan oleh sebuah hospital kecantikan terkemuka di Korea iaitu ID Hospital atau dikenali sebagai 'Asia Beauty Care'. Di hospital ini mereka menumpukan beberapa bahagian mengenai kecantikan iaitu :
  • Orthognathic Surgery Centre
  • Facial Countouring Centre
  • Anesthesiology Pain Management Centre
  • Anti-Aging, Lifting Centre
  • Breast Surgery Centre
  • Eyes, Nose Surgery Centre
Clay mask ini sebenarnya sudah lama dikenali dari zaman purba lagi, kerana menurut kajian clay mask sangat bagus dalam menyerap minyak di kawasan muka dan membantu memudarkan jerawat dengan cepat. Dalam carian Encik Google ramai yang telah menceritakan pelbagai kelebihan clay mask berbanding mask yang lain. No wonder clay mask sekarang lagi laku :)


Ada Berapa Jenis ID.AZ Dermastic Clay Mask?

Sebelum ini, ID.AZ telah mengeluarkan mask jenis sheet mask, dan kali ini didatangkan dalam bentuk clay mask. Ada 4 jenis ID.AZ Clay Mask iaitu :

1. ID.AZ Dermastic Oil Control Clay Mask - T-Zone, No Sebum
2. ID.AZ Dermastic  Pore Clean Clay Mask - Pores, Tightening
3. ID.AZ Dermastic Brightening Clay Mask - Illumination, Skin Tone
4. ID.AZ Dermastic Hydrating Clay Mask - Intense, Moisturizing

ID.AZ Dermastic Oil Control Clay Mask
ID.AZ Dermastic Oil Control Clay Mask berfungsi untuk mengawal atau memberi keseimbangan kadar pengeluaran minyak di muka terutama di kawasan T-Zone supaya kulit kelihatan lebih bersih, segar dan sihat (no sebum). Ia menggunakan bahan utama seperti Canadian Clay, Camellia Japonica Flower Extract, Chlorella Minutissima Extract & Avocado Extract.

ID.AZ Dermastic Pore Clean Clay Mask
ID.AZ Dermastic Pore Clean Clay Mask membantu mengetatkan liang pori, dan membuang sel kulit mati dan memberi ketenangan ketika membersihkannya. Bahan utamanya adalah Hawaiian Misato Clay, AHA/BHA, Blackberry Extract & Charcoal.

ID.AZ Dermastic Brightening Clay Mask
ID.AZ Dermastic Brightening Clay Mask boleh memberi kesan pencahayaan dan membantu mencerahkan tona kulit supaya kelihatan lebih segar. Dalam mask ini menggunakan bahan utama seperti Amazon White Clay, Nymphaea Alba Flower Extract & Vitamin C. 

ID.AZ Dermastic Hdrating Clay Mask
ID.AZ Dermastic Hydrating Clay Mask pula berfungsi untuk menegangkan dan memberi kelembapan pada kulit supaya sentiasa lembut dan tidak terlalu kering. Bahan utama yang digunakan adalah Moroccan Lava Clay, leontopodium Alpinum Extract, Hyaluronic Acid & Buah Delima.

Adakah Ia Sesuai Dengan Kulit Sensitif?

ID.AZ Dermastic Clay Mask sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Clay mask membantu exfoliate kulit supaya sel kulit mati senang ditanggalkan dan kulit menjadi bersih dan segar. 

Siapakah Yang Boleh Guna Clay Mask Ini?

Jangan risau, ianya boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita dan juga yang mengahdapi masalah kulit muka. Ianya dapat di buat di dalam rumah tanpa perlu pergi ke mana-mana spa untuk rawatan kulit muka.

Gambar di atas menunjukkan WA menggunakan ke empat-empat clay mask pada kawasan yang tertentu dengan jenis clay mask. Untuk warna hijau (Oil Control) WA apply di dahi, batang hidung dan pipi kerana disitulah kawasan yang kerap WA berminyak. Untuk warna kelabu (Pore Clean) WA apply sekitar hidung dan bawah bibir kerana disitu kerana timbul pori terbuka. Manakala, warna kuning (Brightening) WA apply di bawah mata dan bahagian dagu bawah kerana tona kulit WA tidak sekata di area situ. Dan warna merah (Hydrating) WA apply sekitar muka untuk kesan lebih lembap.

Berapa Lama Pakai Clay Mask?

Untuk pengetahuan korang, clay mask ini hanya dibenarkan pakai selama 5 minit sahaja dan jangan biarkan ia kering lama kerana ia boleh memberi kesan kulit kering dan kegatalan di muka. So, korang jangan lupa pula basuh muka selepas 5 minit sapu di muka ya.

Sebab WA pernah cuba pakai lama, saja konon nak lama-lama sampai merekah. Sekali lepas basuh mak aii gatal gila kulit muka. Dan muka rasa kering cepat je. Tapi kalau korang ikut arahan 5 minit sahaja, ianya tidak mengeringkan muka tau. Malah rasa lagi lembap je kulit.

Gambar ke-2 ini pula WA selang beberapa hari berikutnya (tudung je sama, Haha!) dengan clay mask Brightening & Hydrating sebab kulit tengah kering. So WA apply Brightening pada kawasan dahi dan bawah mata sebab tona kulit agak kusam sikit disebabkan cuaca. Dan apply Hydrating clay mask di bahagian pipi, dagu dan hidung kerana kulit kering masa tu.

Feedback Ringkas WA Menggunakan ID.AZ Dermastic Clay Mask

WA suka sangat dengan clay mask ni sebab lebih efektif pada kulit WA berbanding menggunakan sheet mask dan lain-lain. First, bila guna yang Pore Clean kulit rasa macam ehh, ini kulit aku ke? Sebab pores yang besar semua dah kecil kembali dan senang nak apply makeup lepas tu. Second, guna yang Oil Control so far best juga! Sebab dapat mengawal pengeluaran minyak kat muka. Lepas je apply kulit nampak lebih lembut dan segar je. Then, untuk Brightening memang suka sebab kadang-kadang tona kulit kita tak sekata tapi bila apply yang ni rasa macam dapat kulit baru pula. Haaha! Last but not least, Hydrating sangat membantu tatkala kulit WA rasa kering dan kemerahan. 

Semuanya best sangat. Tapi yang penting kalau pakai tu kenalah konsisten! Jangan sekali pakai je. Clay Mask ID.AZ Derm ni paling tidak pakailah dua kali dalam seminggu berturut-turut.

ID.AZ Dermastic Clay Mask in 5 minutes ini telah berada di Malaysia. Dan kini boleh dapati di seluruh Watsons dengan harga RM59/tube sahaja. TAPI...... Watsons sentiasa ada buat sales kan? Sekarang WA tengok sales pun murah. Apa lagi dapatkan segera!

Thursday, July 19, 2025

Set Penjagaan Rambut BROKOLI Mampu Mengatasi Masalah Rambut Gugur & Kelemumur

11:00 PM 28 Comments

BROKOLI Hair Care | Kebanyakannya ramai yang mengalami masalah rambut tetapi tidak menitikberatkan kerana memikirkan ianya bukanlah penting seperti penjagaan muka. Ini ternyata SALAH! Kenapa salah?

Dijangkakan bahawa hampir 1/3 lelaki di dunia terancam mengalami masalah botak kepala menjelang usia 35 tahun, maka 62 peratus individu botak kurang keyakinan diri dan merasa dirinya kurang kacak. Hal ini mungkin terjadi kerana mereka mengalami stress, kurang nutrisi, merokok dan mengambil alkohol dan menyebabkan terjadinya punca utama masalah rambut. Manakala, hampir 70 peratus masalah keguguran rambut dialami oleh wanita selain dari lelaki.

Adakah Anda Mengalami MASALAH begini?
  • Rambut Gugur dan Jarang?
  • Masalah kepala makin Botak?
  • Masalah Kelemumur?
  • Rambut cepat Beruban?
  • Masalah Kudis di kepala?
Jika YA, BROKOLI dapat membantu anda selesaikan semua masalah di atas dan kesannya anda boleh rasa dalam tempoh yang cepat dengan tanpa bahan kimia merbahaya. Inilah dia BROKOLI iaitu salah satu produk unik di bawah rangkaian IMAAN SUCI WORLD.

RAMBUT BANYAK GUGUR.. RISAU TAK TAHU NAK BUAT APA???

Terbaharu set rawatan dan penjagaan rambut gugur BROKOLI- 'Natural Hair Rescue' kini telah berada di pasaran selepas menjalani proses R&D. Di dalam set ini mempunyai 3  jenis iaitu :
  1. Grow Me Shampoo
  2. Treat Me Treatment 
  3. Boost Me Scalp Booster
Apa yang bestnya adalah ketiga-tiga jenis produk BROKOLI ini menggunakan bahan-bahan organic dan berkualiti tinggi dan setanding dengan produk yang digunakan di salon atau pusat rawatan rambut proffesional yang lain. Bahan-bahan bermutu tinggi tersebut adalah :
  • Citrus Medica Limonium untuk Shampoo
  • Wallnut Shell Extract untuk Treatment
  • Jojoba Oil untuk Serum
BROKOLI ternyata terbukti berkesan kerana ia mampu selesaikan masalah rambut gugur. Antara kelebihan-kelebihan BROKOLI :
  • Menyelesaikan masalah rambut gugur
  • Merawat masalah kulit kepala
  • Merangsang pertumbuhan anak rambut
  • Menguatkan akar rambut
  • Menyihatkan rambut
GROW ME Shampoo

Grow Me Shampoo menggunakan bahan Citrus Medica Limonium atau lebih kurang macam Lemon untuk memberi kesegaran pada kulit kepala dan rambut supaya dapat menyegarkan kulit dan membuat sel sel mati.

Shampoo ini boleh digunakan dalam 2 kali sehari, atau selang sehari ataupun boleh menggunakannya setiap hari. Hanya picit sedikit dan ratakan seluruh rambut kerana ianya mempunyai bunyi yang banyak.

Tekstur shampoo BROKOLI ini cair seperti shampoo yang lain tapi sedikit pekat dan berwarna hijau serta mempunyai bau yang sangat wangi seperti bau yang dingin untuk kesegaran rambut.

TREAT ME Treatment

Treat Me Treatment pula menggunakan bahan organik iaitu Wallnut Shell Extract dan sangat bagus kerana ia merupakan kacang yang kaya dengan zat Omega 3 untuk rambut anda. Kacang Walnut dapat membantu melindungi sel-sel rambut anda dari rosak terkena sinaran matahari dan memperkuatkan rambut. Wallnut Shell Extract ini dihancurkan menjadi biji-biji dan dicampurkan ke dalam Treatment BROKOLI ini.

Tekstur treatment BROKOLI sangat pekat dan likat. Ianya berwarna putih dan dicampur dengan serpihan kacang Walnut. Anda boleh gunakan samada banyak atau di kawasan tertentu yang bermasalah. Disebabkan teksturnya yang pekat, anda perlu memicitnya kuat sedikit untuk mengeluarkannya. Jangan risau jika terlebih, anda boleh buka penutup dan simpan semula.

Zoom In tekstur Shampoo & Treatment BROKOLI

SCALP BOOSTER Serum

BROKOLI Hair Scalp Bosster Serum ini sangat istimewa kerana ia diciptakan dnegan kombinasi serum untuk kulit kepala dan gajet urutan. Ini adalah pertama kali di Malaysia, mempunyai penyelesaian 2 dalam 1 untuk masalah rambut gugur.

Antara kelebihan Scalp Booster adalah :
  • Merawat masalah rambut gugur
  • Melancarkan peredaran darah pada kulit kepala
  • Kandungan minyak Jojoba sangat bagus untuk merawat, memulih dan menguatkan akar rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan anak rambut
  • Menyihatkan rambut
  • Membuang sel-sel mati dan merawat masalah kelemumur
  • Size kecil mudah diguna dan dibawa ke mana sahaja
  • Dapat membantu menghilangkan stress dan sakit kepala
Cara Penggunaan Scalp Booster 2 in 1 :

1. Putar/Pusingkan gajet yang berwarna hijau untuk sapu serum dahulu.
2. Sapukan serum (putih) yang berkualiti pada kawasan bermasalah dengan hanya roll-on sahaja.
3. Kemudian, ON gajet yang hijau supaya bergetar.
4. Mulakan urutan pada kawasan yang dah di roll-on serum tadi.

Gunakan serum ini selepas mencuci rambut dan  lap rambut untuk berada dalam keadaan lembap. Ia sangat berkesan apabila digunakan ketika rambut dan kulit kepala dalam keadaan bersih. Bau serum ini sangat wangi dan menyegarkan malah rasa sejuk. Jika anda mempunyai rasa pening atau stress, anda boleh letakkan gajet yang bergetar pada kawasan berdenyut. Menggunakan Scalp Booster 2 in 1 ini ibarat anda sedang menikmati rawatan penjagaan rambut di pusat rawatan rambut.

Testimoni - Testimoni Pengguna BROKOLI Hair

Antara testimoni pengguna yang telah mencuba BROKOLI Hair :




Feedback WA Selepas Menggunakan BROKOLI Hair Selama 3 Minggu

Ini adalah honest review dari WA sebab memang ada masalah rambut gugur. Mana Gambar rambut? Aiippp, kan WA bertudung takkan nak tayang rambut yang gugur? Tapi jangan risau sebab memang WA akan share benda yang bagus dengan seikhlas hati.

Sepanjang 3 minggu menggunakan set BROKOLI Hair ini, alhamdulillah, masalah rambut gugur WA sudah kurang tak macam dulu sekali mandi je penuh rambut gugur belum masuk yang sikat rambut. First guna shampoo ini best sangat sebab ia wangi dan rasa sejuk je kepala tu, mybe sebab ia menggunakan lemon untuk menyegarkan rambut. Then, selepas shampoo WA guna treatment dia memang best gila. Rasa taknak keluar bilik air. Sebab khusyuk membelai rambut dan rambut rasa ringan dan licin je. Dah tak ada masalah rambut kusut. 

Last sekali, step yang penting adalah serum dan gajet Scalp Booster ni. Serum dia memang sejuk. Serius! Dahlah baru lepas cuci rambut, disapu lagi serum. Pehhh! Rasa macam dalam salon weiii.. Untuk serum ni WA sapu dekat kawasan yang banyak rambut gugur untuk mempercepatkan petumbuhan anak rambut. Kalau dulu urut pakai tangan lenguh, sekarang pakai je gajet ni mudah sangat. Dapat merasai gegaran macam mesin urut kepala. Hehehe...

Sekarang tengah harga PROMO JULAI! Anda beli set BROKOLI Shampoo & Treatment, FREE Roll-On Scalp Serum dengan berharga RM116 sahaja!! Nak beli loose boleh juga.

GROW Me Shampoo RM60 (1 botol) 200ml
TREAT Me Treatment RM60 (1 botol) 200 ml

Scalp Booster RM89.90 (25ml)

Promo ===========> 1 Scalp Booster RM55, 2 Scalp Booster RM110

Jika anda ingin membeli set BROKOLI Hair ini bolehlah hubungi Cik Zira :

No tel : 019-392 2261


Tuesday, July 17, 2025

SOFEAROSE | Diona Mermaid Enchanted Series Square Scarf Brings A Serenity

9:17 AM 18 Comments



Diona Mermaid Square Scarf | Masa bulan puasa yang lepas, Wawa terfikir design tudung apa kali ini hendak digayakan. Tanpa disedari, WA terjumpa website SofeaRose ini dan hati berbunga-bunga masa itu kerana SofeaRose mengeluarkan banyak design baharu!

Akhirnya, setelah membelek-belek lihat design mana yang berkenan, WA memilih untuk mengenakan design Diona Mermaid Square Scarf. Kenapa pilihan WA kali ini tudung bawal empat segi? Sebab WA inginkan kelainan dalam corak mermaid ini didatangi dengan pattern bawal empat segi.

Diona Mermaid dihiasi dengan corak abstrak mermaid bagi menggambarkan keunikan kecantikan dan kehidupan mermaid. Dua sifat ajaib yang digambarkan ini pasti menunjukkan keindahan dan kebaikan dari segi fizikal dan moral. Dikenali sebagai "penjaga" laut, ikan duyung sentiasa menunjukkan bahawa kehadirannya tidak dapat ditandingi. Lebih daripada sekadar seorang wanita cantik, ikan duyung akan membuat kita melihatnya dengan sikap yang baik, penyayang dan murah hati. 

Keperibadian duyung sepatutnya dicontohi oleh #SofeaRoseQueens yang lain untuk membentuk sikap yang baik sebagai muslimah yang lebih baik di masa akan datang. Maka, langkahlah ke hadapan untuk menjadikan jalan hidup yang lebih bahagia, bersemangat dan memberi ketenangan.


Bukan koleksi hijab sahaja yang dibawakan oleh SofeaRose, malah ia berjaya mengeluarkan koleksi pertama bertemakan mermaid untuk pakaian. Koleksi baru ini dinamakan Ashley Top. Didatangkan dengan design ruffle dan curvy cutting, ia tampak lebih feminine dan elegant. Menggunakan material kain jenis Japanese Cotton, kita tidak mudah berpeluh dan meresap dengan pantas pada hari panas.

Tadaaa...... Inilah corak yang WA pilih. Untuk pilihan kali ini, WA memilih Square Scarf 02 Purple Puff. Ia kelihatan ala-ala warnaa purple + grey. Masa ini, WA sempat menggayakan gaya pakai tudung bawal biasa sahaja sebab nak cepat. Untuk lebih jelas, korang boleh lihat gambar yang model gayakan di bawah ini.

front side
back side

Disebabkan permintaan yang tinggi, Diona Mermaid siri ini diperlukan kini mendarat dengan 6 pilihan warna premium untuk anda kumpulkan sebagai koleksi. Diperbuat dengan kain Matte Satin lembut, ia dapat menahan anda semua berpeluh dan aktif! Mempunyai keluasan 48 inci x 48 inci (bidang 50) membolehkan anda menggayakan gaya tudung untuk pergi kemana-mana sahaja selagi ia mematuhi syariah. Diona Mermaid Square Scarf ini didatangkan bersama-sama dengan keajaiban edisi ikan duyung yang klasik tatkala cahaya menerangi. Ecewaahhh! Hehehe...

Bagaimana Diona Mermaid Square Scarf Dapat Menawan Hati?

Ciri-Ciri Yang Ada Pada Diona Mermaid Square Scarf :
  • Mempunyai corak mermaid yang unik
  • Senang digosok
  • Daya tarikan mermaid yang sangat terhad
  • Warna menarik
  • Tekstur kain sejuk
  • Di datangi dengan kotak ekslusif
Material : Top Notch Matte Satin (Berlian Matte Satin)
Ukuran : 48 inci x 48 inci (panjang x lebar)


Didatangkan dengan 6 warna iaitu :

01 - Sandy Blue
02 - Purple Puff
03 - Twinkle Sapphire
04 - Lavender Sky
05 - Sweet Blush
06 - Rose Glow


Zoom sikit, ia ada label tersendiri iaitu SofeaRose gabungan huruf S dan R dihujung bucu tudung. Kain ia kelihatan kilat sedikit seperti 'berlian', tetapi sangat best dipakai dan rasa sejuk. Tidak jarang kerana kualiti kain tebal tapi tidak panas.

Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh layari laman sesawang SofeaRose di www.sofearose.com atau ke laman social facebook www.facebook.com/sofearose.my/ dan Instagram mereka di www.instagram.com/sofearose/ .....