Showing posts with label foodreview. Show all posts
Showing posts with label foodreview. Show all posts

Wednesday, August 30, 2025

Dinner Di Cafe Crystal Inn Hotel Batu Pahat

5:02 PM 2 Comments


Crystal Inn Hotel Batu Pahat | Jarang ada hotel yang menyediakan cafe untuk orang luar masuk sekali. Selalunya kalau kita menginap ke mana-mana hotel, cafe hanya untuk pelanggan yang menginap tidur malam. Tapi, cafe Crystal Inn Hotel Batu Pahat terbuka untuk orang luar sekali.

Nak kata menu mahal-mahal tidak juga sebab harga standard seperti makan dalam mall. Percaya tak? Memang ada tauu! Lainlah korang order yang mahal-mahal lepastu kondem kata mana ada murah. Memenag kena cepuk dengan Wawa. Hahaha! Jom layan food review Wawa....

muka excited kami nak makan :)

Masa ini kami lapar gila sebab tak makan tengahari lagi. Sanggup tahan perut tunggu sampai magrib untuk pergi makan. Tanya masing-masing nak makan mana dah buntu, last-last kami decide makan kat sini. Percaya tak total kami makan kat sini around RM50 gitu laaa... Mehh skodeng menu....


Ini namanya Fried Mushroom. Wawa suka gila tau. Kalau makan kat Juzz Waffle pun sama mesti order benda alah ini. Tapi, masa ni dapat macam terlebih masin sikit so Wawa tak boleh nak masuk dalam tekak. Wawa ada high blood so memang tak boleh lah nak hadap habiskan. Tapi rasa dia memang so far okay cuma masin sikit.


Apa nama dah lupa. Wawa panggil Ayam goreng jer.. Hahahaha! Tapi sedap oiii! Ratah macam tu pun habis. Kekekeke... Macam disalut madu tepungnya... Rangup pulak tu.. Apa rahsia ek? Guna tepung apa ekk??? 


Akak Wawa pilih menu Chicken Chop Black Paper. Sos dia gila sedap oi, plus murah dari yang pernah makan sebelum ini. Serius rugi tak try makan ni!


Okayy,, Spaghetti Bolognese kat sini tak mengecewakan selera tekak Wawa. Dahlah penuh 1 pinggan, sos dia tak kedekut macam kedai makan lain. Ditambah pula letak cheese.. Aduhhh! Sedap bangatt donggg.... Hehehehhee... 

makan duluan yokkk~

Kalau korang nak cuba makan disini, Waze je Crystal Inn Hotel Batu Pahat. Boleh buat surprise party/dinner kat sini juga tau. Google no tel hotel ini. Semua dihujung jari. Hehehe...


Tuesday, February 21, 2026

Leezo Restaurant | Kedai Makan Western Batu Pahat

9:14 PM 4 Comments


Leezo Restaurant - Kedai Makan Western Batu Pahat | Hai korang.. baru-baru ini Wawa ada pergi ke kedai makan di Batu Pahat (dah berkali-kali) selepas Wawa dah sihat sikit. Hajatnya mula-mula hanya menemani kakak yang kelaparan. Hahaha! Tapi terjebak nak makan sekali. Takpee, orang belanja kita, on jelahh :D


Actually, kali ni Wawa tak makan western punya so tak order yang western. Sebelum-sebelum ni memang ada order yang western. Leezo restaurant ni bukan sahaja menyediakan makanan ala-ala western, tapi ala-ala kampung/melayu pun ada. So, kami decide pilih makanan kampung + western sikit je.


Nasi Goreng Pattaya

Lamb with Fried Rice

Leezo Orange Sparkling

Ini jelah makanan yang kami order ritu. Yang western punya takde gambar. Tapi kalau nak tau bolehlah pergi ke page mereka Leezo Restaurant/Leezo Container. Buat pengetahuan orang diluar yang tak familiar lagi, kat BP ini ada 2 kedai nama Leezo... Satu di Parit Raja Batu Pahat (Leezo Container), satu lagi di Flora Utama (Leezo Restaurant).

Bagi yang nak terjah ke Leezo Restaurant boleh juga sambil-sambil cuci mata sebab dekat dengan Jakel, Aeon Big & Square One Mall.


Instagram : www.instagram.com/leezorestaurant


Leezo Restaurant
No 6, Persiaran Flora Utama, 83000 Simpang Kanan BP
(Berdekatan dengan Aeon Big & Square One Mall)