Showing posts with label profilemakeup. Show all posts
Showing posts with label profilemakeup. Show all posts

Thursday, March 1, 2026

Sweet Burgundy Makeup Look | Yaya

8:07 PM 33 Comments

Sweet Burgundy Look | Hello gaiss! Sekarang ini tengah musim orang nak tunang, nikah, kahwin kan? Macam-macam look ada tapi sejak artis-artis ramai yang kahwin dengan natural makeup atau no makeup look, maka ramailah pengantin nak cuba juga.

Sebenarnya, makeup natural atau no makeup look sangat susah tau berbanding makeup biasa-biasa. Sebab tu harga makeup natural boleh tahan mahal. Tapi bagi yang bukan MUA, senang je kata alaa, makeup natural je takyah heavy2. Are u kidding me bride? Hehehe.. Kalau yang macam korang maksudkan itu adalah makeup simple yee, bukan natural makeup. So, kalau MUA taknak buat jangan kata demand, actually korang yang demand. Nak natural look tapi harga RM50. Amboi amboi amboi.. Ehh, dah macam nyanyi lagu Altimet pulak. Haha! Kali ini, WA makeup seorang hamba Allah ini. Tengok jelah ekk sampai habis :D

Kulit si Yaya ni licin sebenarnya, tapi normallah kalau timbul jerawat seketul dan ada bekas jeragat sikit. Macam kulit WA jugalah. Tapi memang senang makeup muka dia sebab pores dia tak banyak. Ia masalah bila muka korang pores banyak dan jerawat timbul-timbul. 

Ini kali ke-2 WA makeup Yaya sebab first makeup masa ada shoot. WA ada buat live fb makeup masa ini dan cadang nak buat makeup pink-pink gitu tapi entah kenapa berubah pulak. Mybe sebab Yaya dah biasa makeup pink jadi WA nak buat kelainan sikit jelah. Itu sebab WA buat tema sweet burgundy look. Korang tahu tak Burgundy tu apa? Warna ala-ala purple gitulah.

Yaya ni suka sangat pakai bulu mata. Kalau WA hmmm, kirim salam jelah sebab WA tak sesuai pakai bulu mata macam nak kene sepak je muka kalau apply. Hahaha! Tapi tengok mata orang nampak cantik je kan. Geram je.. Hahhaa! Mencabar juga buat kening Yaya ni. First time dapat client yang kening jenis terangkat. Nak tengok LIVE FB? Klik link --> Live Makeup Yaya

Yelah-yelah, nak tengok muka WA jugak kan? Ni ada selfie sekali dengan Yaya Tapi ini gambar selepas siap makeupkan Yaya dan WA sempat makeup sikit sebab nak keluar. Tapi maklumlah, muka tukang makeupkan ni biasa-biasa ajo. Hehehe. Kita sempat makeup nipis-nipis je.

Ini muka WA tak makeup. Baru siap makeupkan Yaya. 
Tapi lighting natural over sangat time ni.. Huhu~

Jadi, ini jelah makeup look yang mampu WA buat masa ini sebab masa sebelum Yaya datang, WA tengah ada kelas makeup, ajar student WA. Agak penatlah juga. Tu yang kepala tak mampu nak perah otak sangat masa ni. Hahaha! Nak tengok tak gambar first WA makeupkan Yaya?

Masa ini Yaya adalah orang ke-4 WA makeupkan dalam tempoh 2 jam untuk setelkan 4 orang. Makeup cepatlah senang kata. Masa ini tema shoot adalah tema HorrorMantic kononnya. Makeup lawa-lawa sangat nanti kang tak jadi tema horror tu. Hahaha!

Amacam okay tak? WA masih belajar dan belajar lagi. Banyak sebenarnya look yang WA nak try tapi tak kesampaian je. Nak buat kat diri sendiri tapi WA tak suka sangat conteng muka sendiri. Huhu~ Kalau korang ada idea, nak makeup look apa boleh cadangkan dekat komen bawah ini tau! 

Monday, February 12, 2026

Makeup Nikah Sweet Look - Halimah

3:50 AM 22 Comments

Makeup Nikah | Hai semua.. Setelah sekian lama, baru ada kesempatan nak update entri makeup nikah pada bulan 12 tahun lepas. Last job part time pada tahun lepas. Ikutkan ada job akhir tahun dan pada bulan lepas iaitu awal tahun 2018, tapi disebabkan atas beberapa faktor tak dapat dielakkan, WA terpaksa lepaskan pada orang lain. 

Kali ini WA nak update entri untuk job makeup nikah untuk kak Halimah di Johor Bahru pada 17 Disember 2017. Jauh sikit kali ini WA ambil job. Selalu area Batu Pahat dan Muar je. Huhu... Agak kelam kabut sikit jugalah sebab yelah lain orang lain setujunya. Pengantin kata okay, yang lain kata tak. Tapi WA memang akan dengar kata pengantinlah. Hari bahagia dia kan takkan nak dengar kata orang lain. Hehehehe... Lagipun pengantin minta simple2 tak nak tebal. Yang ini pun dia kata macam tebal. WA nak buat nipis2 takut kulit masalah tak bertutup. Rugi nanti kan. So, nak tak nak kena juga. Hehe..

Actually, muka client WA kali ini agak bermasalah mukanya. Jadi amat memerlukan kesabaran yang tinggi juga. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Bila kita rasa muka bermasalah, memang kena cover selagi mana ia boleh cover. Kalau setakat cover sikit nipis-nipis baik orang kata tak payah makeup kan. So, WA cuba minimizekan look client supaya nampak smooth sikit. Dan client pon setuju dengan look ini.

Pengantin tak nak fake eyelash, tak nak terlalu tebal makeup macam pengantin lain, nak lebih natural nampak look muka asal. Tapi, satu jelah pengantin ada masalah mata cepat berair means sensitif sikitlah. Hehehehe.. Memang kena touch up sentiasa je. Btw, abaikan kening tu sebab tak touch up lagi bagi bentuk kening time tu. Sebab WA dah ambil gambar dahulu baru touch up then terus gegas ke majlis nikah tak sempat ambil gambar baru semula. Hehehe..

Blusher pun pengantin tak nak pink sangat, nak natural sahaja. So, WA ikutlah kehendak client kalau itu yang dia nak, kita turutkan. Bukan mudah tau nak buat look natural macam ini. Maksud WA, jarang ada pengantin minta yang seminimize look kalau boleh. Selalu pengantin akan minta muka naik lagi. Yelah, lain orang lain permintaan kan. Hehehe...


Untuk makeup sanding WA tak sempat nak ambil betul-betul sebab nak cepat. Yang ada tu pun gegar memang kabur. Huhuhu.. Tapi look hampir sama jelah sebab pengantin guna baju yang sama. Ringkas majlis dia. Simple. Memang WA suka dengan cara majlis pengantin ini.

WA hanya buat job makeup ini bila diperlukan sahaja atau terpaksa kena jadi bidan terjun last minit sebab masalah peribadi dari client-client. Hehehe... WA hanya buat job as freelance makeup Johor dan  cover area Johor seperti Kluang, Batu Pahat, Muar & Johor Bahru sahaja. Itupun kalau free time tu lah. Kalau tak free jangan risau sebab WA akan rekemenkan MUA Johor mana yang sesuai.

Untuk hubungi WA, bolehlah korang pergi kemana-mana Facebook atau Instagram WA okeh :)

Monday, December 11, 2025

Makeup Sanding Natural Look - Adawiyah

5:53 PM 4 Comments

Makeup Sanding | Hai semua WA kini kembali lagi. Kali ini WA nak up entri yang sepatutnya bulan 8 lagi WA update tapi WA lupa sangat. Banyak telan semut macam inilah jadinya. So, WA nak share serba sedikit hasil WA makeup kawan WA. Dia request nak look natural means look yang nampak muka asal. Kening pun nak asal kalau boleh. WA nak buat bentuk sikit pun dia tak nak. So ikut jelah permintaan client kan.


Inilah wajah pengantin WA dulu. Ini pun dia kata heavy. Hehehe.. Tak tahu nak buat tak heavy macam mana dah. Ini jelah yang mampu minimize kan look untuk sanding. Alhamdulillah pengantin suka. Mungkin inilah yang pengantin nak, tak nak ubah wajah, kening dan tak nak heavy.


Pengantin kata mula-mula mata nampak tebal, tapi lama-lama tak nampak pun tebalnya. Sebab nanti nak bergambar kawasan mata itu penting untuk nampak naik makeup. Akhirnya pengantin pun suka sebab ramai kata cantik look natural ini. Alhamdulillah. 

WA bukan MUA full time tapi as a freelance makeup sahaja. Kalau WA free WA akan amik job makeup secara sambilan dengan harga berpatutan iaitu harga makeup bajet. So, kalau ada yang berkenan, boleh hubungi WA untuk dapatkan harga makeup bajet untuk event seperti dinner, tunang, bridesmaid, nikah, sanding dan bertandang. Kawasan yang WA cover sekarang adalah satu Johor untuk harga makeup bajet, makeup minimize look tak heavy dengan harga murah ikut bajet client.


Instagram : www.instagram.com/wawa.touch/

Tuesday, November 28, 2025

Makeup Class Zero To Basic di Batu Pahat

3:51 PM 12 Comments


Kelas Makeup Zero to Basic | Hai semua.. Dah lama WA tak update kan. Ehh, baru berapa hari tak update. Hehe... Baiklah, kali ini WA tak nak bebel panjang sebab nak buat entri pendek-pendek je sebab kesuntukan masa.

Baru-baru ini, ada yang tanya WA ada tak buat kelas makeup untuk yang tak tahu langsung pasal makeup, minat makeup tapi nak belajar. First, memang WA tak ada buat kelas sebab WA pun masa belajar lagi. Tapi disebabkan ada yang nak sangat belajar, makanya WA pun buat kelas makeup secara personal sahaja. Sebenarnya 5 orang nak belajar masa tu, tapi WA ambil sorang dahulu sebab WA tak ada masa free. Next mybe turn yang lain pula.

Jannah seorang suri rumah dan minat makeup tapi basic tak ada. Susunan basic pun tak berapa ada. Jadi, dia pun nak belajar dengan WA awal bulan lepas. Dalam kelas WA akan sediakan apa yang perlu disamping membuat demo dan kalau student nak cuba, WA sangat galakkan supaya kita boleh tahu adakah student boleh ingat semula masa rewind. Alhamdulillah, Jannah dah tahu basic yang perlu ada serta step yang betul.

Foundation apa yang sesuai, cara sapuan dan lain-lain lagi. Dan WA juga ada sediakan gift untuk student supaya bila balik, student boleh praktis dengan barang yang WA berikan. Nak lihat tak hasil student buat? Dia memang tak ada asas makeup.


Inilah hasil dari Jannah. Tapi WA demo kan buat kening sebelah kanan dan dia praktis buat sebelah kiri. Tak menjadi tak mengapa, WA dah pesan jangan malu sebab WA pun kadang-kadang kening failed. So apa-apa memang kena sentiasa praktis. Alhamdulillah hidung nampak bentuk terletak. Jannah request nak buat look simple-simple je so terhasillah begini. Kalau Jannah dah mahir yang basic, nanti boleh try yang advanced pula. WA takkan push student untuk look zero to basic buat macam dah pro, sebab kita nak dia praktis betul-betul apa yang dia dah belajar. Lepas ini Jannah kena tunjuk task yang WA berikan untuk dia. Hehehe... Tak sabar nak tunggu...

So, kalau anda tak tahu langsung tentang makeup, step-step apa yang harus ada tu dna berminat nak join kelas makeup WA, bolehlah hubungi WA dimana-mana laman social WA okay. Tapi, kelas zero to basic yang WA buat hanya Makeup Class Zero to Basic di Batu Pahat, Kluang dan Muar sahaja.

Facebook : Wawa Ashihara

Instagram : @wawaashihara


Thursday, September 14, 2025

Sexy Light Night Makeup Look

10:34 PM 9 Comments


Sexy Light Night Makeup Look | Kadang-kadang, ada orang jenis suka makeup malam kelihatan lebih natural light dan ada juga jenis suka heavy makeup. Tapi kali ini Wawa bawakan makeup look yang jenis light tapi lebih kepada sexy. Celah manalah sexy tu!

Kebetulan masa tu Wawa ada buat live makeup look ini di facebook wawa. Dengan keadaan cuaca gelap disebabkan hujan lebat. Jadi gambar ini bergantung pada lighting ringlight jelah.


Sexy tang mana lah tu? Sexy dekat bahagian mata la! Hehehe.. Warna-warna macam tu sesuai kalau buat waktu malam. Sebab bila malam, mata dalam keadaan tertutup akan menampakkan lagi bayang eyeshadow di mata dan ia kelihatan sexy gitu.


Produk-produk yang Wawa gunakan untuk makeup look ini adalah :
  • Eyebrow : Rhomlon (Wawa jual)
  • Moisturizer : Honey Bee Venom by Nafura
  • Primer : Magic skin Primer by Nafura (link review - CLICK HERE)
  • Foundation : mix Rosetyara kod Lily & Revlon kod Nude 200
  • Eyeshadow : Morphe 35O
  • Shading : Bahamama by TheBalmCosmetic / Sasa Malaysia
  • Blusher : Rhomlon
  • Highlight : Odbo
  • Lipstick : TheBalmCosmetic kod Charming

Kemudian Wawa combinekan bagi warna eyeshadow dan pipi kelihatan lebih sama warna walaupun sebenarnya eyeshadow tidak menggunakan warna pink. Buat dengan secara natural pada bahagian bawah mata supaya mata kelihatan lebih fresh tanpa ada pembayang mata warna hitam.


Senyum sinis dari seorang Wawa. Hahaha! Sebenarnya gambar ni tercandid sebab tak perasan masa ini senyum macam tu. Hehehe... Macam mana korang suka tak dengan look entah pape je dari Wawa ni? Hahahaha.. Btw, gambar ini lighting guna ringlight sebab cahaya Ilahi kurang sebab hujan lebat masa ini yee... Komenlah sikit, komen membina tauu! :D


Wednesday, July 19, 2025

Bold Brown Smokey Makeup Look

2:47 AM 2 Comments


Bold Brown Smokey Makeup Look | Dah lama Wawa tak buat entry tentang makeup look kan? Sebabnya Wawa tak ada idea nak namakan makeup look tu sebab favourite top eyeshadow Wawa color brown. Banyak dah look brown Wawa buat. Ini pun main taram je nama look ni. Hahaha..


Wawa lebih suka eyeshadow rata camni kalau nak jalan-jalan pergi dating ke dinner ke. Eceehhh! Dinner kat rumah je dah lerrr ... Nanti Wawa sertakan sekali video tutorial ringkas makeup ni di akhir sekali. Sekarang kita layan dulu gambar.

selfie belakang langsir juga lawa :D


Ada orang kata cahaya Ilahi lagi nampak natural dari cahaya ringlight. Macam Wawa lebih suka cahaya Ilahi. Tapi bukan nak kata cahaya ringlight tu menipu. Idoookkk lerrr kan. Cuma cahaya ringlight lagi best nampak segala pori2 yang luas terbuka. Kekekeke.. Takyah percayalaahhhh ...


Ok tak kali ini punya makeup look? Nanti Wawa bagi video short-short buat haritu. Cuma videonya tak berapa lengkap sebab potong-potonglah katakan. Hahahaha....

Tungguuuu Wawa update video disini.........


Thursday, May 11, 2026

Soft Smokey Eyes Makeup Look

10:41 PM 2 Comments


Soft Smokey Eyes Makeup Look | Dah lama Wawa tak share tentang makeup kan? Actually, entry ini sepatutnya dah lama buat tapi Wawa lupa memanjang. Maklumlah, dah nak tua ni makin mereput. Hahahaha !! Wawa redah makeup kawan masa ni sebab asalnya nak buat betul-betul smokey eyes. Tapi mata kawan pun asyik berair je so tak boleh nak tonyoh kuat-kuat dan masa pun limit masa ni.


Hasil sebelum dan selepas makeup oleh Wawa sendiri. Dah nampak macam hantu cantik hidup pula muka kawan ni. Hehehehe... Mujurlah dia melayan je karakter yang perlu dia bawa. Haha!


Posing sakan kawan kita ni. Wawa pun tak terpikir untuk posing. Yang tahu asal dapat snap gambar berselfie dah cukup. Ada talent dia ni. Fashion Designer tu.. hehehe..


Okay, last barulah gambar wefie Wawa dengan kawan. Ada banyak tapi malas nak spam banyak-banyak kang orang jemu tengok muka Wawa ni. Hahaha!

Untuk gambar lain-lain, korang boleh follow ig makeup Wawa dan juga ig personal Wawa tau..

Ig Makeup : @makeupbywawaashihara

Ig Personal : @wawaashihara

Facebook : Wawa Ashihara


Thursday, April 13, 2026

Sweet Brown Gold Look

7:08 AM 6 Comments


Sweet Brown Gold Makeup Look | Hai.. hai.. hai semua. Korang tengah buat apa tuh? Tengah main makeup-makeuplah tu. Haha!! Sekarang ni ramai yang buat live video tengok makeup. Untung korang kan? Bersyukurlah. Hehehe..

OKlah.. Wawa taknak bebel panjang-panjang sebab ramai tak suka Wawa bebel. So Wawa nak tepek hasil Wawa makeupkan kawan. Tapiiii... sebenarnya ikutkan nak buat smokey gold kononnya, tapi disebabkan kawan nak glitter ala-ala doll kononnya, Wawa buat look biasa punya. Tapi tak jadi sebab glitter Wawa rupa-rupanya tak berfungsi disebabkan kekeringan. Huhu.. Maka kami berhuhu jela makeup tak menjadi request dari kawan.. Hahaha! Serius masa tu dah gelak-gelak kitaorang.

- Before & After -


Nampak tak mata kawan tu? Glitter tak kecukupan sebab baru perasan glitter kering abis masa tu. Haha..!! Last-last jadi sweet gitu jelah. Doll look tak jadi sebab glitter takde. Kekekeke.. Masa ni memang asyik gelak sakan je sampai tertonyoh muka kawan berapa kali dah. Kahkahkah! :D

Walaupun tak menjadi, Wawa nak update juga sebagai simpanan portfolio Wawa. Jangan tengok kalau korang tak suka tau! Hahahaha... Nak tengok rupa Wawa tak selepas makeup kawan, Wawa makeup muka sendiri pula, tapi look simple je. Makeup 30 minit.

- Before & After -

Sorry sebab ambil gambar before secara zoom in. Haha! Masa ni kulit muka Wawa ada bahagian tengah mengelupas sebab kulit kering sebab cuaca. Secara semulajadi, I'm not a natural beauty person. Kahkahkah! :D

Kanan tu after makeup 30 minit. Gila masa makeup kawan 1 jam setengah sambil tergelak sakan sampai comot-comot. Belum masuk part berbual je lebih. Tapi masa Wawa makeup, krik krik je kawan. Tu yang Wawa kelam-kabut on the spot makeup simple-simple. Lagipun, nak kejar masa untuk selfie bersama sebab kawan tak boleh lama.

selfie pejam mata

Untuk makeup Wawa just buat secara natural je kat mata. Begitu juga kat muka. Masa ni main hentam je capai benda yang ada.. Then, terhasillah natural look punya. Simple je wehhh.. Dan serabut la nampak.. Hahahaha!



Akhirnya, sempat juga kami selfie sebelum masing-masing tanggalkan makeup dan sambung tidur semula. Hahaha! Opss, Wawa je yang sambung tidur tapi kawan pergi dating. Kekekekeke..

Follow instagram Wawa

Official : @wawaashihara

Makeup : @makeupbywawaashihara

Wednesday, March 29, 2026

Beauty | Soft Orange Doll Makeup

8:04 PM 10 Comments


Beauty - Soft Orange Doll Makeup | Sekarang ni macam-macam pattern makeup ada kan. Orang perempuan tak lari dari makeup. Mesti wajib kena ada barang makeup walaupun yang basic punya. Sebab apa perlu ada? Sebab perlu ada keyakinan diri. 

Bagi yang kulit putih tu tak perlulah hentam kata tak perlu makeup be natural je apa lah, engkau kulit putih macam albino bolehlah tak payah makeup, yang kulit hitam manis sawo tak berapa matang tu? Haaa, jawab jangan tak jawab. Senang kata jangan mengata. Hehe!

Okaylah, hari ini Wawa nak tunjuk satu makeup look yang tak berapa menjadi haritu, tahu tak lawa tak cantik tapi Wawa nak tunjuk jugak untuk simpan as portfolio Wawa dalam blog. Yang nak baca sila baca, yang taknak sila skip. Haha!

SOFT ORANGE DOLL MAKEUP


Doll lah sangat. Haha! Wawa tak tahu nak namakan apa theme kali ni, ampun! Sorry sebab masa ni tak sempat nak snap gambar sebelum makeup. Jadinya ada gambar selepas makeup sahaja. Maaf Wawa masih newbie kubis lagi, kalau rasa buruk jangan tengok. Haha!


First time Wawa buat look macam ni dengan besarkan mata. Selalunya kalau Wawa makeup part mata tu mesti nampak kecik sikit dari yang ini. Baru tahu mata ni boleh besar sikit. Kesian. Haha! Mari berjemaah gelakkan Wawa....


Masa makeup ni Wawa nangis sebab pakai fake eyelash, Wawa memang alah sikit benda letak kat mata ni, patutlah masa sanding ritu Wawa susah nak buka mata. Berat sangat! Haha.... Sampaikan glitter kat mata tu hampir hilang sebab airmata asyik keluar je.

Okay itu saja nak tunjuk. Nanti boring-boring boleh selak balik portfolio makeup Wawa. By the way, Wawa memang jenis suka buat makeup yang soft-soft dan jarang buat yang heavy dan terang benderang, So, jangan tanya kenapa laa.. Hehe...