IDW Design - Servis Reka Bentuk Dalaman Merealisasikan Impian Anda!
Servis Reka Bentuk Dalaman IDW Design | Memiliki reka bentuk dalaman rumah merupakan impian setiap orang. Walaupun tak semua orang memiliki rumah sendiri, tapi tak salah kalau berangan mana tahu suatu hari ada rezeki memiliki rumah sendiri kan? Antaranya WA dan husbandlah tu. WA berminat dalam mendeco sudut-sudut rumah manakala husband pula suka merias dinding kerana dia seorang yang berseni dalam membuat lakaran lukisan. Hehehe~
Tahukah bahawa kini korang boleh dapatkan idea mereka dalaman rumah tanpa mengeluarkan kos tinggi melebihi bajet korang? Yelah nak upah interior designer kadang harga di cas tu tak masuk akal pula. Tapi korang tak perlu risau kerana WA ingin memperkenalkan dengan korang buku interior designer Malaysia yang kini boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu buku IDW Design Collection Design & Build!
Untuk pengetahuan korang, owner buku IDW Design Collection Design & Build ini adalah interior designer Melayu tau. Haa, nak tahu kisah perjalanan suka & duka mengenai mereka? Baca sampai habis tau!
Cabaran Membina IDW
Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007 ketika masing-masing berusia 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai 1.7 juta.
Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama juga mereka menguruskan perniagaan IDW.
Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70K. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen semasa dalam pembelajaran.
Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka bertekad dalam membina empayar IDW walaupun terus berhadapan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.
Tragedi Kebakaran Pembangkit Semangat















