GuruPanda | Platform atas talian yang dikenali sebagai GuruPanda Sdn Bhd berjaya memperoleh pelaburan berjumlah RM500,000 hasil daripada kutipan dana orang ramai bersama pitchIN buat kali pertama pada 15 November 2021.



Wang terkumpul dijadualkan untuk membiayai rancangan syarikat untuk menghasilkan aplikasi serba baharu, tampilan visual yang terkini serta ciri-ciri menarik untuk menggalakkan penyertaan dari pelanggan sedia ada serta menghasilkan pasaran yang lebih meluas.



Pengasas GuruPanda, Kingsley Ting berkata :

Kami juga berharap untuk menggabungkan Al dan Big Data ke dalam platform kami. Ini merupakan masa depan bagi e-Pembelajaran dan kami ingin memastikan bahawa kami mampu untuk kekal berdaya saing dan kekal menjadi tumpuan dalam industri yang membangun diman kami turu menawarkan aplikasi e-Pembelajaran yang terkini.



GuruPanda telahpun dilancarkan pada Januari 2021, merupakan platform e-Pembelajaran untuk kanak-kanak berusia 4-15 tahun dengan pelbagai pilihan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia.



Platform pembelajaran kini terbahagi kepada dua kategori iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk kanak-kanak berusia 4-7 tahun. Terdapat kategori Mandarin juga untuk kanak-kanak berusia 10-15 tahun berdasarkan sukatan pelajaran SJKC bagi subjek Sains, Matematik Sejarah dan Bahasa Mandarin. Program untuk kanak-kanak berusia 8-9 tahun juga bakal dilancarkan. GuruPanda juga menawarkan pendidikan muzik untuk kanak-kanak peringkat rendah di platform mereka.


Inisiatif pertama untuk melangkah ke hadapan ialah pelancaran aplikasi baharu yang membolehkan pelanggan untuk mengakses program pembelajaran di mana sahaja. Aplikasi ini tersedia untuk ketiga-tiga sistem pengendalian iaitu IOS, Android dan harmony.



Dengan pelancaran aplikasi ini, dijangkakan pada suku pertama tahun hadapan, GuruPanda ingin menggandakan jumlah pelanggan sebanyak tiga kali ganda, terutamanya dengan memasuki pasaran Melayu dan mengembangkan akses e-Pembelajaran yang berkualiti serta berpatutan untuk para pelajar. Dengan kadar langganan sebanyak RM130 hingga RM220 setahun, GuruPanda merupakan platform pembelajaran berasaskan animasi dan kartun yang paling berpatutan di Malaysia.


Selaras dengan objektif untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, menarik, mudah diakses dan berpatutan untuk semua, kewujudan visual baharu akan meningkatkan gamifikasi dan elemen animasi program tersebut.


Buat masa kini, pelajar menjawab ujian dan kuiz serta bermain permainan dalam talian bagi proses pembelajaran dan mengumpul lencana sebagai ganjaran. Kewujudan visual yang direka akan lebih interaktif dan membolehkan pelajar untuk menukarkan lencana yang terkumpul dengan hadiah fizikal seperti komputer riba dan telefon mudah alih serta avatar dan kartun dalam program tersebut.


GuruPanda hanya boleh didapati di pasaran Malaysia buat masa kini dengan bilangan pelanggan mencecah 6000. Syarikat ini juba bakal menembusi pasaran serantau dengan melancarkan program Bahasa Mandarin, yang bakal diajar di Thailand, pada tahun hadapan. Rancangan pengembangan untuk menembusi pasaran Indonesia dan Vietnam juga bakal dijalankan.


Bagi mencapai tujuan, syarikat ini menjangkakan lebih banyak pelaburan melalui dana orang ramai serta mencari rakan kongsi dan pelabur yang mempunyai tujuan yang sama untuk mengembangkan lagi kemudahan e-Pembelajaran. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.gurupanda.com.my