Anytime Fitness | Francais gim yang mempunyai pertumbuhan yang paling cepat di dunia, iaitu Anytime Fitness telah mengumumkan pelancaran kempen "New Year, Healthy Me" pada bulan Januari 2022 sebagai langkah untuk menghapuskan stigma negatif terhadap kesihatan mental di Malaysia.

Seiring dengan kesusahan psikologi yang dialami oleh negara semasa COVID-19, kempen ini menyasarkan rakyat Malaysia yang dibelenggu oleh masalah kesihatan mental dengan menggunakan kecergasan sebagai penyelesaian teras kepada kesihatan keseluruhan yang lebih baik.


Apabila ditanya mengenai inspirasi di sebalik objektif kempen ini, Anytime Fitness menyatakan bahawa mereka ingin menaikkan semangat orang ramai selepas mengharungi dua tahun yang sukar.


Ketua Pegawai Operasi Anytime Fitness, Ryan Cheal berkata :

Pandemik tersebut telah memberi kesan yang besar kepada ahli-ahli kami kerana mereka hilang kawalan penuh ke atas gaya hidup mereka dan kekecewaan dalam melatih sistem imunisasi mereka untuk menghalang kemungkinan jangkitan virus.


Menurut Polis Diraja Malaysia, terdapat 468 kes bunuh diri yang dilaporkan pada 5 bulan pertama tahun 2021. "Ini adalah purata 3 kes sehari dan pada kadar dua kali ganda dari 2020," kata aktivis Malaysia, Marina Mahathir. Dalam artikelnya, beliau mendakwa yang kadar kematian untuk COVID-19 mungkin lebih tinggi apabila kes bunuh diri yang disebabkan oleh krisis kesihatan mental diambil kira.


Oleh itu, kempen "New Year, Healthy Me" diadakan bagi memberi kesedaran kepada ahli-ahli dengan menyediakan sumber-sumber untuk memulakan perjalanan kecergasan mereka melalui webinar, syarahan dan pelbagai kelas GX yang menarik. Manakala, topik-topik yang dibawa akan tertumpu kepada kecergasan, kesihatan dan kesedaran.


Promosi baharu ini menawarkan para peserta kemudahan seperti sesi Health Optimization Program (HOP) yang percuma, serta yuran bulanan sifar sehingga akhir bulan Januari, 50% diskaun ke atas yuran penyertaan dan dua sesi latihan peribadi percuma (50 minit satu sesi) apabila pelanggan melanggan dari kelab pilihaan mereka dalam talian.


Ini bermakna lebih cepat pelanggan melanggan, lebih banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh pelanggan dari kempen baharu ini.


Anytime Fitness merupakan salah satu francais kecergasan terbesar di dunia, dan ia telah menerima takrif peringkat #10 oleh Entrepreneur untuk kategori 'Top Global Franchise' dalam tahun 2021. Ia adalah satu-satunya francais kecergasan yang mempunyai kelab di kesemua 7 benua.


Ahli-ahli Anytime Fitness juga boleh mengakses ke 5,000 kelab Anytime Fitness di seluruh dunia dengan kunci fob. Rakyat Malaysia boleh menikmati kempen ini dengan pelbagai kelebihan seperti jurulatih peribadi yang berwibawa, kemudahan gim yang berkualiti (dari US) dan pelbagai kelas GX, Tawaran ini akan berakhir pada 31 Januari 2022.