Servis Reka Bentuk Dalaman IDW Design | Memiliki reka bentuk dalaman rumah merupakan impian setiap orang. Walaupun tak semua orang memiliki rumah sendiri, tapi tak salah kalau berangan mana tahu suatu hari ada rezeki memiliki rumah sendiri kan? Antaranya WA dan husbandlah tu. WA berminat dalam mendeco sudut-sudut rumah manakala husband pula suka merias dinding kerana dia seorang yang berseni dalam membuat lakaran lukisan. Hehehe~


Tahukah bahawa kini korang boleh dapatkan idea mereka dalaman rumah tanpa mengeluarkan kos tinggi melebihi bajet korang? Yelah nak upah interior designer kadang harga di cas tu tak masuk akal pula. Tapi korang tak perlu risau kerana WA ingin memperkenalkan dengan korang buku interior designer Malaysia yang kini boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu buku IDW Design Collection Design & Build! 


Untuk pengetahuan korang, owner buku IDW Design Collection Design & Build ini adalah interior designer Melayu tau. Haa, nak tahu kisah perjalanan suka & duka mengenai mereka? Baca sampai habis tau!

Cabaran Membina IDW

Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007 ketika masing-masing berusia 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai 1.7 juta.


Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama juga mereka menguruskan perniagaan IDW.


Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70K. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen semasa dalam pembelajaran.


Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka bertekad dalam membina empayar IDW walaupun terus berhadapan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran Pembangkit Semangat 

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.

Melalui tragedi itu, menjadi asbab untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Ini kerana mereka nekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Fenomena COVID - IDW Semakin Dikenali Orang Ramai

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan 'total lockdown' dan semua individu hanya duduk dirumah.

Bersikap sentiasa bersedia berhadapan apa jua cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk  mengharungi pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji semula kemungkinan yang sukar diramal dan bersedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.

Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan, maka permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang yang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Disebabkan Norma Baharu, tercetusnya inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan buku Design Collection ini.

Servis Ekslusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang semakin diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati citarasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.

Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenalpasti citarasa dan rekaan yang berkualiti. Servis reka bentuk di IDW bermuka dari RM6K kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya IDW Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga mampu milik.

Buku IDW Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman lengkap bersama lukisan pelan. Visual 3 dimensi beserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

Pandangan Wawa mengenai Buku IDW Design Collection

Pertama kali WA baca buku ini, ternyata ianya sangat berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang memiliki rumah mahupun pejabat dan suka menata rias dalaman rumah untuk kelihatan lebih kemas, cantik dan sempurna. Terdapat pelbagai manfaat yang ada pada buku ini kerana ia merangkumi lebih 200 rekaan dalaman dari pelbagai sudut seperti ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, dapur, beranda luar rumah, bilik solat, ruang pejabat dan beberapa ruang yang lain.

Buku ini mempunyai 430 muka surat dan sarat dengan pelbagai idea dan rekaan dalaman rumah. Bukan itu sahaja, ia cukup lengkap dalam satu pekej dengan guideline, lukisan dan pelan setiap sudut berkenaan bagi memudahkan untuk melakukan pengubahsuaian mengikut citarasa masing-masing. Apa yang bagusnya dalam buku ini ia membantu kita mengira dan mengukur setiap sudut dengan contoh ukuran yang diberikan sebagai rujukan bagi menyusun perabot bagi nampak lebih kemas.

IDW ini merupakan syarikat interior design yang terkenal di Malaysia. Antara design yang setiap mendapat permintaan tinggi seperti 3D design, Boho, Bohemian, modern style, art design dan juga pelbagai home interior design yang lain. 

Keistimewaan Buku IDW Design Collection

Selain daripada itu, buku IDW Design Collection sangat menarik untuk dibaca kerana ia menggunakan material yang berkualiti, setiap helaian muka surat berwarna dan menggunakan cover kulit muka yang tebal dan keras. Memang nampak ekslusif dan lebih terjaga kualitinya. 

Korang perasan tak setiap design yang ada, dibahagian lukisan belah atas kanan korang akan ternampak QR code. Dah kenapalah ada QR code tu?? Haa, sebenarnya korang boleh scan QR code tersebut untuk lihat lebih jelas lukisan itu jika tidak berapa jelas melihatnya melalui buku. Senang nak view dan zoom di handphone korang. Canggih dan teruja pula sebab first time tengok buku pun guna scan barcode. 

Dapatkan Buku IDW Design Collection sekarang!

Permintaan yang sangat tinggi dan dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk menghias dalaman rumah mahupun pejabat dikalangan orang ramai, IDW menawarkan harga yang cukup istimewa sempena Hari Perayaan Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Semestinya ramai yang ingin memperbaharui wajah baharu rumah mengikut bajet masing-masing. Dengan adanya buku IDW Design Collection ini ia sedikit banyak membantu orang ramai mencari idea mendeco setiap sudut dalaman rumah.

Kini korang bolehlah dapatkan "PLUG & PLAY" buku Interior Design Book yang pertama di Malaysia dengan harga promosi iaitu RAYA PROMO RM397! (harga asal RM2897)


Sebarang pertanyan mengenai IDW Design Collection, sila layari link dibawah :

Website :

Instagram : 

Youtube :