December 9, 2020

# #aromaterapi #refreshingoil #aromatherapyoil #essentialoil #minyakangin #anxiety #panicattack #stress

Minyak Angin Aromaterapi Huna Bantu Melegakan Stress, Anxiety & Panic Attack


Aromatherapy Huna Oil | Rasa macam dah lama WA tak update blog ni kan? Maklumlah bila tak berapa sihat ni mood nak ngedate blog memang ke laut je manjang. Barulah sekarang ada mood nak menaip. Lagipun, ada story sikit kenapa dah lama mendiamkan diri dalam dunia menaip blog dan entry kali ini. Hopefully, korang sudi-sudilah baca entry WA kali ini.


Sebenarnya, WA telah diserang panic attack sejak mula awal PKP lagi masa bulan 3 yang lepas. Dia macam angin monsun, ikut musim datang nak menyerang. Hehe... Plus WA pun ada gastrik juga. Benda ni berkait jugalah. Nak explain panjang korang tak paham nanti, kena buat entry lain khas cerita mengenai sakit yang WA alami ni. Secara ringkasnya nak bagitahu, last WA kena serang gastrik dan panic attack adalah pada akhir bulan 8 -10 yang lepas. Itu dalam tempoh paling teruk WA kena sampai pucat lesu muka.


Alhamdulillah, sekarang dah bertambah baik selepas berpantang makan (kalah lauk pantang orang bersalin) tau. Cuma panik ni masih ada tapi tak terlalu kerap datang setiap masa setiap hari macam dahulu. Sekarang kalau panik pun mybe sebab triggered something or kadang dia berdebar sendiri. Dalam tempoh nak baik pulih ni, WA nekad cari minyak angin yang sesuai dan ada yang cadangkan guna aromatherapy oil sebab bau haruman minyak aromaterapi dapat tenangkan diri kita. So, tanpa buang masa, WA pun mencuba satu produk ini iaitu Aromatherapy Huna Oil, keluaran bumiputera dan owner pun Muslim.

Apa Itu Aromatherapy Huna Oil?

Ia merupakan minyak angin dengan fungsi aromaterapi dengan haruman yang sangat wangi tanpa bahan kimia (semulajadi) dalam membantu memberi ketenangan diri dan menguatkan antibodi. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan Vitamin A, D dan K yang sangat baik untuk rawatan kulit dan jerawat.

Bahan-bahan yang digunakan dalam Aromatherapy Huna Oil ini merupakan 100% pure organic oil, iaitu menggunakan bahan seperti peppermint herbs oil, essential oil, coconut virgin oil dan beberapa bahan semulajadi. Jadi ianya selamat digunakan dan bebas bahan kimia kerana merupakan buatan Malaysia secara semulajadi dan mendapat pengiktirafan dari kilang GMP.

Kelebihan Minyak Angin Aromaterapi Huna 

Untuk makluman, Minyak Angin Aromaterapi Huna mempunyai 2 bauan yang sangat wangi iaitu Ocean dan Violet. Bau haruman dia sangat menenangkan dan sangat sesuai dipakai oleh lelaki serta wanita mahupun kanak-kanak dan orang tua juga.


Minyak Angin Aromaterapi Huna ini mempunyai kelebihan dan kegunaan kerana ia menjadi pilihan bagi sesiapa yang sering mengalami :

  • Anxiety or Panic Attack
  • Resdung
  • Kembung or sebu
  • Selsema or hidung tersumbat
  • Batuk, lelah, kahak
  • Sakit kepala 
  • Stress
  • Mengantuk ketika memandu dan belajar
  • Sakit sendi dan lenguh-lenguh
  • Masalah pencernaan seperti gerd, cirit-birit
  • Gigitan nyamuk
  • Ruam or gatal-gatal
Packagingnya sangat simple  dengan rekaan kotak yang unik dan nampak ekslusif. Menggunakan botol kaca  dan bebola 'roll-on', sangat mudah untuk di apply pada tubuh badan. WA suka dengan design packaging Huna kerana botol ini mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Macam keadaan WA sekarang, panik ni mudah menyerang pada bila-bila masa sahaja. Jadi, WA memang akan standby bawa sebotol letak dalam beg tangan dan sebotol lagi letak dirumah. Asal rasa tak sedap badan, kadang rasa pening, rasa angin dalam badan ada tapi tak boleh nak keluar. Guna je minyak angin aromaterapi Huna ini rasa lega sangat sebab bau dia yang tenang.


Kebetulan bulan lepas WA keluar teman suami pergi pejabat, dada WA rasa senak, nafas jadi laju tiba-tiba tanpa fikir benda yang triggered pun. Mujur WA ada bawa sebotol aromaterapi Huna ni, WA sapu je kat area mana yang boleh, kat nadi pergelangan tangan, kat hidung, kat belakang tengkuk. Rasa sejuk, nyaman dan selesa sangat dan kurang rasa panik melampau macam dulu. Memang betul-betul menenangkan diri dan fikiran masa tu.

Bukan itu sahaja, kadang tengah bekerja atau ada kerja nak buat tapi ada je halangan nak buat, dengan masalah peribadilah, masalah pejabatlah. Boleh buat stress juga kan? Jangan risau korang boleh je apply minyak angin aromaterapi Huna ini, inshaaAllah membantu melegakan stress korang. Banyak kegunaan aromaterapi oil ini tau selain itu boleh juga digunakan untuk sakit yang lain seperti migrain, selsema atau resdung. 

Cara penggunaan amat mudah sahaja :-
  1. Apabila migrain : Sapukan minyak angin aromaterapi Huna pada seluruh kepala hingga ke belakang tengkuk anda.
  2. Apabila selsema atau resdung : Sapukan minyak angin aromaterapi Huna pada hidung dan hidu sehingga terasa kesan berangin bauannya.
Bagi sesiapa yang mencari minyak aromaterapi menggunakan 100% pure organic oil dan ada essential oil, WA cadangkan boleh try minyak angin aromaterapi Huna ini kerana sangat sesuai bagi yang mempunyai masalah stress, mengantuk masa drive atau belajar, anxiety dan terkena serangan panik. WA sendiri dah mencubanya hampir nak sebulan. Memang membantu sangat menenangkan jiwa dan diri WA bila panik datang secara tiba-tiba. 

Harga sebotol hanya RM10 sahaja (9ml) tau! Murah kan? Berbaloi kalau ada buat simpanan bila-bila masa diperlukan. Minggu lepas WA mabuk kereta sebab lama tak keluar jalan. WA sapu je minyak ini memang lega sangat lagi-lagi bau haruman aromaterapi ini.

Kalau korang berminat, bolehlah pergi ke laman sosial berikut :



34 comments:

  1. Uihh murahnya..okay mcm nk bli jgk la nt stanby utk mslh migrain zaza ni..biasa kalau kena mmg xbuh apa2 bg baik sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup asl harga dlm rm16 xsilap. Skrg tgh murah.. Not bad la.. Sbb sedap sgt bau dia.. Tenang je rasa

      Delete
  2. memang kena standby je minyak ni dalam handbeg. banyak kegunaan dia. harga dia murah Wa, rm10. kak ros nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak murah sgt.. Kita mmg suka lps pakai.. Xsia2 la cari aromaterapi oil yg pure organic ni..

      Delete
  3. Brand ni tak pernah cuba lagi... nampak senang nak dibawa kemana-mana bolehlah beli nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try bonde.. Pengganti minyak angin panas. Hehe.. Bau dia sgt tenang..

      Delete
  4. murah jugak RM10, Sally mmg selalu ada simpan minyak angin aromaterapi macam ni sbb kadang selsema ke migrain mmg kena stand by dalam beg ke dekat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sebelum ni letak balm tuk reda kejap je. Tp sejak ada aromaterapi ni lebih tenang rasa..

      Delete
  5. Bagusla.. Sebb nad pun kadg datang perasan resah bila bnayak kerja.. Kene try ni

    ReplyDelete
  6. Murahnya harga dia wawa. Kena beli juga ni. Buat simpan dalam beg. Senang bebila nak perlu Boleh terus pakai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan...kalau tau dr dulu pakai yg ni je.. Mmg tenang sgt bau dia..

      Delete
  7. murah jugaa ye sebotol RM10 je aromaterapi ni memang penting nak legakan stress pening kepala

    ReplyDelete
  8. hanya yang pernah gastrik teruk aje faham anxiety orang gastrik ni..panic tu rasa macam nak meninggal aje..huhuhu..thanks WA share pasal minyak angin ni..tengok bahan dia pun boleh tahu dah memang terbaik kesannya kalau guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak.. Nk cite lebih org yg xpenah kena tak tahu... Kata reka cite.. Tu kita byk diam je... Yup bhn dia natural je..

      Delete
  9. boleh cuba ini sbb selalau stress kerja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2.. Melegakan fikiran... Relief stress juga

      Delete
  10. I need to get this immediately. I always get my anxiety attack.

    ReplyDelete
  11. Nak syor pd abang la sbb dia baru kena panik attack. Brli kat mana rk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak boleh tgok link yg last skli ada bg fb page or instagram seller tu

      Delete
  12. Bagus ada produk mcm ni. Kadang2 bau minyak angin boleh buat org sekeliling tak selesa. Better kalau scented mcm ni. Dan ada aromatherapy benefit sekali.

    ReplyDelete
  13. Agak tertarik dengan kesan minyak angin yg mampu berikan sesuatu mood pada si pemakai. tak sangka daripada bauan dpt memberikan kesan kepada mood kita

    ReplyDelete
  14. Sis nak cari dan belikan untuk anak Sis laa, dia kalau dah sibuk dengan kerja memang akan datanglah gastrik dia sebab lambat makan...harga pun murah nauu tu..

    ReplyDelete
  15. Bagus minyak angin ni sebab siap roll on lagi. Senang nak bawa travel ke mana-mana. Akak memang suka kalau senang bawak travel

    ReplyDelete
  16. Sukala dia datang dalam botol mcm ni.. senang nak bawa ke mana sahaja

    ReplyDelete
  17. Ni memang benda wajib ada dalam my bag dibawa kemana2 saja... Boleh try brand ni pulak nanti..

    ReplyDelete
  18. This looks good! I really need to have this, sometimes overstressed! Would love to have this!

    ReplyDelete
  19. Dulu pun masa sakit memang cari minyak aromaterapi. Walaupun bukan brand ni, tapi minyak angin aromaterapi ni wajib ada dalam simpanan.

    ReplyDelete
  20. Wah senang ni. boleh ganti minyak cap kapak xD yang ni macam lagi best

    ReplyDelete
  21. memang suka bawak minyak aromaterapi camni ke mana2 sebab kegunaan dia banyak ...paling suka minyak yang baunya boleh buat kita rasa tenang dan relax ...nanti nak cuba jugaklah brand Huna ni....

    ReplyDelete
  22. I think i need this products to reduce my anxiety and panic when i m outside.

    ReplyDelete
  23. i use a lot essential oil and yet try minyak angin with essential oil.. wanna buy and try to use.. hehehe...

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)