Kanister Edisi Terhad BOH | BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) telah melancarkan Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend sempena Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17 baru-baru ini.

Reka bentuk menarik kanister tersebut menghidupkan tema Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17 tahun ini iaitu Antara Satu Sama Lain (Together with One Another), yang bermaksud betapa pentingnya hubungan dan kolaborasi dalam memacu industri seni ke tahap yang lebih gemilang. Oleh itu, ia juga memberi penghargaan kepada para penghibur, kru produksi, penerbit dan semua rakan kerana memberi ikatan yang erat serta sokongan padu dalam industri yang mengangkat martabat seni dan menggalakkan perjuangan kreatif untuk penghasilan ini. Bahkan, tema ini cukup relevan lebih-lebih lagi dengan cabaran semasa yang melanda industri seni persembahan akibat pandemik Covid-19.

Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend ini direka bentuk segar 'buruj angkasa' bagi membangkitkan rasa tenang kepada yang melihatnya. Rupa buruj ini menjadi simbol jalinan persahabatan yang memberi sinar kepada setiap insan, umpama bintang menerangi langit malam. Ia juga mengingatkan kita tentang ketenangan bermulanya persahabatan yang baharu serta menghangatkan jiwa dan membawa kita melayari keindahan malam.

Konsep reka bentuk buruj angkasa ini menekankan betapa kita memerlukan ikatan antara satu sama lain dalam kehidupan kita. Malah, ia jelas terserlah dalam hidup kemasyarakatan kita dalam bersama-sama memerangi wabak pandemik yang telah melanda Malaysia dan seluruh dunia. Sememangnya, kita memerlukan antara satu sama lain dalam melayari bahtera kehidupan, dalam susah mahupun senang, bersama mengharungi gelora tidak kira apa pun jua.


BOH Cameronian Gold Blend merupakan teh 'signature' BOH yang diadun dari fucuk lembut Jat Manipuri dan Rajghur, ditanam di Ladang Teh Boh di Cameron Highlands untuk menghasilkan secawan teh BOH yang kaya dengan rasa, beraroma lagi menyegarkan.

Selain mendapatkan kanister edisi terhad ini, pencinta tegar teh juga dapat menikmati uncang teh piramid BOH Cameroniann Gold Blend secara ekslusif yang disajikan oleh BOH bagi meraikan Anugerah Seni Cameronian BOH.

Tentang Anugerah Seni BOH Cameronian : 
Sejak tahun 2002, Anugerah Seni BOH Cameronian meraikan seni persembahan terbaik dari tahun sebelumnya. Diasaskan oleh kakiseni, laman web online Malaysia yang ditujukan khas terhadap seni, ia merupakan satu-satunya anugerah di Malaysia yang mengadili persembahan muzik, tarian, teater muzikal yang disajikan secara langsung atau "live". Anugerah Seni BOH Cameronian didedikasikan untuk menaikkan martabat seni persembahan di Malaysia di samping mengiktiraf sumbangan artis berlainan genre dalam seni persembahan.

Setiap kanister edisi terhad BOH Cameronian Gold Blend mengandungi 15 uncang teh piramid yang mudah terbiodegradasi dengan berharga RM15 sahaja. Anda semua dapatkan di kedai online BOH iaitu www.bohtea.com atau boleh juga dapatkan di pusat teh Sungei Palas BOH di Cameron Highlands.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Seni BOH Cameronian, anda boleh layari www.kakiseni.org/awards manakala untuk maklumat lanjut tentang Kanister edisi terhad BOH Cameronian Gold Blend boleh dapatkan di www.bohtea.com.