Mylara Skincare | Hampir nak dua bulan juga kita berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) musim Covid19. Bila duduk rumah sahaja, jangan tak tahu kulit kita boleh bermasalah seperti kusam tak bermaya kerana tona kulit yang tidak sekata disebabkan gaya pemakanan yang kurang seimbang dan kekurangan vitamin D dari sinaran matahari.
Tahukah anda bahawa sinaran matahari pagi merupakan sumber vitamin D yang baik untuk kulit juga. Anda hanya perlu berjemur 10-15 minit sahaja untuk mendapatkan manfaatnya. Bila tengah PKP ini kadang-kadang ada yang terlajak tidur ke siang hari, jadi terlepaslah peluang untuk mengambil vitamin D dari sinaran matahari pada waktu pagi. Macam akulah, lupa nak berjemur diluar bahkan pengambilan makanan yang berasaskan vitamin D seperti tenusu, bijirin, kuning telur pun aku lupa nak amalkan.
Sejak duduk dalam rumah ni kulit aku jadi tak menentu dan cepat sangat kusam dan tidak bermaya. Mungkin salah satu faktor selain itu, aku juga kurang memakai skincare. Iya, sejak PKP start aku jadi malas dan aku kena serangan panic attack. Keadaan aku jadi tak terurus seketika waktu itu. Sekarang ini aku dah okay sikit dan dalam keadaan terkawal, so aku nekad nak cuba satu produk penjagaan diri untuk kembalikan kulit wajah yang kusam ini lebih berseri dalam tempoh 9 hari.
Iyaa, dalam tempoh 9 hari aku cuba produk ini guyss. Produk yang aku katakan ini adalah Mylara Skincare keluaran LARA BEAUTY GLOBAL. Mereka telahpun mengeluarkan produk skincare mengikut masalah kulit seperti kulit berjerawat, whitening, brightening & glow dan lain-lain mengikut kesesuaian kulit masing-masing dan juga CollaRa Super Whitening Booster sebagai makanan tambahan untuk kulit.
Memandangkan kulit muka aku tiada masalah jerawat tapi lebih fokus pada bekas jeragat dan kulit kusam, maka aku mencuba 2 produk dari Mylara Skincare iaitu Perfect Glow Serum dan CollaRa Super Whitening Booster. Nak tahu cerita selanjutnya bagaimana aku mencubanya dalam tempoh 9 hari? Kenalah baca sampai penghujung bicara aku :D
Mylara Perfect Glow Serum Sking Perfecting - 10ml [NOT190402207K]
Serum yang bersifat water based ini berfungsi untuk mencerahkan kulit yang kusam, memudarkan parut jerawat dan jeragat, menganjal dan melembapkan kulit. Antara bahan-bahan yang ada di dalam serum ini seperti Niacinamide, Rosa Centifolia, Flower Water, Citric Acid, Honey Extract, Avena Sativa (Oat), Kernel Extract, Butylene Glycol, Centella Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Sineses Leaf Extract dan Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract.
Campuran bahan semulajadi dalam serum pekat ini akan memberikan kesan glowing dengan segera tanpa membuatkan liang pori tersumbat. Teksturnya tidaklah 100% pekat akan tetapi ianya mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa kesan melekit pada kulit wajah.
~tekstur serum pekat dan cepat meresap ke kulit~
Cara penggunaan :
Cuci muka seperti biasa dan keringkan. kemudian, picit serum setiap kawasan di muka dalam jumlah yang sesuai dan ratakan serum seluruh muka. Itu sahaja.
Feedback Menggunakan Perfect Glow Serum
Aku suka sangat dengan serum ini kerana ianya mempunyai bauan yang wangi seperti bunga ros yang tengah kembang mekar. Memang wangi sangat malah rasa sejuk sahaja apabila memakainya. Bukan itu sahaja, ianya juga cepat meresap ke dalam kulit tanpa rasa melekit.
Sepanjang aku menggunakan serum ini selama 9 hari, aku dapat lihat jerawat kecil aku mengecut dan bekas jeragat hampir pudar. Malah kulit rasa lebih lembap dan lebih fresh dari sebelum ini. Apa-apa pun, aku akan terus pakai serum ini sehingga habis untuk kesan yang lebih baik.
Harga : RM35.00
My Rating : 9/10
CollaRa Super Whitening Booster - 90g
CollaRa Super Whitening Booster ini merupakan serbuk pracampuran susu, gabungan beri dan bahan-bahan semulajadi yang lain berfungsi mengimbangi kesihatan dalam dan menambah penyerapan anti-oksida tubuh supaya tona kulit lebih cerah dan sekata
CollaRa ini mengandungi bahan-bahan seperti berikut :
Dextrose Monohydrate, Mixed Berry (Blackberry, Elderberry, Rasberry, Blueberry), Instant Skim Milk (Milk Protein, Maltodextrin (Gluten), Vanilla, Fish Collagen (Fish), Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Sireh, Parameria Barbate (Serapat), Pueraria Lobata, Vitamin C, Sucralose & Silicon Dioxide.
Cara Pengambilan :
1. Ambil 1 sudu CollaRa dan kemam hingga serbuk mencair.
2. Digalakkan ambil waktu pagi sebelum sarapan dan malam selepas makan sebelum tidur.
**untuk kesan maksimal : Maksimal 4 sudu sehari
**untuk kesan optimal : Minum air secukupnya 3L sehari
Fungsi-Fungsi CollaRa :
- Mencerahkan kulit
- Menjadikan kulit badan cerah
- Menaikkan seri wajah
- Memudarkan jerawat & parut jeragat
- Mengurangkan sunburn, kulit kering atau kusam
- Menganjalkan payudara & punggung
- Mengetatkan otot-otot wanita
- Merawat keputihan
- Atasi masalah senggugut & period tidak teratur
- Mengetatkan otot vagina
- Menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan
Feedback Menggunakan CollaRa Super Whitening Booster
Aku suka kemam serbuk CollaRa ini sebab bau perisanya manis susu dan masam buah beri sangat sedap. Sudu sudah tersedia, tinggal nak kemam setiap pagi dan malam sahaja. Macam aku sekarang consume waktu berpuasa, so aku makan sebelum berbuka puasa sahaja. Selepas sahur aku tak boleh consume sebab memerlukan air yang sebanyak 3L selepas makan serbuk ini. Jadi, aku maksimalkan pengambilan sebanyak 3 sudu sehari sepanjang bulan puasa ini.
Bagi aku serbuk CollaRa ini sangat bagus juga kerana bukan sahaja untuk luaran bahkan dalam wanita. Apa yang aku dapat merasai perubahan pada diri aku, kulit aku lebih bersih dan cerah sedikit dari sebelum ini dan period aku kembali normal. Jerawat pun kurang timbul, dan parut jeragat kian pudar sedikit.
Untuk yang lain-lain, mungkin belum menunjukkan kesan dan memerlukan masa untuk ia berkesan. Ini kerana aku hanya ingin menunjukkan kesan dalam tempoh 9 hari penggunaan. Tidak mengecewakan, walaupun masih belum 100% puas hati, tapi alhamdulillah paling tidak ada juga tindakbalas sikit sebanyak membantu memudarkan jerawat dan parut jeragat serta mengembalikan seri wajah aku kembali lebih berseri dan glowing.
Harga : RM75.00
My Rating : 9/10
~Gambar kiri SEBELUM, gambar kanan SELEPAS~
Seperti yang anda semua lihat, inilah hasil penggunaan produk Mylara Skincare iaitu Perfect Glow Serum dan CollaRa Super Whitening Booster dalam tempoh 9 hari. Walaupun tidak nampak berapa ketara kesannya, akan tetapi rasa puas sebab kulit jadi lebih bersih dan berseri dari sebelum ini. Dan aku akan teruskan penggunaan produk ini sehingga mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Boleh check Mylara Skincare di web npra KKM
Jika anda berminat ingin tahu maklumat lanjut mengenai Mylara Skincare, anda bolehlah layari laman sesawang berikut :
Website : https://www.mylaraskincareofficial.com/
Facebook : https://www.facebook.com/mylaraskincare/
Instagram : https://www.instagram.com/mylaraskincare/
21 Comments
duduk rumah pun kita kena jaga kulit juga.. kasi juga bekalan2 kulit yang diperlukan =)
ReplyDeleteStay at home pun mestilah kena cantik, kena jaga, hihi. Pebnah try collara ni, sedap jugak rasanya.
ReplyDeleteNice sharing, boleh konsider tuk beli nie..
ReplyDeleteMuka tak mekap pun pk bersih je, glowy sgt!
ReplyDeleteWahhh nampak beza sungguh le lps pakai mylara ni. Teringin gak nak cuba, nanti kumpul duit dulu
ReplyDeleteNampak menarik produk ni. Nak nak serum tu. Akak memang suka serum ni. Nanti nak usha sebotol
ReplyDeletetk pernah lg cuba mn2 product serum...bila kulit kusam bagi wanita pasti tk berseri..tq for sharing this product
ReplyDeleteSis nampak ramai dah mencubanya...ni Wawa plak dah cuba, baca feedback macam best plak nak mencubanya..nampak ketara beza sebelum dan selepas tu..
ReplyDeletecepat jugak kesannya dalam 9 hari je. good products. thanks for sharing
ReplyDeleteTime PKP nie masa untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran dengan lebih tekun kan. Dah jumpa produk yang elok, sebaiknya konsisten guna agar lebih terserlah kan
ReplyDeleteAda dua produk kat sini satu yang guna untuk luaran dan satu lagi kena minum memang bagus sebab ia mengambil dua langkah untuk menjadikan kulit lebih cerah dan cantik raya nanti heheheh suka lah orang perempuan kan...
ReplyDeleteWah... Ketara perbezaannya! Bagus ehh berkesan. Produk bagus kena laaa konsisten consume kan?
ReplyDeleteduduk rumah pun kena jaga jugak kecantikan dalaman dan luaran. jumpa produk yang serasi dengan kita, raya mesti jadi menawan
ReplyDeleteSekarang mmg tgh amik.produk ni.. memang bagus.. rasa kelainan selepas amik beberapa hari
ReplyDeleteLooks good. Saya pun nak try. Thanks for sharing
ReplyDeletesama la. aida pun nak concentrate on bekas jerawat.
ReplyDeleteelok la ekk cuba serum mylara ni. mcm ok ok je tu.
then perlu juga whitening.
terbaiklah offer by mylara. complete. moreover now masih dok rumah, elok la cantikkan balik kulit.
wahhh Mylara Skincare ada keluar product baru and it looks nice. Betul even kat rumah pun kita kena jaga kecantikan.
ReplyDeleteBestkan MYLARA ni. Saiz comel je. Seronok bau dia tu akak suka. Selesa je. Rasa macam bau mahal. Hehehe
ReplyDeleteoo.. jenis serbuk ye.. ingatkan jenis kapsul atau tablet.. sedap kan? TB pun nak cari produk yang boleh serikan kulit.. lepas bersalin ni macam kulit apa dah.
ReplyDeleteTak pernah cuba. Tapi nampak menarik ni wawa.. Harga pun nampak mampu milik.
ReplyDeleteBagus juga set ni, ada penjagaan kecantikan luaran and dalaman juga.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)