Catrice Foundation | Hello semua! Aku kembali lagi setelah beberapa minggu aku cuti dari menghadap blog atas sebab tertentu. Actually kan, aku kalau masuk drugstore tak kisahlah Watsons ke Guardian, memang aku akan rambang mata kat bahagian cosmetic. Especially time Beauty Sales 50%!! Uuuuiiii tak tahannn :DSo, this time aku nak share dengan korang satu produk dari drugstore yang aku telah gunakan sekarang.

Pendek cerita, disebabkan aku jenis suka try foundation, so aku tertarik nak guna foundation by Catrice ni sebab dulu aku pernah try yang HD punya sumpah best. Itu yang aku nak try Catrice foundation yang versi lain pula iaitu Catrice 24H Made to Stay Foundation. 

Aku suka sangat dengan produk dari Catrice sebab produk ini lebih kurang affordable juga jika  ingin memilikinya. Kalau korang lihat youtuber mat salih, kebanyakkan ramai mencuba dan mengguna produk jenama Catrice kerana di atas kualiti dan packagingnya yang setaraf high end brand tetapi boleh didapati dengan harga yang murah.So kali ini aku beli Catrice 24H Made to Stay Make Up Foundation kod Vanilla Beige 015.

Tak nak cakap banyak, apa yang seperti diklaimkan, foundation Catrice ini sememangnya :
  • Last up to 24 hours
  • Perfect coverage
  • Mattifying (bersifat matte)
  • Waterproof (kalis air)
  • Anti-Oksidan
Susah nak jumpa foundation drugstore yang jenis waterproof jadi bila dah jumpa ni rasa excited pula. Tapi bagi kaum wanita yang solat, anda tidak digalakkan memakainya kerana mengambil masa untuk membersihkannya seperti foundation yang lain. Jika ingin pakai juga, anda perlulah membawa cleanser oil dan pencuci muka untuk membuang makeup yang jenis waterproof ini. Macam aku haritu guna time aku period je, so dapatlah tengok kesan penggunaan macam mana. Aku pakai dari pagi ke malam still maintain ok. Tak luntur pun. Cuma peluh tu kenalah dap-dap dengan span ke apa kan.

Dapat bayangkan tak dengan harga foundation dalam RM30++ ini, foundation ini berjaya membuktikan apa yang diklaimkan itu benar? But, I don't know lah kalau korang pakai, tak berapa menjadi. Ikut skin masing-masing kot. Macam aku, kulit aku jenis kombinasi, dry - oily skin. So bila dry, aku akan mixkan foundation ni dengan sedikit face oil (argan oil). So far okay je aku pakai. Tapi more sesuai kulit berminyaklah kalau dah bersifat matte ni.

Lupa nak cakap pasal packaging foundation ni. Hehehe... Aku suka sangat dengan design botol ini. Nampak macam highly brand sebab ianya diperbuat dari botol kaca yang bersifat matte dan mempunyai pump tangan. Serius aku cakap sebab mostly highly brand using this designed too. 

Foundation liquid dari drugstore ini sangat mudah untuk digunakan kerana adanya hand pump dan senang untuk handle kadar pengeluaran dos setiap kali ingin menggunakannya. Jadi, ianya lebih safety dan tidak mudah masuk angin yang boleh menyebabkan foundation tersebut menjadi kering. Tekstur foundation Catrice 24H Made to Stay ini bersifat cecair dan matte.

Ini hasil aku menggunakan Catrice 24H Made to Stay Make Up Foundation dan aku suka sangat dengan hasilnya yang memuaskan hati. Makeup nampak lebih smooth dan yang pastinya senang sangat nak apply makeup yang lain selepas menggunakan foundation ini. Sampaikan kawan aku tanya kau makeup lagi sekali ke wa? Idok ler aku nak makeup kali ke-2 lagi camni tau. Hahaha!

Kalau korang nak dapatkan Catrice 24H Made to Stay Make Up Foundation ini, korang bolehlah beli di mana-mana cawangan drugstore Guardian di seluruh Malaysia. See u guyys laterr!!