January 7, 2020

# foodie # foodreview

Menikmati Western Food Sedap di Leezo Restaurant Kluang


Leezo Restaurant Kluang | Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu. Kalau dulu, bila sampai sahaja di Kluang mesti terpinga-pinga nak cari tempat makan mana yang sedap. Lagilah kalau masakan western. Kalau nak makan sedap-sedap, kena tumpu kat area Batu Pahat. Tapi sekarang tak perlu dah.

Ini kerana Leezo telah melebarkan sayap perniagaan kedai makanan mereka yang bertemakan mostly konsep makanan Barat ini dengan membuka cawangan seterusnya di daerah Kluang. Kalau sebelum ini, ia telah membuka di Melaka, Batu Pahat (area Aeon Big) dan Parit Raja Batu Pahat. Dan kini, ia merupakan cawangan yang ke-4 (Kluang) kalau tak silaplah.

Credit to Leezo

Terdetik nak makan sini pun setelah pernah try makan di Leezo Batu Pahat punya. Memang tak mengecewakan sebab sedap-sedap belaka semuanya. Masa itu tahun 2017 kot dan di Kluang belum ada lagi. Sampaikan terdetik kenapalah tak bukak kat Kluang. Dahlah susah nak cari kedai makan western yang betul-betul sedap kat Kluang tu. Tup-tup dapat tahu Leezo kini sudah berada di Kluang pada Julai tahun lepas (2019).

Pendekkan cerita, aku pun ajaklah husband makan sini. Husband orang Batu Pahat pun tak pernah try kat Leezo BP. So kita ajak mai sini makan. Leezo punya kedai ni takdelah besar mana, tapi bagi aku okay je sebab suka tengok interior design kedai ni. Hehehe... Kenalah juga dengan konsep Barat gitu.

Yang penting tema Leezo sentiasa memilih warna Kuning/Gold. I don't know why itu kena tanya owner sendiri lah. Hihi.. But I like it! Dengan deretan lampu sekata warna tak campur-campur macam kedai lain. So far memang okay for me. Nak snap gambar pun just nice la gambar-gambar kita nanti.

First order of course air sampai dulu kan. Dan gelas dia pun okay, sedang-sedang tak berapa besar dan tak berapa kecil. Ini pun aku minum sorang segelas tak habis. Ada hati nk order lagi besar. Hihi.. 

3 Layer Bandung
Orange & Apple Juice

Husband pilih 3 Layer Bandung, why dinamakan 3 Layer Bandung? Sebab bermula dari gula, susu dan sirap lahh. Apa lahh korang ni tu pun lambat. Hahaha.... Dan 2 gelas lagi ni air Oren dan Apple tapi dapat free sebab kitaorang order set makanan punya.

Aku tak ingat nama set ini apa. Tak silap Gazebo Set A kot. Agaknya lah. Maklumlah main order je sebab malas nak pikir lama masa tu. Haha! Harga dia dalam RM59.90 kot. Ada burger, spaghetti aglio olio, fried meatball (agak je ni), fun fries, lamb chop dan free 2 air. Bagi aku berbaloi sebab portion dia ni boleh cukup untuk 2-3 orang. Tapi kalau untuk 4 orang pun okay sebab banyak.

Leezo Meatball (RM11.90)

Untuk single order, husband nak try Leezo Meatball. Meatball dia buat sendiri tau. Apa segala daging yang ada untuk menu dia buat sendiri. daging burger sendiri, meatball pun buat sendiri. Sedaplah juga rasa macam makan ala-ala kat Ikea. Lemak-lemak rasanya. Tapi aku takleh go dengan meatball Ikea. Don't know la kenapa. 

Cheesy Carbonara (RM16.90)

Then last aku order Cheesy Carbonara. Aku ni suka makan yang bercheese. So sajalah nak try sedap ke tak carbonara yang berjuicy ni. Perghh! Memang padu babe. Sedap dia makan tak henti kau! Nampak macam sikit kan? Tapi sebenarnya banyak weii. 

siap ada letak cheese slide lagi
Si kenit hadap Cheesy Carbonara tak sudah-sudah. Suka sangat dia. Dah habis pun dijilat-jilat garpu dan sudu tu. Hahaha! Ini rambut dia sebelum makan dah macam orang gaduh. Selepas makan korang tak tengok. Dah macam apa dah. Pakkal tak sempat snap. Hahahah~

List Makanan & Harga

Jangan risau kalau tekak tu tak berapa layan western, sebab kat Leezo ini ada juga menyediakan menu nasi yang pelbagai. So korang boleh pilih nak makan apa selain western punya. Mudah kan? Tapi aneka nasi kat sini pun sedap dan berbaloi tau. Rugi tak cuba! For me, semua harga dia berbaloi dengan keenakan masakan disini dengan portion yang banyak dan sedap. Sekali-sekala makan disini apa salahnya kan?

So kalau korang tengah mencari tempat makan western yang sedap di Kluang, korang bolehlah pilih untuk makan di Leezo Restaurant Kluang yang bertempat di Taman Kurnia Kluang ini. Jangan lupa untuk mencubanya!

Facebook :

Booking/Reserved : 
018-7770392

Lokasi : 
260, Jalan Kurnia Satu, Taman Kurnia 86000 Kluang Johor

Waze :
(Leezo Restaurant Kluang)

27 comments:

  1. Tak pernah lagi jejak tempat wawa ni.. Entah bila la nak berjalan2 kat sana.. Ada rezeki akan dtg.. Jika zaza ke sana blh la singgah mkn..

    ReplyDelete
  2. Alaaa jauhnya nak pi cuba gak...nampak sedap...harga pun berbaloi tu

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semua makanannya tu.. kalau jalan-jalan ke Kluang nanti boleh lah singgah makan sini..

    ReplyDelete
  4. tudia macam2 ada dalam talam tu..puas hati dpt makan..skrg ni makanan mcm ni sllu jadi menu dlm cafe2..k.el pun last week pun order mcm tu gak..penuh talam hihi

    ReplyDelete
  5. perghhhh tertelan ayaq liur tengok gambar makanan tu ^_^

    ReplyDelete
  6. Wow. Nanti terlajak pegi Kluang boleh singgah ni

    ReplyDelete
  7. Dekat kluang ke.. Menarik tengok hidangan dia.. Dalam pinggan besar makan ramai-ramai.. Dekat sini pun ade atyle mcm tu..

    ReplyDelete
  8. Sedap-sedap menu, kalau pergi kluang nanti bolehlah try he he he

    ReplyDelete
  9. Westwen food memang favourite akak. Lepas ni kalau akak si ggha Kluang bolehlah makan dekat sini

    ReplyDelete
  10. Yummy, western memang sis suka makan, InsaAllah kalau ada area sana boleh singgah

    ReplyDelete
  11. Wah. Boleh pergi nanti.
    Ajak kakak n fmly. Mcm best je makanan di sini

    ReplyDelete
  12. bertambah lagi la senarai tem[at makan saya ni.. mmg ada plan nak turun sana nanti.. boleh singgah cuba jugak

    ReplyDelete
  13. Ohh Leezo ni popular yea kat Johor? Sebab mcm dh bnyk cawangan je tu ek heheh..nampak mcm sedap2 jugak tgk gmbr mknn & minuman tu semuaa 😁

    ReplyDelete
  14. Yang set tu nampak banyak giler nak makan. Kongsi boleh la. Nanti boleh la singgah kalau ke sana.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya. Kalau sis memang faveret la menu paltter tu sebab nafsu makan semua nak. Spageti ada, beger ada..wah suka sangat lah.

    ReplyDelete
  16. Wah wahhh bestnya! Kalau singgah Kluang bolehlah pergi restoran ni. Ya Allah western food dia sangat menyelerakan.

    ReplyDelete
  17. wah...hidangam tu besar memang kenyang la kalau makan. berbaloi la kalau hrga die mcm tu. nampak sedap semuanya. boleh la singgak ke sana nanti kalau turun KL

    ReplyDelete
  18. Amboi sedapnya makanan heheheh best lak tu dapat makan western banyak cheese dalam pasta tu hehehe mesti meleleh.. Kalau dekat kita akan pergi cuba makanan kat sini nampak harga berpatutan juga...

    ReplyDelete
  19. Uiyo tempting gila gazebo set tu. Kiteorang makan anak beranak kompem satu set tu pun dah cukup

    ReplyDelete
  20. Yang talam tu best makan ramai2 sebab boleh berebut kan... Hahhahhaha... Sedap plak tgk menu2 dia

    ReplyDelete
  21. i pernah makan yang dekat melaka punya.. okalay not bad. kalau tak sila[ yg kluang or batu pahat , ofismate i punya... nnt i share blog u ni kat dia

    ReplyDelete
  22. Okay, terliur la pulak. hish. nampak sedap. kalau ada rezeki nak ke kluang atau kawasan sekitar, bolehlah singgah sana. :)

    ReplyDelete
  23. Wahhhh semua nyer sedappp oiii! I like the Gazebo Set A good for sharing

    ReplyDelete
  24. Lamanya tak pergi kluang! Dulu emi study kat batu pahat. So selalu jugak la jenjalan ke kluang. Tp tu dah bertahun2 dulu la. Hehe.

    ReplyDelete
  25. not into estern food these days but this sure looks good.

    ReplyDelete
  26. sedapnya tengok..lama tak makan western..kerana wa post ni, nanti nad nak makan western la..hahaha..

    ReplyDelete
  27. nampak sedap2 semuanya hidangan makanan.

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)